pengalaman temuduga SPP Bahagian 10
Perkongsian ini adalah berkenaan dengan pengalaman-pengalaman temuduga SPP oleh rakan guru sebelum dilantik menjadi guru. Diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada graduan bakal-bakal guru untuk menghadapi temuduga nanti. Pengalaman ini telah dibahagikan kepada beberapa post kerana terlalu panjang berjumlah hampir 30 000 patah perkataan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel –
Berikut merupakan pengalaman-pengalaman daripada rakan-rakan guru. pengalaman temuduga SPP Bahagian 10
kalau kamu jd cikgu, camana kamu nak kawal disiplin pelajar? ….” ROTANLOGI tuan, camana ayah saya didik kami dulu, Alhamdulillah adij beradik saya ” jadi orang
Masih terngiang2 di fikiran..
Sy diinterview oleh seorang dato..bila sy masuk,sy tanya,boleh sy duduk..dia tgk pastu dia suruh sy bediri dulu..huhuhu
Pastu dia tgk fail2 sy…dia tanya sy,byak betul sijil telibat dgn kesenian..mmg suka ke bidang seni..sepantas kilat sy jawab,ya sy minat..arwah datok sy pun org seni…dia tanya siapa datok kamu…
Arwah dato sy seorg pelakon era 50an…mohd zain @ m.zain ..tekenal dgn lakonan sebagai labu dlam filem labu labi..pastu dato tu xberenti2 tanya pasal arwah datuk sy..mmg sy goreng kaw2 la..hihihi..
Last2 sekali dia cuma suruh sy bgtau falsafah pendidikan negara…tu la satu2nya soalan ilmiah..pastu sy pun keluar tanpa sy disuruh duduk sampai ke sudah..hihihi
Soalan yg saya tak boleh lupa, dia tanya berapa tarikh bulan islam hari ini, huhh berpeluh tak dijangka soalan, banyak kena syarah lepas tu sbb tak boleh jawab tarikh islam tahun hijrah, lebih lagi saya bidang agama
Tengok panel.. doa banyak2. Bg Allah permudahkan.dan doakan jawapan yang kluar dari mulut tu dapat diterima dan disukai oleh panel
Soalan 1: Mengapakah prestasi pemain bola sepak pd ms kini tidak lg setanding pemain bola sepak pd ms sezaman dgn pasukan bola sepak arwah mokhtar dahari? Soalan kedua : Brpkah jumlah sokongan majoriti yg diperlukan oleh ahli dewan bg meminda perlembagaan? Penemuduga ade 2 org.. cgu2 yg ditemuduga masuk 3 org sekaligus… sy option BI, sorg lg option kaunseling & sorg lg option maths… temuduga thn 2003 di Putrajaya
Ini kisah lebih 30 th lalu. Setelah sesi berkenalan, penemuduga tengok butiran peribadi. Sambil angguk² dan tersengih² penermuduga minta saya cerita ttg sejarah berdasarkan alamat tempat tinggal saya waktu itu. Sejarah pembunuhan JWW Birth di Pasir Salak. Mungkin masa agak mencemburui, dia ucap terima kasih atas pengkisahan tersebut. Macam² dok hafal, tp itu yg berlaku. Lepas.
Soalan yang ditanya
- Ttg set induksi
- Pengalaman mengajar
- Dia bagi satu situasi apa cara Kita handle
Itu sahaja soalan yang ditanya sebab sebelum Mula interview Saya bagitahu yang ayah Saya baru meninggal dunia bbrp jam sblm Saya interview…
Alhamdulillah.. Sembang pasal kampung.. Pasal durian.. Pasal pelancongan kat perak.. Rezeki dpt penemuduga Yg baik
Kemerdekaan? Apa peranan HEM? Isu semasa?
