Koleksi RPT Penjajaran Kurikulum Tingkatan 3 2020 KSSM
Perkongsian ini melibatkan rancangan pengajaran tahunan RPT dan RPT DPK 2020 bagi tingkatan 3 kssm.
Para guru perlu faham bahawa rpt 2020 bagi tingkatan 1 hingga 4 adalah berdasarkan KSSM Kurikulum standard sekolah menengah manakala RPT 5 adalah berdasarkan KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
Para guru boleh mengubah rpt 2020 mengikut kesesuaian takwim sekolah masing-masing. RPT ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jutaan terima kasih kepada rakan guru yang menyumbang rpt ini, In sha Allah bermanfaat kepada rakan guru di seluruh Malaysia ini.
Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah dijajarkan bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan akibat penularan koronavirus (COVID-19). Arahan PKP
telah membawa normal baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya. Dapatan daripada beberapa tinjauan melalui media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa PdP secara maya semasa tempoh PKP, tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan bersistematik. Implikasinya, wujud jurang pembelajaran antara murid. Hal demikian turut menjejaskan penguasaan kandungan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan oleh murid bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya. Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid berlaku.
Berikut merupakan rpt kssm dan rpt penjajaran kurikulum DPK bagi tingkatan 3 2020 kssm
RPT Pendidikan Islam Tingkatan 3 2020 KSSM
RPT Bahasa Inggeris Tingkatan 3 2020 KSSM
RPT Bahasa Melayu Tingkatan 3 2020 KSSM
RPT Geografi Tingkatan 3 2020 KSSM
RPT Matematik Tingkatan 3 2020 KSSM
RPT Pendidikan Jasmani Kesihatan Tingkatan 3 2020 KSSM
RPT Pendidikan Moral Tingkatan 3 2020 KSSM
RPT Sejarah Tingkatan 3 2020 KSSM
RPT DPK 2020 Asas Sains Komputer Tingkatan 3 KSSM
RPT DPK 2020 Pend Muzik Tingkatan 3 KSSM
RPT DPK 2020 RBT Tingkatan 3 KSSM
RPT DPK 2020 Sains Tingkatan 3 KSSM
Selamat merancang cikgu dan kongsikan kepada rakan guru anda.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]