pengalaman temuduga SPP Bahagian 3
Perkongsian ini adalah berkenaan dengan pengalaman-pengalaman temuduga SPP oleh rakan guru sebelum dilantik menjadi guru. Diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada graduan bakal-bakal guru untuk menghadapi temuduga nanti. Pengalaman ini telah dibahagikan kepada beberapa post kerana terlalu panjang berjumlah hampir 30 000 patah perkataan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel –
Berikut merupakan pengalaman-pengalaman daripada rakan-rakan guru. pengalaman temuduga SPP Bahagian 3
Dlm 5@10 minit duk sembang tu dia kata awak boleh keluar..panggil org seterusnya..
- Apa nama sekolah?
- Nama sekolah tu sempena nama tokoh. Dia tanya siapa tokoh tu? Ceritakan sejarahnya.
- Ceritakan ttg konflik d iraq, saddam hussin
- Nanyikan satu lagu michael jackson (yg keluar di kepala time tu beat2 jak hahah.
- Terangkan kesediaan sekolah menjalankan dasar PPSMI.
dia suruh terangkan tentang JERI. pas tu perkembangan semasa tanah air
Sebutkn rukun negara dan huraikn apa maksud, “kedaulatan undang2, kesopanan dan kesusilaan”
Lps tu suh sebut nama agong dgn lengkap.
Isu global warming padahal interview bukan nk ngajar subjek geografi ..time interview kat fast food pulak ditanya ttg islamic banking..hahahaha..post kerja kat dapur lagi padu
ibu negeri dan bandar diraja……alhamdulillah
Ada kawan sblh masa perkenalan diri dia bgtau dia ad g acheh.. Terus panel spp tny kami bagaimana tsunami terbentuk.. Gittuuu…
Punya la sy baca bab isu semasa, nama2 menteri sekali yg di soal, Malaysia merdeka drp pihak penjajah mana?
Soalan apa perbezaan antara sistem pemerintahan Thailand dan Malaysia….bantai ke aje bior nmpak confident..
Soalan pertama Falsafah Pendidikan Negara. Soalan 2 apa yg tahu pasal ekonomi negara dan isu semasa. Soalan 3 ceritakan keistimewaan negeri kelate tmpt lahir. Lepastu cerita pengalaman sblm jd cikgu. 45 minit done. Alhamdulillah.
Dia tanya apa maksud nama sekolah yg sy ajar, lps tu ajak sembang dan bagi kata-kata semangat
kenape nak jadi Cikgu
Pengalaman praktikal kt sekolah. Ap yg dibuat di sekolah. Projek2 yg dilaksanakan di sekolah.
aq igt lg soalan cepumas drpd interview kene kt kwn aku?sebutkan nama raja yg awak tahu?
Terangkan diri sendiri sampai saya kata berhenti..
tahun 2000,
ada baca paper hari ni?
saya geleng
ada tgk tv? semalam ke?
Ada..
tengok berita?
tak..
habistu?
tengok drama..
jujur sangat tu jawapan.. pastu penemuduga tu gelak
kan klu kelentong x tahu plop berita apa yg terkini..
lepastu baru dia tanya ttg parabola, hyperbola dan lain2.. mujur blh jawab..
tak tanya pon senarai menteri ke.. pedagogi ke.. huhu
ditanya nama agong masa tu tp gabrah punya pasal tersebut pulak nama ayahandanya …. juga ditanya apa itu 4P dlm bisness…
Lupa dah.Yang ingat 1 ja,isu lonjakan harga rumah.
Apa hobi kamu? Sebab sy group terakhir iv hari tu..jd santai² ajelah
Malam tadi siapa menang bila sepak? Ahhh sudah
tanya teori psikologi.. lagu sekolah..saya xboleh jawab teori psikologi lupa..pas2 kena marah
Sib baik sempat tya calon awal, hafal Falsafah Pendidikan xsampai setengah jam, masuk duduk terus tya pasal Falsafah..kalau xleh sebut awak xlayak jd guru…oparok.
masa ni sy tgh sarat mengandung ank ke2 … tak lebih 15 minit sy ditemuduga lagipun masa dah lunch … soalan yg di tanya sebutkan ahli negara OIC di benua Afrika … saya tak boleh jawab hu hu hu
Berikan saya nama menteri yg berasal dr Johor…
Interview 1993
Kawan saya dulu ada yang nyanyikan lagu kebangsaan sahaja, lepas tu lulus
Nama Sultan wang kertas.
