pengalaman temuduga SPP Bahagian 4
Perkongsian ini adalah berkenaan dengan pengalaman-pengalaman temuduga SPP oleh rakan guru sebelum dilantik menjadi guru. Diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada graduan bakal-bakal guru untuk menghadapi temuduga nanti. Pengalaman ini telah dibahagikan kepada beberapa post kerana terlalu panjang berjumlah hampir 30 000 patah perkataan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel –
Berikut merupakan pengalaman-pengalaman daripada rakan-rakan guru. pengalaman temuduga SPP Bahagian 4
Bgmn nk apply Teori Pavlov (iya kot) dan Teori Skinner dlm pdp…. X ingat dh 2 teori tuh
Bola semalam sape menang? …. Selangor lawan kedah… Konfiden je jawab kedah menang padahal selangor menang haha…
. Kena nyanyi lagu sekolah..mana la nk ingt sbb baru lg posting..so, reka jela, asal ada nama skolah..kalau interviewer suruh ulang, confirm jd lain plak liriknya
- Sejarah asal usul nama sekolah..sama jgk, reka jelaa.asalkn disebut cerita yg ada kaitan dgn nama skolah
Sya masih igt soalan time tu,peg tu tnya psl isu hangat dlm pendidikn pd msa tu.pas tu disuruh nyanyi lg.15tahun yg lalu.
Sebutkan negara lain yg mnggunakan mata wang ringgit selain Malaysia…kebetulan masa keluar teksi nak gi temuduga pemandu teksi tak cukup duit baki bagi ringgit Brunei…sangat2 kebetulan….alhamdulillah…
Satu soalan saya paling ingat ialah yang saya tidak tahu menjawabnya. Apakah matawang Vietnam ? Seriously. Memang tak tahu sebab tak pernah nak guna. Lepas tu baru sibuk intai info di Pengurup Wang (tiada dalam senarai pun), belek suratkhabar (bwelum zaman hp 3G). Dan jawapannya ialah Dong. Memang rasa nak dong kepala sendiri ketika itu.
Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga melawat Vietnam pada Disember 2019 (sebelum PKP 1.0). Tapi kelakarnya, belanja di sana tetap guna Ringgit. Ya, RM masih laku di situ walaupun sedang kecoh berita kejatuhan RM.
Masya Allah, jadi guru ni, kalau tidak memburu maklumat, kita akan dihambat oleh maklumat.
- Bhs apakah yg pling bnyk digunakan d dunia & berikan sebab nya
- Ulaskan knapa ayah beri sya nama ini. Beri 3 alasa
apa beza antara sekolah amanah dengan sekolah wawasan…
pada pandangan kamu…berkaitan sekolah ini……
kenangan berdebor ni..
jawab sukahati…
Sebab mengajar matematik tambahan, Tuan Haji lak pakar Pend. Islam. Dia Tanya macam Mana nak bagi murid faham matematik Tambahan. Apa lagi goreng la. Syukur soalan terbuka. Kawan pula dia ditanya nama perdana menteri yang ketiga, sekali dia jawab Jaafar onn. Tergelak besar penemuduga
Soalan wakil SPP…’Ceritakan tentang sistem solar’…haha..koyakk…
Saya kena tanya;
- Ajar subjek apa di sekolah. Saya bagitau subjek Perdagangan dan K.Hidup. Jenuh la nak jawab tanya subjek KH yang bukan opsyen saya.
- Bagi 7 orang tokoh politik yang awak tahu. Soalan ni kacang la
- Bolehkah Lim Kit Siang jadi PM Malaysia.
- Sapa bakal PM Malaysia selepas Tun M, saya jawab Anuar Ibrahim.
Yg saya ingat, dia tanya pasal tukaran mata wang asing..1 juta duit malaysia bersamaan dengan berapa pound stelling..jujur saya beritahu penemuduga saya tak tahu tuan..tapi insyaAllah lepas ni saya akan berusaha menambah ilmu pengetahuan saya…temuduga saya berlangsung dalam masa 15 minit je..selain tu soalan nilai murni …
Soalan diberikan yang paling ingat, apa yang kamu faham tentang adat perpatih. Bersyukur dapat jawab sebab minat subjek Sejarah. Walaupun dari bidang lain.
