Surat Memohon Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Wabak Covid-19
Perkongsian kali ini merupakan contoh Surat Memohon Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah dalam keadaan kebimbangan kerana penularan wabak covid-19.
Bermula awal oktober 2020, jumlah harian kes di Malaysia semakin meningkat naik dengan mencatat jumlah kes baharu 3 angka. Walaupun keadaan masih dalam terkawal kerana kebanyakan kes berlaku di depoh tahanan.
Surat ini merupakan salah satu contoh sahaja yang boleh digunakan oleh ibu bapa atau penjaga untuk memaklumkan kepada pengurusan sekolah atas sebab ketidakhadiran anak dalam beberapa hari ke sekolah. Sekurangnya surat ini boleh dijadikan surat sokongan kepada pihak sekolah untuk menilai peratusan kehadiran murid pada setiap bulan. Segala ketidakhadiran anak ke sekolah hendaklah melalui perbincangan dengan pihak sekolah dan atasan.
Contoh maklumat dalam surat seperti di bawah
MEMOHON PENGECUALIAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN KEBIMBANGAN PENULARAN WABAK COVID-19
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
- Saya …………………………………………. No Kad Pengenalan ……………………………….. adalah ibu / bapa / penjaga kepada ………………………………………… yang berada di kelas …………………
- Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak membenarkan anak / jagaan saya untuk hadir ke sekolah disebabkan kebimbangan Pandemik Covid-19 yang semakin menular di negara kita ini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak / jagaan saya berada di rumah sepanjang ketidakhadiran ke sekolah.
- Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Berikut merupakan salinan dalam bentuk word bagi Surat Memohon Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah atas kebimbangan penularan Wabak Covid-19
surat memohon pengecualian kehadiran anak
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]