Kertas SPM Ulangan Sejarah 2020
Perkongsian kali ini melibatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM untuk mata pelajaran sejarah. Bahan berikut merupakan kertas peperiksaan sebenar sejarah SPM Ulangan 2020.
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Antara contoh soalan dalam kertas SPM Ulangan Sejarah 2020
Perpaduan merupakan perkara penting kepada sesebuah negara. Di Malaysia, Rukun Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah unsur penting untuk memperkukuh perpaduan nasional.
Perpaduan merupakan perkara penting kepada sesebuah negara. Di Malaysia, Rukun Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah unsur penting untuk memperkukuh perpaduan nasional.
Penjaja kebencian (hatred monger), terus menyebarkan berita yang tidak benar serta kebencian yang boleh mencetuskan perbalahan, persengketaan, konflik dan salah faham. Iktibar yang boleh diambil daripada tajuk ini ialah kerjasama dan tolak ansur antara kaum merupakan asas perpaduan dan kemajuan negara. Huraikan pernyataan tersebut.
Jika seseorang lelaki dituduh atas sesuatu kesalahan dan dia melompat ke dalam sungai dan lemas, penuduhnya akan mengambil alih rumahnya. Tetapi jika sungai membuktikan bahawa tertuduh tidak bersalah, dan dia melarikan diri tanpa kecederaan maka lelaki yang membawa tuduhan itu akan dihukum mati sementara lelaki yang dituduh itu akan mengambil rumah orang yang menuduhnya.
Islam mengharamkan segala bentuk mata pencarian yang tidak halal seperti perbuatan riba, berjudi, menipu, mencuri dan melakukan kerja-kerja yang mendatangkan mudarat kepada diri manusia.
Berikut merupakan Kertas SPM Ulangan Sejarah 2020
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]