- Sekolah Amanah
- Sekolah SBP
- Sekolah Kluster Kecemerlangan
Kontrak sosial. 40 min ddk dlm bilik tu
Soalan slalu tye, sanggup dak ke sabah sarawak..ckp je sanggup hahaha. Soalan Sy dl, ditye pasal astro membantu tak Pembelajaran Murid. Saya ckp Umah saya tk de astro. Maka die terdiam Dan ckp awak bulih keluar sambil Tersenyum
Kena tanya berapa buah negara dalam dunia, saya jawablah, tapi hentam saja…dia tanya mana tahu? Saya jawab semalam saya tengok perasmian sukan olimpik dan ada jumlah negara yang saya sebut tu..lagi satu soalan, cuba nyanyikan lagu Negaraku tanpa ikut irama muzik…maka saya sebutlah lirik Negaraku tanpa irama, walaupun lambat tapi berjaya jugak..
Biasanya panel akan tanya berkenaan kefahaman calon tentang organisasi SPP itu sendiri..kemudiannya biasalah, nama-nama dan bidang tugas pegawai-pegawai tertinggi..pengalaman saya, pernah ditanya, sekiranya ditempatkan jauh dari kawasan tempat lahir, adakah anda sudi untuk berkhidmat..alhamdulillah..rezeki posting balik kg sendiri..syukur.
Soalan yg kita pikirkan mudah itulah yg
Saya x akan Lupa peristiwa yg sangat memalukan… Penemuduga saya seorang dato,’ berbangsa cina…. Soalan TERAKHIR NYER IALAH … Berapa jauh baru boleh kita BUAT solat jamak…. Saya dengan yakin menjawab.. Pastu 2@ 3 kali penemuduga ni tanya betul ke tu.. Yerlah.. Yakin jugak jawapan betul… Tersenyum simpul penemuduga itu.. wah saya pon…. OK terima kasih kata penemuduga.. Saya pon bagun dan keluar dengan bangganya. Sampai jer kat pintu tertiba saya perasan soalan yg terakhir tu saya jawab memang memalukan…. Nak tau x apa jawapan saya….. 3KM
Semasa temuduga sbb saya lulusan IT ,ditanya mengenai lapisan rangkaian..saya soal semula layer mana nak saya terangkan…dia pun cakap mana2 jer…Goreng mee mamak jer la…dorang pun angguk samada faham atau tak pun x tau…x sampai 10min.Settle.ha ha
Saya dia tanya pasal sejarah sek je pastu tanya da kawin lum..tu je..masuk 5 minit je pastu keluar sbb org last kena interview hr Jumaat jam 12.05 tengahari..selamat byk rasanya nk kejar solat Jumaat kan agaknya bln Jul 2000..hr x ingat dah
Back in 2006, SARS was still fresh in everyone’s mind. The Dato’ asked me:
Tell me about the Spanish Flu..
Big mistake on his part, for it was the topic I read the night before. And I blazed through the interview with flying colours.
Tiga ayat yg masih segar dlm ingatan….
- Tengok details macam mat salleh sekali masuk tok mudim……( Sebb dtg pakai lengkap baju melayu sebb hari jumaat )
- Tarikh birthday pengarah biler yer? Terpingga2 nak menjawab…..
pemakaian blazer punya pasal sampai keluar ayat “ustaz ustazah yang mcm nie la yg dpt gaji x bayar PTPTN lepas tu ambil duit tepi ngajar masjid surau”..nk tengok mood la tu..lepas tu tanya mcm mana nk ajar rukun negara dlm pendidikan Islam..
Kenangan terindah bila tiada soalan…sebalik memuji kebaya batik Kelantan yg sy pakai…suh citer batik Malaysia
Bila due? Bila akan abis cuti bersalin? Penemuduga siap kira. ooo sempat dia ckap. Masa pergi interview tu saya tgah sarat mengandung. Tunggu hari aje nak melahirkan. Alhamdulillah, rezki anak.
