pengalaman temuduga SPP Bahagian 6
Perkongsian ini adalah berkenaan dengan pengalaman-pengalaman temuduga SPP oleh rakan guru sebelum dilantik menjadi guru. Diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada graduan bakal-bakal guru untuk menghadapi temuduga nanti. Pengalaman ini telah dibahagikan kepada beberapa post kerana terlalu panjang berjumlah hampir 30 000 patah perkataan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel –
Berikut merupakan pengalaman-pengalaman daripada rakan-rakan guru. pengalaman temuduga SPP Bahagian 6
Panel temuduga tanya… apakah negara terkecil di dunia… ternganga nak jawab… sedangkan masa membaca tu suami siap dah bg teka teki… x dpt jawab sebab sblm g interview … pg tu gaduh dengan suami… hahaha… tapi Alhamdulillah … dah 20 tahun jadi cikgu…
Tanya pasal Dasar Penswastaan
Bilakah sambutan hari guru disambut?
Pengalaman iv lebih kurang 10 minit dalam bilik iv SPP Putrajaya. Panel tanya
1.“How to be an effective English teacher”
- “Do you think assessment after lesson is important”
- “What is 21st century learning” – time tu issue ni famous.
Yg penting, jawab straight forward, kalau tak tau cakap je tak tau sbb masa iv berkumpulan ada sorang ni kena sound “ok stop there, if you’re not sure just say you’re not sure”
Berapa kwsn yg ada dlm permainan bola jaring
Masa introduction sy beritahu sy kene ajar Geo selain BI sbb kurang cikgu. Skali dia suh namakan 5 negera di benua Afrika. Masa tu dok pk negara yg dilanda kebuluran ja. Nsb baik dpt jwb.
Knp jalan kt kg awak lebih besar dari jln di Kampar,,?..
temuduga opsyen pendidikan khas….
iv : scroll² hp, lps tu tnya. ” dlm dunia ada berapa benua? sebutkan..?
sy : Allah…mmg tak jgka soalan tu…kawan sebelah duk tunjuk2 bilangan jari 7.. apa lg…bedal la..confident…
last² penemuduga tu ckp…hmm…sy tahu awk “goreng” ….
alhmdulillah..lulus iv.. nk masuk 8 tahun dah jd cikgu…
anel minta saya berlakon masak macam chef wan. masa tu terus blur.. xtau nak masak ape. last2 tersebut nak masak cekodok adabi. adabiii wehh.. y segera tu .. aduiii.. mujur diterima
Sy dia tny 2 jer.. Rukun negara dan nme penuh agong kiter… Hihi…
Teringat soalan penemuga hari tu… sekitar tahun 1997…
Berikan sebab kenapa profesion perguruan jatuh atau nampak teruk pada pandangan masyrakat….
Spontan saya jawab
…. guru kurang mahir, kurang minat pilihan kerjaya yg terakhir dan last sekali tekanan media….
…. apalagi bertempiklah penemuduga tu… awak kata tekanan media??? Kalau cikgu tak buat salah, tentulah media tak laporkan…
… saya jawab dng yakin dan slamber… yalah… satu Malaysia ada berapa kes kesalahan cikgu jer pon… tapi media besar²kan cerita… siap terpampang kat muka depan lagi… diulang² berhari²… kes baru dituduh di mahkamah… belum dibicarakan lagj… tapi seolah² guru tu dah bersalah…
Habis maruah guru tu sekeluarga… masyarakat dah memandang serong kpd cikgu tu….. last sekali mahkamah putuskan tak bersalah… tapi dalam media berita kaki jaa…
Saya sambung lagi…. cuba datuk tengok kes Datuk Rahim Tambi Chik… Beliau baru dituduh di mahkamah namun media dah gambarkan seolah² beliau bersalah… habis maruah beliau dan keluarga… habis kedudukan beliau dalam politik….
Tiba²…. datuk tu mencelah dng nada yg agak tinggi… dah²… awak boleh keluar!
Terkejut jgk saya…
Dah boleh keluar ke datuk? Saya tanya.