Nyanyi lagu sekolah anda.
Huraikan konsep Raja Berpelembagaan di Malaysia.
Tanya – Sekolah cikgu di Pulau Tuba kat mana?
Ambil akaun kenapa nak jadi cikgu? Sebab cikgu kerja separuh hari ke?
Jawapan saya..
Saya faham cg secara rasmi hanya kerja separuh hari..tapi cg bebas buat kerja lebih masa di rumah..boleh bawa balik , boleh buat bila2. Kerja cg tak terbatas dgn hanya di sekolah..tapi jika saya kerja sebagai akauntan..rahsia syarikat tak boleh bawa balik..kena habis kan di pejabat hingga 10 atau 12 mlm..
Lepas tu dia tanya nama isteri2 sultan..aduhai..hafal nama menteri..
Org trg. Tang permaisuri trg lupa.alasan lama tak balik trg..lepas tu dia kata.. Apa kaitan..jawab je..jika duduk trg boleh tengok kat signboard masa apa2 keraian..aduss jawab selagi boleh..
Dia tengok IC aku,
” Orang Kelantan ya? Sokong PAS?”…
1999…
kalau ditnya isu semasa. jawab isu yg kecil dan mudah nk jawab.. dulu sy jawb isu yg biasa je. sy g citer pasal isu Elizabeth wong.. adun kt selangor dulu .. wlupon byk isu besar lain..
Apa beza PRU dan PRK, berapa luas padang sek saya, PIPP, maksud Nilam.
tanya kalau di hantar ke sabah serawak cikgu sanggup pergi tak
1) apa maksud iceberg
2) sekarang kat london pukul berapa
Pengalaman sy.
Boleh tak ingat fakta2 ttg kbsm. Terkelu nk menghurai. Yg teringat hanyalah tahun 1985.
Malu sungguh.
Satu lg ditanya, tunku abd rahman tu asal mana.
Malu yg kedua. Seriously tak ingat.
Roasted.. mujur jd cgu
Saya ditanya peristiwa 13 mei… Hahaha.. Syukur pernah berbual dgn suami mengenainya dan peranan perpaduan
Dia tanya negara yg ada perdana menteri wanita, pendapat bila perempuan jadi pemimpin dan nama gelaran bagi daerah2 contoh bandar maharani bandar muar, basic kena tahu nama pengarah bahagian SPP dan Kementerian Pendidikan
die tnya nape nk jd cikgu? sy ckp la sbb ayah sy harap sgt anak kembar die boleh jd cikgu…kembar sy mmg dh jd cikgu pun masa tu…pastu xsentuh lgsg tnya pasal pendidikan atau isu semasa bagai…sibuk dok tnya pasal kembar plak mase tu…
saya dlu dia tnya sanggup x klo kena posting Sabah n Sarawak… Time tu semua angguk ja kepala… Pastu tnya ada kebun durian X hahahahah
Twrkn p johor.. Kl ckg nk kira lulus terus ni.. “…ms tu dah kawen.. Bgtau isteri tmpatnya disisi suami.. Snyap! .. Okla ckg.. Alhmdlh…dpt jgk penang…
Interviewer borak2 je sbb bila dia soh kenalkan diri, saya cakap mcm2 n sampai dia lupa nak tanya soalan.. Betul.. Akhirnya dia cuma kata , “bgtaulah saya apa yang awak tau”.. Alhamdulillah.. Rasa dipermudahkan…
I-Kamu grad mana?
S-Saya grad dari univ X, di negara X.
I- Wow. Rare ni. Xramai grad tapi ramai senior2 kamu dlm Kementerian.
S – Oh. xtahu plak. Belajar sana 3 tahun.
I – maksudnya umur 21/22 dah ada degree?
S – Ya. pastu saya kerja cari pengalaman.
I- Kamu 24 kan. Dah berapa tahun pengalaman kerja?
S – Dua tahun.
Ok. InsyaAllah dapat.Cuma saya nak pesan kalau dapat S dan S janganlah cepat sangat nak balik. Banyak kerja kena buat kat sana.