Apa warna bendera negeri Perak?
Soalan basic..
Kenapa mohon jadi guru?
Saya jwb saya mohon jd guru sb saya merasa jiwa dekat dgn anak murid..terutama kanak2 khas..selain didik mereka jd warga berjaya.
Ok sy kelentong jer..sebenarnya xigt jwb ape dh 11 thn berlalu
Dia tnya apa itu ko-kurikulum. 4org skali masuk mengadap seorang penemuduga. Ke empat2 xleh jawab. RESULT LULUS. ALHAMDULILLAH
Kena nyanyi lagu Negaraku.
sapa jawapan ada jaminan masa depan dapa
Hubungan guru dgn rakan sejawat dan soalan terakhir, cikgu orang Melaka. Siapa menteri penuh asal dari Melaka? Masa tahun 1995.
Dia tanya formula Natrium Klorida, Asid hidroklorik dan asid sulfurik. Lepas jawab dia tanya SPM tahun berapa? Lepas tu dia puji ingatan aku kuat, selepas.12 tahun masih ingat formula saintifik.
1.Apa tugas ketua panitia…
2.satu lg soklan berkaitan dgn opsyen..
Syarikat yg ada byk cawangan..mcm tesco, giant tu…
- mcmna nk buat tarikan murid2 cina atau india skolah di sk
- cara nak mempertingkatkan mutu atlet
- terangkan apa kaedah tgfu
soalan satu tu umum yg soalan kedua ngn 3 tu stiap org lain2..kwan saya ada yg dia tnye perbzaan msn dgn isn, pak21, tgas2 su sukan
Penemuduga bagi situasi di kantin sekolah…jika kamu nampak ada seorang murid duduk sorng2 tidak makan di kantin..apa tindakan kamu masa tu?
Pegawai tu tanya, cikgu ada buat persediaan. Saya ckp terus terang saya xbuat apa2 persediaan sbb anak baru meninggal 2 minggu, terus pegawai tunduk dan menulis sesuatu, cikgu boleh keluar, xlama kemudian saya lulus temuduga.. Alhamdulillah
Awak kenal Michael Jackson? Tau tak dia dah meninggal? Saya jawab, saya tak tahu Dato’. Maaf. Hulu mana awak dipostingkan ni, sampai tak tahu MJ meninggal
Siapa Hilary Clinton..sy jawab adik beradik Bill Clinton pasal bin sama..bkn rekaan tp mmg tu sy jawab
gt lg, panel tu, pmpuan, cina.. dia sruh saya ngajar mate .. bt mcm biasa la
Berapa jumlah watt tenaga elektrik yg dibekalkan di Malaysia?
Inilah soalan yg saya terima
Soalan yg sy goreng jadi hangus…
Bagai aur dengan tebing..
Apakah maksud aur…
Dorang tanya aku minat apa ? Aku jawab minat tengok moto gp…disuruhnya jadi pengulas perlumbaan motogp… hahahahaha
Saya ditanya berkaitan dgn kes Abu Sayaf di Semporna
Ke mana PM Dr. Mahathir pi pd bulan February 2002? Saya tak dpt jwb. Saya jwb dia pi Libya utk lihat kolam air yg dibina oleh org Msia. Tu yg terbaru ms tu tp yg bulan February tu saya betul2 x tau. Dia tegur saya, sepatutnya sbg guru saya patut tahu hal itu. Balik dr temuduga dok fikir kenapa saya x tau. Rupanya bulan Feb 2002 tu saya pi Mekah menunaikan haji. So ms tu x baca paper dan memang x tgok TV. Tak tau apa2 yg berlaku dlm negara.