Dah… awak dah selesai…
Fuhhh lega rasanya…
Moral…. jng takut untuk bercakap…
ngat tp..masalahnya… pegawai tu tnya..dia sendiri jawab
Dia tanya nama etc tp br nk bukak mulut dia sebut semua jawapannya termasuk nama sy dan tnya betul? Sy pn angguk sambil ckp..ye saya. Ye betul tu tuan.
Lepas tu dia tnya apa pendapat sy ttg sekolah vokasinonal..masalah br nk jawab..dia dh jwbkan dgn pendapat dia… jd sy pn ye betul tu.saya setuju..
Last skali dia pesan nati dh masuk keja..nati buat fail perintah am etc tu tau? Nati sng. Masuk cg baru.:junior..awak bg depa bc hah tu jela pengalaman sy interview… mula cuak sbb org sebelum sy pregnant tunggu masa nk bersalin pn dia suh nyanyi lagu sekolah bagai
anye di luar jangkaan..sembang2 n tanya tinggal kat mn…bila kite bgtau tinggal kat kg nelayan..mak ai..dia suruh kite crite cara buat ikan kering n blacan..kite goreng jelahhh..dah nmnye rezeki kan..alhmdllh..24 thn dah jd cg.
Saya opsyen PSV, soalan ditanya berapa jauh Malaysia dengan sebuah negara di eropah… sebutlah beribu2 km dan terpaksalah minta maaf banyak2 sebab tak boleh nak beritahu jarak sebenar…
Look simple..tny psl FPK..rezeki aku kan..tapi member aku x lps weii..repeat
Rukun negara..Apakah maksud kesopanan dan kesusilaan…huraikan… Yg ni ja sy sgt hehe…10 tahun lepas
Saya ditanya 10 soalan … Cukup 10 dia berhenti. Maknanya mmg dia ikut skrip.
Antara yg ditanya..
- Dasar pandang ke timur.
- Micro teaching…diberi tajuk dan kena bayangkan mcm mana nak mengajar.
Penemuduga tanya cara-cara masak gulai daging salai bila tahu asal dari kuala pilah…hehehehe..maybe dia nak kurangkan darah gemuruh saya..
Saya pula di suruh nyanyi lagu sri mersing sbb kelahiran johor
- Sebutkan seni kata lagu negeri Johor. Jangan nyanyi.
- Pernah tengok gambar agong yang pertama?
Saya dapat soalan yg takde kena mengena dengan pendidikan…pasal berita sensasi dalam akhbar pada masa tu
Kalau buka botol mineral ni, pusing ke kanan atau ke kiri?
Cara menjawab soalan tu yg penting. Penggunaan kata ganti nama diri juga dinilai. Elak guna bahasa pasar. Soalan lebih byk berkisar ttg isu semasa. Falsafah pendidikan dll yg ada dlm buku tak ditanya pun
Kenapa mohon sejarah?
Lain banyak isu semasa je,
Maksud setiap rukun negara
Yang lain lebih kepada sembang2 je
Rukun iman. Pastu camne ntah lupe 1. Boleh lupa percaya qada dan qadar.. cg kena terima la dkt mane cg akan ditempatkan ye..
Soalan saya susah. Saya lupa dia tanya pasal apa..tapi nasib baik dapat jawab sebb dah hafal…huhhuhu. kalao General Knowledge dia tanya tentang dewan rakyat
Tak ingat tanya apa. Tapi dia cakap “saya tak faham apa benda awak cakap”. Punya rak kita explain dia cakap tak faham. Sengih je la sambil garu kepala yg tak gatal. Tak lama lepas tu surat pengesahan jawatan pun diterima.
