Buku Pengurusan PPKI 2021
Perkongsian kali ini melibatkan buku pengurusan PPKI 220 Program Pendidikan Khas Integrasi untuk kegunaan pentadbiran sekolah yang mempunyai kelas PPKI.
Antara kandungan dalam buku pengurusan ini adalah berkenaan bidang tugas jawatan dalam PPKI ini seperti GPK PPKI.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Pendidikan Khas. Bertanggungjawab kepada Guru Besar bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru, pembantu pengurusan murid (PPM) dan menyediakan khidmat supaya matlamat dan Dasar Pendidikan tercapai.
Menentukan agihan tugas Guru-guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid. Membantu Guru Besar dalam merancang dan melaksana aktiviti Program Pendidikan Khas mengikut takwim sekolah.
Menyelaras pengurusan data dan maklumat pendidikan khas.
Membantu Guru Besar menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) kewangan dan perjawatan. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar (10 hingga 14 waktu seminggu).
Berikut merupakan buku pengurusan PPKI 2021
Bku Pengurusan PPKI Pendidikan Khas 2021
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]