Boleh tak puan nadia ceritakan tentang wang plastik? Sebab masa tu husband kerja di HSBC. Agak-agak apa jawapan akak?
nterview SPP (MAC 2012)
Rilex dah masuk 5 org sekali
Tan Sri tny klu sy hantaq p Sabah mau dak
Sy jawab SANGAT Maw sbb suami bertugas sana
Tan Sri mntk alamat kerja suami dan Alhamdulillah dpt posting Sekolah Menengah plg dekat
Good Luckxda kabel ya
Interview SPP dh xsusah spt waktu MEDSI
Penemuduga tu tanya…nama sekolah dan di kawasan mana?..bila saya sebut nama sekolah dan kawasan tampoi Johor…soalan seterusnya…tampoi tu apa?..saya jawab sejenis pokok dan isi buah berwarna putih.boleh di makan…
Dekat 30 minit, citer pasei nama saya pelik, citer pasai hobi, citer pasei org mana, lahir mana, pengalaman pindah banyak tempat, takde pun tanya pasei kerja cikgu. Nanti kalu kawin, ciri-ciri suami? Mentanglah yang interviewer tu laki dua orang, sorang menulis tak habis-habis, tak panggung kepala langsung, yang sorang tu tanya tak habis-habis. Penat bacalah buku tentang Akta Pendidikan la, Sejarah Pendidikan Malaysia. Ceh! Buang masa sungguh. Takpe janji lepas dah temuduga.
Setakat jam 9pg berapa negara yg sudah membantu pencarian mh370 ?? Nasib pg tu sempat baca kat telefon sat dia tnya sbb dia kata ckgu opsyen pengajian am slalu update ttg isu smasa
ingat lagii takk….i ingat dia tnya knpe pelam harum manis dipanggil harum manis? Hahahha
Dia tanya.. sanggup tak kalau ditempatkan di pedalaman sabah atau sarawak,.. Saya jawab… Sebolehnya semua orang ingin hidup dan bekerja di tempat yang selesa dan dekat dengan keluarga. tapi sekiranya ditempatkan di sana,, saya akur atas arahan tersebut dan bersedia dari segi mental dan fizikal (abg ipar awal2 dah ajar suh jawab camni).. Akhirnya mmg first posting di Pedalaman Sarawak. Sk Batu Bungan, Mulu. Best gile..
Tak ada pun satu soalan tentang fakta, wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara…apa2 lagi lagi yang kena hafal2 tu… Semua soalan yang boleh jawab secara spontan. Saya cakap paling banyak sampai tak kena soal lagi dah…penemuduga suruh yang kurang bercakap jawab soalan dia…haha..40 minit juga lah bersembang dengan penemuduga2 masa tu… Salah seorang penemuduga masa tu…pengarah SPP…
Kenapa nk jadi cikgu sbb awak mudaa lg (spm)…
Saya nk jd cikgu PJ…… Mudah ckit. Penemuduga senyum pd 35 thn dulu.
Nak pencen plak pas ni
Awak nak Sabah / Sarawak? Tak… Saya nak KL je… Sampai sekarang mereput kat KL…
Q- biasa kenapa sistem tak run…tak jadi?
Me: ooo..trial version tu..abis limit dah
Gelak encik2 tu…
Daku tak de interview
Dikumpul secara beramai-ramai di satu hotel, dikelompokkan dalam kumpulan kecil 10 orang, duduk semeja, bincang soalan yang diberikan, nyanyi 1 lagu kanak-kanak berkumpulan, habis masa boleh ambil surat lantikan spp
Batch ipg posting 2013 yang terlibat penilaian khas mesti terkenang-kenang kan?
Penemuduga tanya teori yg tak pernah saya dengar. Saya hentam je jawab. Penemuduga jawab “salah”. Angguk2 je la
Dalam dunia,ada negara2 anggota keselamatan pbb..berapa negara yg jd ahli anggota keselamatan pbb?
Krik,krik,krik..
Interviewer bgthu ada 5…sebutkan 5 negara tersebut..
Soalan mmg luar kotak,sbb kmi smua bkal cg opsyen math..
soalan yg paling ingat..apakah pengaruh britney spears dalam kalangan murid sekolah?
interview tahun 2006..
eja nama ketua menteri pulau pinang dalam jawi.
Datuk tu tanya, how’s to improve English among pupils? Saya pun cakap 2 3 points pastu sy tnya pendapat dia pulak. Dia pun ckp 2 3 points terus ucap terima kasih & suruh sy keluar. 5 min je kt dlm tu sedangkan calon2 sblm sy semuanya 30 min ke atas.
Sekolah wawasan..