Nametag tertiggal dlm kereta. Mak bawa kereta pergi mana2 lah . Time tu pkai topap lg call mak xjwb hbis kredit dek operator mnjwb hjung talian. Jumpa kotak. Gunting2 smpi saiz nametag, then nasiblah dlm kotak pensel ade pin. Jadilah nametag. Ivwers xtnye pun knp nmetag lain. Dia boleh bca n pggil nm dgn jelas. Soalan banyak tnya psl softskills and apa aktiviti yg dibuat kt skolah Menengah. Last soalan..kalau awk dihntr luar smnnjung nk x? Nak ajee, tp posting xhntr pun. Brangan juga nk pergi, tp rezeki di sni
27 tahun lalu, masa interview dah masuk tahun ke 2 sbb tahun pertama tu tgh sarat, dan kebetulan pula baru 2 minggu kat sek baru kat perak
So
- Nyanyi lagu perak
- Nyanyi lagu sekolah
- Apa yang saya buat sbb ngajar bm tahun 6 2 kelas (masa sek lama), sedangkan option mt…
. Fpk
- Bagaimana cara nak tingkatkan kehadiran pelajar
Dan byk lagi.dari 5 org,hanya 3 yg lulus. Lg 2 selepas 8 tahun baru dpt iv online dan lulus
1) dia tanya perlawanan bola smalam brapa kosong
2) adakah suara wanita tu aurat ka tidak?
Itu je.. hihi
1996/Penemuduga tunjuk kan saya gambar somebody dalam KPM tapi saya tak dapat jawab dgn betul.. Kemudian dia tunjuk gambar artist, betul jawapan saya.. Dia kata… Oooo Syarifah Aini awak kenal pula
Temuduga SPP:
Dok mana? Asal mana? Jawablah dengan bersopan dok mana asal mana…. Lepaih tu penemuduga bercerita pasal betapa seronoknya kehidupan di kampung…. Bla bla bla agak2 10 minit. Saya tanya balik…. Tuan asal kampung mana? Beliau jawab saya tak ada kampung … Duduk dalam bandar….
Jomlah tuan lepas habih urusan temuduga ni kita pi kampung saya…. duduk dua tiga hari…. Nanti saya bagitau mak saya di kampung…. Tapi tak ingat nak ambil no telefon beliau…..
Dan….. Bila dapat surat …. Lulus….
Lepas setahun di sekolah gb bagi tahu ada Pegawai SPP nak jumpa…. Ha ha … Bawak beliau jalan2 dengan Ketanya ….. Saya masih pakai moto kapcai waktu tu….
Dato tnya : SPM kamu cukup2 makan, degree kamu second class jer… DPLI kamu pernah dpt 4 flat… 3.8 lg… Kamu bodek pensyarah IPG kamu ke ape?
Me: Erk……… (nak jawab apa ni? Org pesan cakap je apa yg boleh cakap, jgn diam walaupun xtahu)
Me: Masa SPM dulu sy banyak main… Saya rasa sebenarnya sy ni pandai jer tp tak tau pentingnya pelajaran utk masa depan… Tapi lepas tersungkur masa SPM, tgk kawan2 berjaya, sy bangun terus berlari… Kesedaran sy datang lewat… Tapi belom terlambat utk sy ubah masa depan sy dato… Better late than never…
(aku pun xtau mana datang ayat2 tersebut… Spontan)
Dan dato pun terus speaking london memandangkan aku budak TESL… maka berhabuk la kami skipping london berdua… Dia tnya contoh ayat adjective… Tnya word of speech… Tnya pasal isu semasa…
Alhamdulillah dpt posting dekat2… Sblm keluar, dato senyum… Dia cakap, kamu berani… Maceh dato…
Bangga ooooo….
Penemuduga tanya saya soalan..
Apakah buku yang anda sedang baca sekarang dan apakah impak buku tersebut dalam kehidupan anda.
Berapa ukuran name tag yg standard
Sy orang terakhir yg diinterview walaupun dalam senarai orang ke-3. Jenuh menunggu giliran. Hari jumaat pulak tu. Boleh tgk mcm2 riak wajah mrk yg dh selesai. Debaran Tuhan jer yang tau. Ready bukan main lagi waktu tu, newspaper dok kt tgn kot2 la ditanya isu hot hari tu. Tetiba tanya apa program yg sek saya buat untuk menarik minat murid. Blur kejap sbb br 2 bulan posting. Saya tibai la apa yg saya tau.Ntah betul ntah tdk, sy pun tak tau, ayat last depa, arini hari Jumaat nk blk kg tak, sy jwb nak blk sebab sy nikah malam esok. Senyum depa, maka banyaklah pesanan khidmat masyarakat dan ucapan tahniah mengiringi langkah keluar dari bilik tu. Alhamdulillah, dah 22 tahun berlalu. Rezeki.. Insya Allah, sekali guru selamanya guru.