Saya calon terakhir ditemuduga hari tersebut di putrajaya. Panel tanya datang dari mana..Johor jawab saya. Sudah berkahwin..Alhamdulillah sudah dan baru bersalin 18 hari. Ok nak ditempatkan di Johor la ye..InsyaAllah kalau diizinkan ..baik itu sahaja. Alhamdulillah mmg rezeki anak..dapat posting dekat dengan rumah sendiri.
Kena jelaskan kbsm apa dia..awal2 kantol dah..ijau muka…Kurikulum baru sekolah menengah…terus kena keluar buat muka bodo dah kantoi ..tanya kwn2 rupanya bersepadu bukan baru…sudah tukar rupanya hahaha..
Saya pula kena royak latarbelakang kg saya..kenapa dinamakan telaga mas..haha..santai santai saja..alhamdulillah…lepaa..yg penting pemakaian mesti kemas…dan ikut etika
Saiz nametag penjawat awam,kena ada brapa patah nama,tggi kasut penjawat wanita,apa beza 3/4 butang blazer..senang citer smua pasal pemakaian etika penjawat awam oleh dato pengarah spp dlu..pastu psl kelebihan dan kekurangan guru di skolah..guru cemerlang plak byk tnya psl pedagogi dan apa abm n bbm sesuai utk setiap topik bagi major/minor..
utk wanita max kerongsang berapa biji.. Pas2 barang kemas berapa blh pakai.. Warna pakaian x boleh menyerlah. Hahaha
Oh kalau sy , penemuduga tu tanya psl mata wang…silibus mate thn 4 skrng…
Dan PM kita asal mana
masa ujian main alat utk.muzik…punya la goreng plucking gitar …sekali penemuduga kata tune gitar chord tu salah…. alhamdulillah dah 25 tahun mengajar..obsyen muzik., bm, bi, pj , seni , moral , semua kena ajar..
Dia bagi sehelai kertas. Ada 10 soalan. Dia suruh baca soalan 1 – 5, baca soalan & jaw sekali. Masih
Igt 1 sj dr 5 soalan tu .
Soalan. Stadium utk acara berbasikal dipanggil apa?
Jaw. Velodrome
Soalan..
- Siapa yg idea siapa mulakan nametag penjawat awam kaler hitam yg kamu pakai tu?
- Kamu dari uum kan? Apa moto uum & berikan maksudnya..
- Lain2 soalan dia sembang2 sbb nak tgk cara kita bercakap..
siapakah tokoh maal hijrah yg keluar berita semalam..masa interview SPP dari Melaka ke Johor .tumpang rumah kawan
Nasib tengok berita sehari sebelum..Dr Zakir Naik masa tu .tahun 2013 ……lega
Berikan 1 topik mata pelajaran yg cikgu ajar, terangkan bagaimana cara pengajaran utk cikgu dpt tarik perhatian murid utk terus belajar.
gambar sape kt duit kertas?
Panel temuduga bangsa cina… soalan yang ditanya.. wilayah Persekutuan ada berapa?
Soalan lain… langkah menangani masalah disiplin di kalangan pelajar
kmi xde iv…dgr tklimat shj. Thn tu siapa yg dpt result 3.5 keatas…xpyh iv…alhamdulillah, iv lh pling ngeri dlm hdup bg sy…
apa pendapat anda tentang program angkasawan negara? time tu tengah hot pasal ni.
Wpun da lebih 25 thn berlalu tpi sis msih ingat lg soalannya
“Kenapa dtg lewat?”
(Memandangkan nama sis bermula dgn huruf “A” so kene panggil awal ms kene panggil sis belum sampai sbb jln jammed sis pun kelentong la mcm2 habis menjawab penemuduga #pegawai_lelaki dok senyum sengih2.. nampk sgt da kantoi jwpn sis menipu )
Punya la mcm2 sis baca & hafal rupanya itu je beliau tanya rezeki sis
Negeri apa yg berjiran dengan negeri Terengganu…krn panik jwb smua slah..boleh tkluar Pulau Pinang skali..tp syukur..bjaya jugak..tahun 1994 punya cerita tu…rsa bru kelmarin kjadiannya..
