Tapak RPT 2021
Perkongsian kali ini melibatkan bahan bahan untuk persediaan guru bagi tahun 2021. Awal persediaan bagi membantu guru bersiap awal. Semoga dipermudahkan…Pada setiap awal persekolahan ataupun hujung tahun, antara bahan persediaan utama yang akan disediakan oleh guru adalah Rancangan Pengajaran Tahunan ataupun lebih dikenali sebagai RPT.
Rancangan pengajaran ini telah disediakan dan dirangka bagi membolehkan semua kandungan pembelajaran dapat disampaikan kepada murid sepanjang tahun.
Setiap mata pelajaran perlu ada rpt nya tersendiri dan disimpan oleh para guru. RPT tersebut juga perlu ada cop penolong kanan pentadbiran atau guru besar sendiri bagi menandakan bahawa rpt tersebut telah disemak oleh pentadbir.
Perancangan pengajaran perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan guru perlu merancang dalam pengajaran dengan baik. Hasil kajian mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di sekolah-sekolah adalah berpunca daripada pengajaran tidak dirancang dengan baik dalam bilik darjah. Kemahiran dan kecekapan guru dalam perancangan menguruskan bilik darjah akan dapat menghindari pengajaran dan pembelajaran yang tidak efektif. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah pemangkin kepada kecemerlangan murid bagi melahirkan modal insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan kreativiti guru. Proses ini boleh dilakukan secara berkumpulan di dalam panitia mata pelajaran masing-masing. Model perancangan yang sesuai seperti plan, do, check and act boleh digunakan sebagai garis panduan penyediaan rancangan pengajaran.
Bagi tahun 2021 ini, Tahun 1 hingga 5 akan menggunakan dokumen berdasarkan RPT KSSR Semakan manakala RPT KSSR untuk murid tahun 6. Di sekolah menengah, bermula 2021, tingkatan 1 hingga 5 akan menggunakan RPT dokumen KSSM.
RPT 2021 akan dikongsikan bermula awal januari tahun 2021 memandangkan persekolahan bermula pada minggu ketiga 2021.
Berikut merupakan tapak RPT 2021
Tapak RPT 2021 Negeri Kumpulan A
Tapak RPT 2021 Negeri Kumpulan B
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]