Alhamdulillah. Dapat.
Nama menteri
Dia tanya apa nama bumbung sekolah kamu? Dgn confident saya jawab color biru… Ha ha..
Balik sekolah.. Tgk bumbung seklh color merah..
Kena tipu.. Ada ke tanya soalan yg tak berkaitan..
Perkenalkan diri..
Lepas tu kenal soal ttg
1)isu guru berpolitik
2)pdpc matematik
Masa tu mmg tengah panas isu guru berpolitik
Pengalaman saya.. Kena baca semua tentang KPM.. Isu2 terkini pendidikan. Isu global pendidikan dan semasa. mereka minta cara simulasi dalam pdp. Memang perlu persediaan dari segi ilmu.Soalan terakhir apakah peristiwa dunia yang berlaku semalam? Kebetulan sambil susun sijil tengok Dunia jam 10.Dapatlah jawab.
Setuju x asingkan murid ikut tahap kepandaian atau gabung je semua tahap pandai dan lemah dlm 1 kelas..
Zaman 90an dulu saya kena sebut semua nama Agong …. bila tak blh jawab dato tu suruh sebut pulak semua nama sultan selangor… terdiam tak bersuara… gagal saya waktu tu
Kami hanya berbual. Kebetulan saya org pertama dan penemuduga… Kampung nya dekat dgn sek saya mengajar (masa tu guru gstt kat situ)…. Alhamdulillah.. Rezeki…
Saya ditanya suka baca buku tak? Lps tu, kena ceritakan semula satu buku yg pernah dibaca..tk ingat dah saya review buku apa masa tu
salah laku guru dan hobi..
boleh jawab .. tapi lebih kepada hobi saya mengumpul barang-barang antik..langsung berborak dengan seorang penemuduga sehinnga selesai..
Perkara ke-6, bidang NKRA. Ahh sudahhhh
Soalan killer ” Kerjaya guru sebagai pilihan terakhir”. Sila komen.
-cikgu asal swk?
-swk xada UMNO kan?
– apa prinsip DS Mahathir M. yg memberi manfaat kpd kedua2 pihak?
saya: sy minta maaf tuan ,sy betulx ingat(sbb nerves)
Jwpn: win win situation
Dia tnya knp x kahwin lagi pastu kena tazkirah pasal bab looking for ‘mr.perfect’
bagaimana nak tambah baik kurikulum dan PdP Bahasa Inggeris
Last2 sebelum keluar bilik, interviewer tunjuk duit seringgit dan tanya gambar siapa kat duit tu.
Siapakah nama penuh perdana menteri dan apakah dia sedang buat sekarang
Tye sapa ketua negara…huhuhu…
Zaman berubah ….soalan pun berubah ……sekarang zaman KBAT….
Disuruh terangkan ‘modal insan dlm aspek pendidikan’.. Bepeluh jawapan oiiiii..
Cikgu duduk dalam kawasan felda kan?…sekarang ni harga sawit se tan berapa? (Interview tahun 1990)
anggup x dihantar mengajar di Sabah & Srwk?
Kena ulas ttg Isu Bosnia Herzegovina…
Saya mengajar di salah sebuah pulau di Borneo. Dia tanya camne saya nak tingkatkan minat murid untuk belajar.
Saya pulak ditanya berkaitan kompetensi opsyen kita..kalau Bahasa Inggeris..diberi phrase atau word..dan diminta rephrase dengan ayat sendiri.
v berkumpulan, semua ditanya kalau dapat Sabah Sarawak terima tak..time part saya diorang tak tanya, tgk² rezeki di Sarawak, terima ja l
Tonggak 12
Pengalamn saya dia suruh ngajar tp jap je…tak sempat ngajar sgt..baru nak buka…ok…pelajar lain pula..hihi
Soalan2 fakta xde …rilex je otak masa kena interview tp ingat malam tu bukan main baca itu ini..(fakta)
Tnya brapa kali mohon dah ni.. 6 kali.. Dia tnya harapan sy… Sy jwb sy harap sgt nk jadi cikgu.. Tlglah saya.. Saya nak jadi cikgu..tgh sarat mengandung 8 bulan masa interview.. Dlm pantang dpt surat tawaran… Alhamdulillah
Cikgu asal perak
Beri nama menteri yg asal perak dan jawatannya
Nyanyi lagu perak
saya dapat soalan pasal kes benar suami isteri bercerai,isteri murtad..hak penjagaan anak macammana..