Isu ms tu sjkc xnk join sek wawasan.. dato penemuduga tnya knp sjkc xnk join? Berbelit2 dlm kepala otak pk cara nk jwb secara selamat.. bg jwpn cmtu dia x puas hati, bg jwpn cmni pon dia x puas hati.. at last dia sendiri bg jwpn.. dia kata “awk takut ke nk jwb?”. Takut la kang x lulus iv.. jwb dlm hati je..
Dia tanya Dasar Langit Terbuka. Apa benda tak tau, saya playsafe jawab sipi2 saja.
nterview 2009:
- Kenapa anda mahu jadi cikgu?
- Apa pendapat anda berkaitan isu wanita islam yang mahu dikenakan hukuman sebat kerana kesalahan minum arak? Ulas dari segi pelaksanaan undang-undang sivil dan syariah.
Penemuduga saya waktu itu non-muslim dan datang interview atas kapasiti ikhtisas Biolog
My fren cg ert/srt..
Q: berapa harga minyak sawit setan skrg
A: maaf encik..sy tak.pernah beli 1 tan..sy beli 1-3 liter je..
saya dulu… penemuduga suruh saya jd ejen pelancongan.. terangkan kenapa kena melawat sabah… in english…. hambik ko.. maklumlaa.. time tu baru up ppsmi….
Masa interbiew saya..saya yg tanya banyak soklan kpd penemuduga..trick x nak bagi diorang tanya saya soklan2 yg mungkin saya x bleh jawab
Disebabkan opsyen Pengajian Melayu, saya kena berbalas pantun dgn penemuduga tu…. Dia jual, saya beli, jual, saya beli… goreng sampai garing!
Penemuduga tanya..sanggup tak posting jauh2..saya ckp snggup yg lagi 5 ckp tak sure..last2 mereka ygkne posting jauh..sy dpt posting dekat..tricky btul soalan beliau..
Masa sy …kena dengan penemuduga berbangsa cina…dia byk tanye soalan fakta Masa tu…yg lain ttg falsafah Pendidikan kebangsaan…
Apasal dalam gambar borang nie kurus…..sekarang dah gemuk….. Buat senaman sikit ye Cikgu
Masa interview, Tuan Haji. Tanya pasal surah Iqra, aku jawab xtahu sebab mana ada belajar tafsir al quran.
Interview yg paling best pernah sy hadiri….
1) Tny lokasi sekolah
2) Apa specialty yg ada kt area sekolah
3) Hujung minggu ada x g memukat
4) ikan yg biasa ditangksp
5) klu luar waktu sekolah apa yg selalu buat
6) bagaimana dgn pergaulan org kg
lepas Lulus medsi , dpt iv.Intro pastu Suh ngajar.Minta biology and bi .Dia Suh ajar bi.
Kne gelak ii , cikgu cikgu slh ajar! Tengok balik yeke salah..btol je. .sorang buat kpl terbang kertss berlakon bdak nkl, sorang brlkon budak elit kondem cikgu .”Awk ni xlayak jd cikgu.”
biar jela dia bebel sambil buat dono muka Ade aku kisah?.
