Koleksi Ujian Pertengahan Penggal 2 KSSM 2020 Sekolah Menengah
Peperiksaan sebenarnya mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Murid-murid akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.
Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.
Gred yang baik akan menjamin kesenangan hidup pada masa akan datang. Pencapaian yang cemerlang akan membuka peluang mereka untuk melanjutkaan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan yang baik
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan seperti mana di peringkat rendah. Peperiksaan dilaksanakan bergantung kepada pentadbiran sekolah dan kebiasaanya ditadbir sebanyak 4 kali iaitu pada bulan Mac, Mei (Pertengahan tahun), Ogos / September dan Oktober/November (Akhir tahun).
Peperiksaan bulan ogos yang juga merupakan penilaian sumatif adalah penting untuk menentukan dan mengukur hasil pencapaian murid dalam beberapa unit pembelajaran secara lebih terperinci. Peperiksaan bulan ogos ini menginterpretasikan pencapaian murid dalam bentuk kuantitatif iaitu dalam bentuk perwakilan data yang lebih jelas.
Pelaksanaan ogos di sekolah adalah penting bagi membolehkan guru melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Menerusi pelaksanaan ini, guru dapat melihat tahap pencapaian murid secara berdasarkan skor dan gred yang murid peroleh dalam ujian tersebut. Bagi tingkatan 3 dan 5, boleh gunakan soalan percubaan PT3 dan SPM bagi tahun tahun yang lepas.
Berikut merupakan koleksi ujian pertengahan penggal 2 Ogos KSSM
Koleksi Ujian Pertengahan Penggal Ogos Tingkatan 1 KSSM
Koleksi Ujian Pertengahan Penggal 2 Tingkatan 2 KSSM
Koleksi Soalan Percubaan PT3 2019 Format Baharu
Koleksi Ujian Pertengahan Penggal 2 Tingkatan 4 KBSM (KSSM akan dikemaskini kemudia)
Koleksi Percubaan SPM 3 Tahun 2017 hingga 2019
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]