Koleksi Pembelajaran Online PKPB Sekolah Rendah 29 November – 4 Disember
Perkongsian kali ini adalah melibatkan Koleksi Latihan Online PKPB Sekolah rendah untuk tarikh 29 november hingga 4 Disember 2020.
Bahan latihan online ini disediakan oleh rakan rakan guru di seluruh Malaysia.
Berdasarkan sidang media Menteri KPM pada 8 November 2020, sesi persekolahan bersemuka ditutup sehingga Januari tahun hadapan bagi membantu kerajaan membendung penularan wabak covid 19.
Bagi yang mempunyai akses internet terhad, guru boleh meminta murid melaksanakan aktiviti pembelajaran menggunakan buku teks, buku kerja, buku ulangkaji dan buku aktiviti tanpa keluar dari rumah dan memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam pembelajaran.
Pelantar pembelajaran yang disediakan oleh KPM ialah MOE-DL dan boleh diakses melalui http://moe-dl.edu.my. Pelantar ini menyediakan pautan kepada Google Classroom dan Microsoft Teams untuk tujuan pdp, buku teks digital, video pdp dan pautan aplikasi yang membantu pdp seperti Edpuzzle, Quizizz dan Kahoot.
Antara panduan pdpDR adalah menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid; menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah PdPR yang digunakan; memastikan murid mendapat tugasan/latihan yang dirancang oleh guru; menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid; mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah; dan merekodkan pelibatan murid dalam PdPR menggunakan kaedah yang bersesuaian.
Bahan ini dibina berdasarkan kurikulum terkini iaitu KSSR dan KSSR Semakan.
Berikut merupakan bahan PDPC Online bagi pelbagai mata pelajaran untuk 29 november hingga 4 disember.
Latihan Sejarah PKPB Online Sekolah Rendah
Latihan Matematik PKPB Sekolah Rendah
Latihan Sains PKPB Sekolah Rendah
Latihan Online Bahasa Melayu PKPB 29 Nov
Latihan PKPB Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah
Latihan Bahasa Inggeris PKPB Sekolah Rendah
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
AdiSuhadi
Terima kasih atas perkongsian.