2 minggu sakit ht teringat ingat
Tp alhamdulillah dpt plak
Petua : confident je.buat je .kne condemn pun klu ade rezeki,dpt.smooth xkne condemn pun klu xda rezeki xdpt juga.seram smp skrg
Citer lama dah ni tp sbb ada pertanyaan,bantu shbt2 guru yg baru nk tempuhi interview yer..Jenis dan bentuk soalan tu pelbagai/rencam..Ikut mood penemuduga jugak.Mmg ler penemuduga ada guide2 tertentu tapi pada dasarnya yg hendak ditemuduga tu adalah guru dan mmg disahkan kelayakan utk mengajar.Temuduga sebagai memenuhi syarat dan memastikan calon2 yg sudahpun lulus pengajian menepati kehendak kementerian.Sya tersenyum sensorang sbb teringat soalan maut drp salah seorang panel penemuduga tu..”Siapa nama Sultan negeri cikgu?”..Masa nak jawab tu,suara kena jelas,sebutan kena cun dan pandang muka penemuduga..Soalan kacang(dlm hati)..Maka dengan pantasnya sya dgn suara yg sesuai,terus ler jawab…Sultan negeri sya iaitu negeri XXXX ialah Sultan YYYYYY .Dlm hati mmg konfiden maut sbb takkan ler tak tahu nama Ketua Negeri sendiri..Tiba2..Keluar kata “kurang ajar” . Betul tu Tuan,nama sultan negeri sya ialah Sultan YYYYYY..Sya mmg yakin sangat dan pasti. Sekali lagi kena “kurang ajar”..Lepas kena dua das tu,otak jem dah..Hahahaha..Sya cuba sekali lagi ..Kali ni lengkap dengan nama ayahanda sultan..Dan sekali lagi kena “kurang ajar” ..Malu,rasa nak marah dan sebagainya..Rasa marah tu,mmg ler sbb org muda,umur baru 21..Tapi teringat pesanan GB sya ..” Cg Buck , apa2 yg penemuduga dok provoke,sabar dan jangan lupa ucap ” Maaf ,Tuan”..Time tu sya dh mcm robot abis bateri dah.Tak tahu dah nak jawab apa..Tiba2 salah sorang panel tu,sambil tersenyum memberitahu DYMM Sultan….Alamak,aku sebut nama Sultan mcm sebut nama kawan aku..Moralnya..Klau soalan berkaitan dgn pembesar2 ni,jangan main sebut nama sahaja..Panggilan serta gelaran kehormat tu(DYMM , Datuk , Tan Sri dsb),WAJIB..Apa2pun atas budi bicara penemuduga jugak ler..Panel tu mmg provoke saya tapi sya tak tunjuk bahawa kita melenting..Klau dok buat gaya angkuh,alamatnya tahun seterusnya jumpa lagi ler utk ditemuduga.
siapa gabenor melaka
Suh baca lirik Negaraku..
Masuk bilik depa dah dekat kul 1 tghari..depa tnya apa sumbangan yg boleh cikgu bg kat sek yg cikgu ajar tu? Tengah sedap menggoreng,.ok..masa tamat..depa nk g lunch oiiii.
Masa interview dia suruh ngajar.. Penemuduga plak jd murid² dlm kelas.. Pastu tanya kena pilih jadi cikgu.
Penemuduga: Apa hobi kamu?
Bakal cikgu: Baca komik
Penemuduga: Boleh terangkan secara ringkas bagaimana nak aplikasikan penggunaan komik dalam pembelajaran.
Soalan mula2 kepada saya oleh Datuk Rahimah (interviewer) :
“MCM MANA SAYA NAK LANTIK AWAK, NI ADA REKOD 11 HARI DATANG LEWAT..” sambil belek2 dokumen dari dalam fail yg saya bawa bersama sampul coklat drpd pentadbir.
Kau rse? Terkedu sy x expect soalan mcm tu dan alhamdulillah kena yakin jawab elok2. Yang penting bercakap, jangan “errr…errr..errr” tergaru2. Pandang tepat ke mata penemuduga. Yakin. Body language. Jangan tersengih2 mcm kerang busuk wpun hakikatnya kita ni chill2 aje sentiasa.
Nasihat sy.. Inilah interview yg plg susah (maksudnya soalannya x de limit mana nk kena baca) seolah2 kt kena tau semua benda di dunia ni..1)hafal nama menteri n setiap post dlm kpm
2)kena tau isu semasa terutama dlm bidang yg kt ajar
3)hafal no telefon n sejarah sek
4)apa saja soalan.. Jgn bangkang.. Mesti menyokong.. Bila panel bercakap.. Ambil perbahasan aktif.. Ayat mesti manis
- Jgn bagi statement apa2 yg hentam kerajaan..
6.klau x boleh jwb.. Mengaku saja.. Jawab mintak maaf n percaya pendidikan adalah proses sepnjg hidup.. Berjanji nk perbaiki diri
Ready jela soalan luar kotak. Bukan takat luar kotak, kotak orang lain pun dia masuk. Soalan2 tak terduga. Soalan2 macam ni kalau nak hadap kena lepak dengan ahli fikir, orang yang suka mengelamun, orang yang sentiasa nak cari penyelesaian terhadap sesuatu masalah.
“Apa beza belajar dan berfikir?”
