Panduan Permohonan Aplikasi Kemasukan Sekolah Khusus 2021
Perkongsian kali ini melibatkan panduan permohonan Aplikasi Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2021.
PANDUAN AM
- Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU.Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
- Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMATyang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
- Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
- Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum mencetak. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
- Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus. PKSK akan dilaksanakan dalam tempoh 12 hingga 23 Oktober 2020.TIADA PKSK ULANGAN akan dilaksanakan.
Panduan Khusus
- Pemohon dikehendaki memasukkan No. MyKid / MyKad Pemohon dan No. Pengenalan Diri Penjaga Utama dan tekan klik Untuk Login.
- Maklumat pemohon yang telah dipaparkan adalah maklumat padanan daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika terdapat maklumat yang tidak tepat, sila berhubung dengan pihak sekolah pemohon untuk kemaskini maklumat. Maklumat yang telah dipinda dalam APDM akan dikemaskini dalam sistem permohonan ini secara automatik.
Berikut merupakan panduan infografik kepada ibubapa dan guru
Berikut merupakan panduan kepada ibubapa dan guru berkenaan pengisian permohonan Aplikasi Kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2021.
PANDUAN PERMOHONAN SEKOLAH KHUSUS TINGKATAN SATU
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]