Format Laporan Tahunan Gerko Sekolah
Perkongsian ini melibatkan bahan iaitu contoh format pelaporan tahunan gerko sekolah yang terkini
Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652 ( Peraturan Kursus Pengajian ) Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jilid 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan- Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum seperti yang berikut: “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah
Sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib (Rujuk seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996, (Akhta 1950). Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah satu kesalahan dan apabila di sabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
Dalam melaksanakan aktiviti gerko di sekolah sama ada kelab persatuan, unit beruniform dan kelab sukan, pelaporan merupakan perkara yang penting. Pelaporan sama ada mingguan dan tahunan harus disimpan dalam fail unit gerko masing-masing.
Berikut merupakan contoh format laporan tahunan gerko sekolah.
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]