— semua diam —
“You all claim ada ijazah kan? Takkan soalan simple macam ni tak boleh jawab? Pemegang ijazah semua ni”
— kami terus diam —
jangan pakai tudung tingkat2 (tdung fareeda),jgn pakai perhiasan lebih dr 3..gelang xyah byk2..pakai jam..cincin pn cukup 1 je..rantai yg biase2 je..jgn melawa..pakai mcm cikgu,kemas..
jawab soklan dgn confiden..kalo xtau,mnta ulang..dan bg jawapan,sy kurang pasti tapi..(haa goreng smpai jadi)
masa saya dlu (dlu la sangat ) dia nk tgk rph praktikum..so,tunjuk la kat dia sambil cerita macam mna keadaan murid masa kita mengajar topik tu..
semoga urusan tuan dipermudahkan..
jadi cikgu ni,bukan semudah menghadap temuduga spp..dan xsemudah bayangan org sekeliling..mmg perlukan kegigihan dan semangat kental..
Pernah beli extension wire?
Dalam extension wire tu ada 3 jenis cable.
Nyatakan warna dan fungsi bagi setiap kabel dalam extension wire.
mbmmbi…tgk sjl plkn…tny sokong ke plkn ni?sbnrnya dorg bukan nk dgr isi sgt .nk dgr cara bercakap yakin ke tak ja..peratus tu lg byk..content tu sikit ja..
Dua soalan yg saya tak lupa. dia tanya direct tapi suruh explain keberkesanan.
- Sejauh mana kejayaan DEB di tempat anda. Saya jwb tak berjaya krn ch kwn yg nak lapor diri sbg cg bi di Sek Tamil kena halau oleh GB sbb dia cg Bangsa Melayu Resis betul masa tu ,1996.
- Interview masa DG41 2005 disuruh bgtau rentetan dan baik buruk ppsmi. penat mengulas panjang lebar.
Saya ditanya apa maksud ilmu. Mcm tahu tp susah nak jwb. Sampai hari ni ingat soalan ni
Saya kena di kubang kerian kelantan..jong interview ade 3 orng .mula2 dia tnyer ..cg sains sukan ni nk ato jauh2 .nok ato sabah….boleh ke?saya jawab..boleh lah..mane2..asal posting .jgn dlm utan sudoh..pah tu betul2 dpt posting Kota Kinabalu..SMK SANZAC..dan 2 thun..boleh balik ngajr kg sdiri..hu.hu.
Tolong bgtau saya jenis khat yg ada pada kaligrafi di dinding dlm bilik ni…… Cuba bacakan ayat teraebut… Sekarang kenalkan diri dlm bahasa arab…
Pengalaman interview paling best…penemuduga seorang Dato’, soalan yang ditanya hanyalah seronok ke mengajar Kat Sabah? Dan apa yang menarik Kat tempat awak mengajar?.
Lepas tu, siap offer Dato’ lagi pergi jalan2 Kat tempat Saya mengajar. Sebelum masuk tu punyalah berdebar sbb Ada yang kena halau keluar..Alhamdulillah rezeki Kita Allah memudahkan semuanya. Kwan2 satu rumah siap kena mengajar lagi
Thn 2003… Berapakah Modul dlm PLKN. Senaraikan… hentam sja..Tak pasti
Sebab guru BI, dpt soalan Pasal pengajaran English utk budak lemah serta Bercerita tentang isu penguasaan Bahasa inggeris…. Bercakap dlm Bahasa inggeris sepanjang sesi tu… Alhamdulillah semuanya ok
Saya ditanya ttg apakah kebaikan yg trdapat pada Doraemon.. Haha.. Nasib baik tgk jgk citer tu..Senang la goreng. Kelakar habis..
tanya pasal falsafah pendidikan…x hafal semua…pahtu pasal sekolah, brp org murid,guru…soalan2 lain x igat dah….3 k 4 tkg intv
terangkan proses bagaimana gempa bumi berlaku..
Saya kena baca kaligrafi khat dlm bilik temuduga dan diminta baca qunut..
Sy interview senang je…. penemuduga seorang Dato’ ..beliau tanya soalan…sy x boleh jawab…..die bagi jawapan….apa soalannya pun sy dah lupa… lepastu die cakap ok awak lulus….rezeki pegi interview tengah sarat mengandung anak sulung.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.