Link Permohonan Moratorium Bank B40 M40
Perkongsian kali ini melibatkan pautan link permohonan moratorium bank untuk mereka yang terjejas dengan keadaan wabak covid-19 ini.
Kerajaan prihatin dengan keresahan rakyat terutamanya mereka yang mempunyai pinjaman dan terkesan COVID-19. Sejak April hingga September lalu, Malaysia merupakan negara pertama di dunia memberi moratorium pinjaman secara automatik bagi meringankan beban semua peminjam. Dengan peralihan ke arah Bantuan Pembayaran Bersasar mulai 1 Oktober yang lepas, institusi perbankan telah terus menawarkan moratorium lanjutan dan lain-lain kaedah bantuan pembayaran.
Setakat ini, lebih daripada 650 ribu permohonan bantuan pembayaran telah diterima, dengan kadar kelulusan tinggi iaitu 98 peratus. Bantuan dari segi pemanjangan moratorium atau fleksibiliti pembayaran balik telah diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, serta kepada individu dan PKS yang pendapatannya terus terjejas oleh wabak COVID-19. Pada masa yang sama, bank telah melaporkan bahawa sekitar 85 peratus peminjam telah meneruskan semula pembayaran pinjaman mereka tanpa meminta bantuan sejak moratorium automatik berakhir.
Untuk peminjam dari golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik pinjaman akan dipermudahkan. Peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri atau self-declarationpengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik. Fleksibiliti-fleksibiliti ini akan bermula pada Disember 2020
- Golongan Terjejas Pendapatan
- Pengusaha mikro, kecil dan sederhana
- Golongan B40
- Golongan M40 (Terpulang pada bank)
- Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
- Mengurangkan ansuran bulanan pembiayaan sehingga 50% selama 6 bulan
LINK BANK (PERMOHONAN) –>
Kongsikan kepada rakan-rakan yang mungkin memerlukan moratorium ini.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]