Topik Tumpuan Sejarah SPM 2020
Perkongsian kali ini melibatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM untuk mata pelajaran sejarah. Bahan berikut merupakan topik tumpuan sejarah SPM 2020 bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5.
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Topik topik tumpuan juga merupakan salah satu kaedah popular di kalangan guru dan calon SPM. Kebiasaannya, topik topik tumpuan dibina berdasarkan analisa bagi kertas peperiksaan sebenar SPM untuk tahun tahun terdahulu.
Antara sedikit topik tumpuan bagi sejarah tingkatan 4 adalah seperti untuk tajuk Tamadun Awal adalah seperti Konsep Tamadun, Tamadun Mesir Purba dan tamadun mesopotami. Bagi tajuk 2 peningkatan tamadun yunani,rom, indi dan china dalah seperti perluasan, perundangan dan seni bina (sumbangan)
Sedikit dari topik tumpuan sejarah SPM tingkatan 5 adalah seperti Kemunculan dan Perlembagaan Nasionalisme di Asia Tenggara seperti tajuk Imperialisme, Nationalisme Thailang. Bagi Tajuk 2 iaitu Nationalisme di Malaysia adalah seperti faktor-faktor pemangkin, isu akhbar dan majalan, persatuan sebelum perang dunia kedua dan pendudukan jepun di tanah air.
Berikut merupakan topik-topik yang lain tumpuan Sejarah SPM 2020. Kongsikan.
topik tumpuan SPM Sejarah 2020
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]