2008 kurikulum dan pedagogy…siap soh blakon watak mgajar dan datuk n datin tu jadi murid…perghhh….bpeluh dekkkk…. alhdmlh…
Asal usul Bahasa Melayu dan asimilasi bahasa di Malaysia. tahun 1998. Akhir sekali Datuk tu tanya” mengapa pekerja KFC waktu itu guna bahasa Inggeris?
3 menteri wanita pd tahun saya temuduga tu 1989
Temuduga SPP tahun 2014:
Q: siapa jaafar onn dan siapa onn jaafar?
Sanggup di postingkan ke mana sahaja?
Termasuk sabah sarawak??
Soalan sgt senang.. sebutkan 3 negara afrika n asia.. masa tu musim world cup.. xcukup 3.. 5 aku bg
Saya pasal pokok ganti tembakau
Sy masa interview kerja kerajaan..penemuduga tanya… “Awak dah ready nak kerja bawah boss gila? Kerja dengan boss yg psycho?”
Saya macam pelik soalan penemuduga ni.. Saya pun jawablah dengan jawapan selamat “Saya bekerja based on kekuatan dan kelemahan, setiap daripada kita ada kekuatan dan kelemahan, jadi kena belajar terima bendatu”..
Saya pun dapatlah kerja kerajaan yg pertamani…Ya Allah…sekali baru tahu memang boss saya yg tu adalah sejenis psycho..rupanya bawah dia dah ramai minta tukar..
Dia pula ke jabatan tu disebabkan dia ditendang dari jabatan lain sbb dia psycho…tak hadir kerja 3bulan tanpa surat notis dll isu lagi.
MashaAllah kadang2 soalan yg ditanya penemuduga tu mmg betul2 nak letak kita bawah pegawai/boss yg psycho. …
Masa saya masuk je jabatan tu, boss atas saya ni bermasalah dgn boss gred 54..dia block semua whatsapp n nombor telefon boss gred 54 ni…jadi bila boss gred 54 bagi arahan pd dia mmg x sampai… sbb dia dah block…
Sekali pergi exam jabatan terjumpa pegawai2 di tempat lama boss yg psycho ni..dorang direct tanya macam mana kerja dgn org psycho? …
Akhirnya saya dapat jawapan..patutlah beria penemuduga tanya boleh tahan tak kerja dengan boss gila/psycho?
Skang saya dah faham..sebab bendatu benar2 berlaku pada saya bila penempatan selepas lapor diri diletakkan di bawah boss psyhco tersebut.
Sekian saja al kisah kali pertama masuk interview kerja kerajaan n masa mula masuk kerja kerajaan dulu.
Harap benda ni tak terjadi pada adik2 semua…cukuplah berlaku pd saya saja jangan berlaku pada adik2 semua.
Interview sekitar Januari 1991 Orang kedua yang ditemuduga. Bertanya tentang Menteri Besar. Kebetulan baru transfer dari Perak ke Selangor. Tanya pendapat tentang pemimpin wanita.
S1.) Hal ehwal semasa…siapa presiden Filipina yg melawat Msia waktu itu. Jd rajin2 lh baca newspaper ya. S2) Boleh tk bina rumah ? Susah juga nk jwb ni…mmg tk blh lh sbb lulus bidang engineering cuma teori je. Tp bimbang jugak nk jwb tk boleh seolah2 tiada keberanian utk mencuba. Yg penting jwb je & pertahankn jwpn kita dgn bla bla bla….
sy punya soalan ms interview spp tu…simple jer….” BERAPA TAMBANG BAS DARI KAMPAR KE IPOH”
time nk posting soalan dia .RUKUNEGARA ADA BERAPA.SEBUT SATU SATU.
Pegawai tu suruh senaraikan perkakasan komputer
Saya ditanya kenapa mengajar kemahiran hidup dan kenapa x pilih mengajar Bahasa.
Saya cikgu BM , dio tanya pasal NILAM..dan minta saya ceritakan kisah hidup sampai berjaya menjadi guru.
