Panduan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Berikut merupakan panduan permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
BPN 2.0adalah bantuan tambahanyang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 (kadar pendapatan di Soalan.5) untuk meringankan beban rakyat akibat pandemikCOVID-19.Pemberian BPN2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020(B40 dan M40)yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskansebelum ini.
Permohonan baharu BPN 2.0dibuka mulai 15 Oktober -15November 2020(1 bulan)
Bagaimanakah cara untuk memohon BPN2.0? Permohonan BPN 2.0boleh dibuat melalui
i. Dalam talian https://bpn.hasil.gov.my; atau
ii.Penghantaran borang manual ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ UTC LHDNM. Borang permohonan boleh dimuat turun di portal https://bpn.hasil.gov.my.
Siapakah yang layak menerimaBPN2.0? PenerimaBPN 2.0adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020sebelum ini
Adakah saya perlu membuat permohonan BPN2.0?Anda tidak perlu memohon BPN 2.0sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020sebelum in
Proses pembayaran BPN 2.0 adalah seperti gambar di bawah
Bilakah tarikh pembayaran permohonan baharuBPN 2.0 akan dibuat? Pembayaran bagi permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuatsecara sekaligus pada Januari 2021.
Saya adalahpasangan kepadapenerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai.Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal? Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]