Latihan Bahasa Melayu PKPB Sekolah Rendah
Perkongsian kali ini adalah melibatkan Koleksi Latihan Bahasa Melayu PKPB Sekolah Rendah.
Bahan latihan online ini disediakan oleh Cikgu SediaAlRasdi.
Berdasarkan sidang media Menteri KPM pada 8 November 2020, sesi persekolahan bersemuka ditutup sehingga Januari tahun hadapan bagi membantu kerajaan membendung penularan wabak covid 19.
Bagi yang mempunyai akses internet terhad, guru boleh meminta murid melaksanakan aktiviti pembelajaran menggunakan buku teks, buku kerja, buku ulangkaji dan buku aktiviti tanpa keluar dari rumah dan memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam pembelajaran.
Pelantar pembelajaran yang disediakan oleh KPM ialah MOE-DL dan boleh diakses melalui http://moe-dl.edu.my. Pelantar ini menyediakan pautan kepada Google Classroom dan Microsoft Teams untuk tujuan pdp, buku teks digital, video pdp dan pautan aplikasi yang membantu pdp seperti Edpuzzle, Quizizz dan Kahoot.
Antara panduan pdpDR adalah menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid; menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah PdPR yang digunakan; memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancang oleh guru; menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid; mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah; dan merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakan kaedah yang bersesuaian.
Bahan ini dibina berdasarkan kurikulum terkini iaitu KSSR dan KSSR Semakan.
Berikut merupakan bahan PDPC Online bagi 4 unit terakhir berdasarkan buku teks terkini akan dikemaskini setiap minggu sehingga minggu terakhir persekolahan
BM Tahun 1 Unit 21 Bersihkan Alam
BM Tahun 2 Unit 21 Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan
BM Tahun 3 Unit 21 Bumi Bertuah
BM Tahun 4 Unit 24 Pengurusan Perbelanjaan
BM Tahun 5 Unit 27 Selamatkan Bumi Kita
BM Tahun 6 Unit 30 Pertanian Sumber Rezeki
Berikut merupakan bahan pembelajaran online bagi tarikh 29 November hingga 4 Disember
BM Tahun 1 Unit 22 Wang Dalam Kehidupan
BM Tahun 2 Unit 22 Anak yang baik
BM Tahun 3 Unit 22 Bijak Ekonomi
BM Tahun 4 Unit 25 Tanggungjawab Digalas
BM Tahun 6 Unit 31 Bersama-sama menjanakan ekonomi
Berikut merupakan bahan pembelajaran online bagi tarikh 6 hingga 11 Disember
Tahun 1 Uni 23 Peniaga Berjaya
Tahun 2 Unit 23 Amalan Baik di Sekolah
Tahun 3 Unit 23 Budaya Usahawan
Tahun 5 Unit 29 Teknologi dalam kehidupan
Tahun 6 Unit 32 Berjiwa usahawan
Berikut merupakan latihan online bagi minggu terakhir 2020
BM Tahun 4 Unit 27 Seribu Impian
BM Tahun 5 Unit 30 Kreativiti dalam penciptaan
BM Tahun 6 Unit 33 Kad dan diriku
Berikut merupakan bahan latihan online Latihan Bahasa Melayu PKPB Sekolah Rendah
Latihan Bahasa Melayu PKPB Tahun 1 dan 2
Latihan Bahasa Melayu PKPB Tahun 3
Latihan Bahasa Melayu PKPB Tahap 2
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]