Kite kne nyanyi lagu sekolah
Agak2 ler bru posting x smpai sebulan
Pastu kne tanye
Sape gerangan Dato Mohd Said ni
Hadouiu
Memula…cikgu pernah kerja sebelum ni? Bila jawab pernah..Di mana? Bila sebut dgn Penerbangan Malaysia (MAS) disuruh ceritakan pengalaman kerja dulu…
Lps tu…suruh sebut jenis² Boeing yang MAS ada..737-400..747-400…Airbus..Apa beza plk flight² tu…Sbb tu kerja kita dulu..kekacang la jawab….Kemudiannnnnn….
Sebutkan 5 nama Menteri Pendidikan yang cikgu ingat….
Kena tya nama sape pengarah Jpn Pahang…
Pastu bg situation cmne nk selesaikan maslaah skolah yg tkde padang..haha..pastu lupa dahh
Nama penuh perdana menteri masa tu.
Kenapa nak jadi cikgu
Kenapa bidang masak tp minta jadi cikgu
Berikan satu produk yang bakal kita usahakan dan huraikan.
Suruh terang bagaimana nak pergi dari town A ke satu destinasi ni. Habis interview, interviewer nasihatkan saya suruh sambung belajar lagi. Punah harapan. Tapi x putus asa. Mohon kali kedua baru berjaya jadi cikgu
Saya punya… Kuih trdisional apa pling femes di klate? Apa beza nsi dagang klate dgn nasi dgang tganu?
Malam sbelum kjadian.. Hafal juz amma.
Opsyen pndidikn islam
Soalan byk…
1) Falsafah Pendidikan Negara
2) Menteri Pendidikan
3) Nama penuh Sultan Perak
4) Sebut 5 Matawang Asing
5) Asal Usul Nama Sekolah yg sedang berkhidmat
1.kenapa jadi cikgu? Periuk nasi tetapker?
2.Apakah pandangan anda tentang tend pendidikan kini.…
See more
Kenapa nak jadi cikgu?
Apa maksud rohani?
- Sejarah sekolah
- Bilangan murid
- Bilangan murid yg akan ambil UPSR time tu.
Termanggu.. Tak terfikir akan di tanya soalan itu. Kena keluar, masuk semula slps 30 min.
saya dapat soalan tentang Dasar Pertanian Negara
Berikan nama2 mantan timbalan perdana menteri. Masa tu tersilap faham soalan ingatkan timbalan menteri pendidikan, manalah ingat semua. Bila ditanya berulang kali baru lah tersedar, bagi la jawapan yg betul
siapakah tokoh yang meninggal malam tadi?
1.Perbezaan guru kaunseling & guru disiplin
2.Sekarang PM kat mana? Buat apa
Itv tahun 1997 la
apa itu VISI… apa itu MISI… soalan sy dulu… alhamdulillah 9 tahun dh service
Baca doa qunut dengan takbir hari raya, kebetulan kena interview selepas hari raya haji. Alhamdulillah..
Siapa pengarah pendidikan msia, nagajar subjek apa? Berapa jmlah guru n murid di sek,berapa keluasan padang sek,ada berapa bnyak komputer di sek,…yg lain xingat..
- Masuk sekali 6 org. Lepas Tu die Tanya Ada baca ape2 sblm interview. Semua jawab Ada. Lepas Tu die Tanya baca APA?.. majority jawab baca Surat khabar. Outomatik die Tanya berikan 1 berita antarabangsa.. mujur mmg sy ade baca pasal demam zeka kt Singapore…
Lepas Tu dia Tanya klu kena tinggalkan sekolah lama.. kena buat APA… Sy jawab kalau cuti bersalin kena sediakan modul..
Saya kena berlakon..
Saya disuruh bercerita tentang 1 buku yg baru saya baca.. lepas tu diberi 1 situasi, kalau ada murid dalam kelas yg sangat2 tak mendengar kata, apa tindakan yg akan saya buat?
Daripada sebatang pokok, brapa helai kertas dapat dihasilkan..kbat betul soalan iv huhu
Pegawai tu sruh saya nyanyi lagu Britney Spears… On the spot.. Sy pilih lagu.. Baby one more time..
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.