Sanggup ke nk msuk pedalaman… tup tup ahh hambik kau pegi kapit sarawak. Kenangan indah
Teman penemuduga minum kopi sambil cerita isu semasa di surat khabar ..selesai dgn senyuman dan Alhamdulillah hari ni genap 25 tahun berkhidmat sbg pendidik 1 jul 96-1 jul 21
Saya sepatutnya ditemuduga di Kapit, Sarawak tahun 2009 bulan 7..Tapi masa tu rezeki xlama di bumi Kenyalang,terpaksa mohon pertukaran atas faktor kesihatan.. Saya terpaksa berhubung semula dgn SPP untuk tetapkan tarikh temuduga baharu di Terengganu.. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan..Bulan 11 dipanggil temuduga SPP.. Pegawai yang menemuduga mengemukakan soalan tentang kenapa memilih guru sebagai kerjaya dan sebab pertukaran sahaja..Dengan dokumen yg dibawa bersama, penemuduga hanya tanya satu soalan terakhir, adakah cikgu dibawah pengaruh streiod??Saya jawab ya..Sbb memang saya ambil ubat tersebut yang diberikan oleh pakar perubatan..Sampai sekarang tertanya-tanya, agaknya pelik tgk saya aktif semacam tak nampak tanda-tanda sedang sakit…
Masa saya interview, tengah wabak h1n1, laju ja menerang sebab kebetulan baru lepas sembang ilmiah dengan abang ipar yang kerja di veterinar. Rezeki betul masa tu. Keluar bilik interview dengan senyuman manis di muk
Sy ditemuduga dengan pengerusi Spp dan pegawai ikut opsyen.
Soalan dari pengerusi spp :
- Buat ape kat sekolah?(sbb guru KDC selain cuti sekolah berada di sekolah)
- Pandangan amalan mbmmbi.
Pegawai opsyen :
- Speak arabic full.
- pengalaman belajar KDC.
25minit selesai.
Soalan berkaitan pendidikan tu wajib… Tp jika dpt penemuduga yg baik dia tanya santai je… Atas nasib dan rezeki masing-masing… Tp ambe dari dulu setiap kali interviu mmg tak pernah dapat soalan santai… Soalan kaw-kaw bab pendidikan… Tp la ni dah lali… Janji kita hadam pasal pendidikan & isu semasa pendidikan
kita interviewed berkumpulan. Dia tanya satu cikgu tu:you sudah brapa lama tak polished kasut?
mana lebih penting perpustakaan tu tmn sains..kenapa?
Husb cikgu kerja apa? TUDM tuan. Di Johor ada ke markas TUDM?.. Alhamdullilah dpt soalan Tanya khabar jer
Masa interview spp…kat maktab minor opsyen muzik..ad ke patut dia suruh nyanyi lagu SUZANA…sbb nmnya sama…ha..ha..mmg x blh lupa samp dah nk bersara n
kontraktor mana yg membina dayabumi..
Sy ditanya soalan berkaitan matrikulasi..topik tu betul2 kuar surat khabar pagi tu.nasib baik baca sementara menunggu dipanggil.rezeki.selebihnya ditanya tentang sejarah diri sendiri
Masa IV awal pelantikan dg6:
Diminta sebut rukun iman.
Rukun negara..
Lepas dia dapat tahu saya kena chicken pox, dia suruh saya balik terus (nasib baik Lulus)
Temuduga DG41:
-diminta cerita pengalaman kerja.
-disoal kenapa dah beberapa buah sekolah pindah sedangkan baru berkhidmat.
-isu PPSMI…hangat juga sebab saya ajar BI opsyen sains.
Alhamdulillah lulus, sekarang dlm permohonan DG 48, lambat la sikit pelantikan dari org lain sebab saya ada cuti tanpa gaji…
Kenapa bulu kambing biri- biri New Zealand lagi tebal dari bulu biri-biri Malaysia?
