Takwim Aktiviti Sekolah 2021
Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau sistem susunan masa yang membahagikan tahun menjadi bulan, bulan menjadi minggu dan minggu menjadi hari1. Takwim memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia sejak dari tamadun awal, masyarakat primitif Sumeria di Babylon dipercayai adalah manusia pertama yang membuat takwim.
Takwim merupakan sistem masa yang berkait rapat dengan aktiviti sosial dan keagamaan yang membantu manusia menguruskan kehidupan seharian dengan lebih sistematik dan berkualiti. Dalam Islam sendiri, takwim berperanan mencari kesempurnaan dalam perlaksanaan ibadat seperti penentuan bagi awal bulan Ramadandan hari wukuf.
Takwim ini telah dirancang berdasarkan keperluan semasa Sesi Persekolahan 2014 di SK Penajis. Takwim ini adalah sebagai panduan kepada semua guru dalam melaksanakan semua program yang telah dirancang.
Jika terdapat sebarang penambahan program atau aktivtiti, guru boleh memaklumkannya kepada pihak pentadbir dan perlu dicatatkan pada ruangan catatan takwin sebagai rujukan.
Semua program yang telah dirancang perlulah dilakukan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Jika berlaku sebarang kekangan dimana program itu terpaksa dibatalkan atau ditunda, perubahan tersebut juga perlu dimaklumkan kepada pentadbir dan personel terlibat dan dicatatkan juga di dalam ruangan catatan takwin.
Semua program dan aktiviti yang dirancang telah diperbincangkan diperingkat pengurusan yang terlibat dan telah dipersetujui demi kepentingan murid-murid dan warga sekolah. Namun sekiranya terdapat sebarang maklumbalas penambahbaikkan, perlulah dimaklumkan kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau Penyelaras Program tersebut.
Berikut merupakan takwim aktiviti sekolah 2021 untuk kegunaan pentadbiran sekolah..
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]