Hahaha terkedu sekejap sbb tak sangka soalan mcm tu
asih segar diingatan..tahun 1997.Sya kna tanya 3 soalan.Tp soalan ni yg merupakan kenangan maneh…
- Penemuduga suh saya cerita sejarah dapat nma *Semanggol*.Saya pun jwb ja la..xtau la betoi ka dak.Sya kta ambk nma dr org Semang duduk atas tunggui.Tu yg
Temuduga 1990. Salah satu soalannya, dasar kepimpinan melalui tauladan. Jawapan saya katanya kurang tepat. Saya tanya balik.. apa jawapan yg tepat. Katanya… Ini sesi temuduga… Saya boleh tanya awak… Awak tak boleh tanya saya…. Haa
Banyak hafal tp dia tanya ibu negeri kelantan… dlm Dunia ada 2 tasik ladam… cuba fikirkan … Tp sblm tu ada juga tanya2 bab2 mengajar ..
Soalan:
- Pengalaman
- Rukun negara
- soalan berkaitan kepimpinan siapa yang lebih baik. 2 ahli politik dinamakan masa interview sy tu buat sy terkedu sbb sy x berapa follow politik masa tu.
Sama la akak. Hafal kabinet. Dengan pangkat sekali. Last2 tanya mcm mana dapat nama sendiri. Ermm…terima kasih ayahanda dan bonda. Anakanda dapat soalan senang kerana kalian berdua
ang saya masih ingat… MATA WANG…
US mata wang apa?
Indonesia?
Jepun?
Kanada?
Korea?
UAE?
Vietnam?
Memang ingat sangat2… dalam hati, apa benda laaa..
Alhamdulillah. Soalan ditanya tentang Dasar2 melibatkan perpaduan negara. Jawapan banyak salah tapi penemuduga komen, menjawab dengan penuh yakin, seronok mendengarnya tapi jawapan anda tak tepat…….
Yakinnya kamu…..
Sy di temuduga secara berkumpulan. Hanya dua soalan di tanya kpd sy oleh penemuduga.. 1) beri ukuran std nametag yg dipakai oleh penjawat awam. 2) berikan 1 judul buku teks dan nama pengarang buku tersebut (masa buat ijazah pertama) yg masih diingati ( itvw 2013.. ijazah 2004).
Soalan 1..kenapa berminat nak jadi cikgu… Soalan 2…nyatakan falsafah pendidikan negara, bagaimana cikgu nak realisasikan dlm kelas… Dua tu jer soalan… Seronok tak di sekolah… Ajar subjek apa?….sedar2 habih dah interview
Soalan pertama kat saya:
Awak asal dr Baling kan?? Cuba cerita macamana Baling dapat nama?
Saya jawab wallahua’alam.sbnarnya nak sambung lg lps ayat tu..xdan nk sambung penemuduga tu dah smash saya..ni la dia org bljaq agama.
Sikit2 wallahu’alam. kalau mcm tu xpyh tanya pa la..wallahu’alam.semua org tau..
Then saya lawan ckp dengan dia..saya belum habis ckp lg tuan..wallahu’alam sebab saya tak tahu yg mana satu betul sbb ada dua versi..so saya pun bgtau versi2 yg sy pernah dgr..
Baru dia ckp…haa..mcm ni la saya nk awak jwb.bukan ckp wallahu’alam.
Masih segar dalam ingatan. Interview 2009. Interviewer tu tanya apa dia 5 rukun negara. Mudah betul. Terus saya sebut semua. Penat saja hafal kabinet dan menteri-menteri masa itu.
Ini pengalaman soalan waktu interview masa saya nak jadi guru bawah kerajaan negeri.
Awak nak jadi guru kan?Ok..Apa itu J.E.R.I ?
Ermmm..
Serius Tak tahu.
Selepas setahun saya tamat belajar di Timur Tengah,
Saya mohon jawatan guru, itu juga yg ditanya.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.