1) methodology yang sesuai mengajar murid tulis summary
2) isu2 semasa
3) FPK
4) kalau hantar jauh2 terima tak and kenapa (opkos la kata terima demi anak bangsa)
Zmn saya dia tanya apa SPM, STPM, bila Malaysia merdeka, bila tarikh penubuhan Malaysia, apa yg terkandung dlm penubuhan Malaysia, apa maksud pepatah, bidalan, bezakan keduanya. Penemuduga ni strict. Kalau salah dia akan terus jwb salah. Tu yg saya kenalar. Kawan2 lain mcm2 ada tanya asal-usul nama tempat bjr. Cth kalau bjr di UPSI, arr dia suruh kita cerita sejarah penubuhan. Ada jg yg dia suruh nyanyi lagu negaraku tanpa irama. Tu antara soalan2 yg saya masih ingat dan kongsi dgn rakan2 masa interview tahun 1997
Gagasan 2020..blank abis
Goreng teruk masa tu
enapa cikgu suka pergi kantin
Dia Tanya opsyen. Sebut geografi terus Tanya Teori Hanyutan Benua. Nasib pi Form 6 ambil subjek geografi n ingat lagi kena buat tugasan tutorial Thn 1 Di UM tajuk ni, bolehlah nak jawab.Jenuh menggali balik ingatan
Isu pembuangan bayi. Msa tu maklumat dr srtkabo.. . Berita rtm…
Depa minta saya jadi jurulatih bola jaring. Saya kena bagi arahan kat player begitu begini masa tengah bertanding dengan bising2 so saya kena menjerit. Kali pertama tak jadi. Kali kedua, saya pegang kain terus jerit2 smpai calon guru di luar tgok2 ke dalam.
Penemuduga kali kedua suruh saya menyanyi. Saya cuma ingat lagu yg aaya buat sebagai caller ringtone hp saya ja waktu tu. Maka keluarlah lagu rock, baru 3 baris depa suruh berenti.. Tak tahan kot suara dah la sumbang nyanyi lagu rock pula. Tapi yg sorang tu ulas, ok kita memang perlukan cikgu yg jiwanya agak kasar… Ok Alhamdulillah..kalau rezeki tak ke mana…
Introduce yourself in english sb dia tahu opsyen kami pendidikan islampastu dia tanya siapa menteri wanita dan pembangunan(kena igt dan tahu isu semasa ya)..last panel tanya psl isu pendidikan skrg..ada 3 panel dlm bidang msg2..so bersedia utk menjawab dgn yakin
Dia tnya psl politik.. Antara Mahathir & TGNA mana yg awk pilih.. Soalan menjerat sunggu
Antara soalannya
-Siapakah perdana menteri perempuan pertama dunia
-Apakah acara sukan dlm triathlon
-Nama menteri besar Pahang
-Cara solat sunat tasbih
– Ibu negara Brunei
Dasar ekonomi pandang ke timur ..serampang 2 mata.. yg lain² dia tnya biasa² jek.. asal mana.. duduk mana skrg… blk interview esok demam mencabar sungguh soalan rasanya masa tu
Saya ditanya jumlah mangsa tsunami…bg negara2 jiran malaysia dan malaysia…
Nama menteri..tapi dah lupa..
Tukang interview tanya knp minyak naik harga n ekonomi down. Silap besar la tnya kat org yg bc fb n paper hari2
Soalan yg sy ingt dr dato’ sri ni, Pada pendapat awak,gaya pmimpin mana yg plg baik, authoritarian atau demokratik..diriku pn mnjawab dgn konfidennya 50% fakta 50% gorengLast skli dia kata, sy sbnanya nk smbg lagi discussion kita tp dh stgh jam, ms pn x mengizinkan kita.org lain 10 minit ja intevw..pngalaman xkn lupa..Suasana ms tu mcm tgh nk dptkn tender hrga juta2.Mnghadap 3 org inteviewer,salah sorgnya bpangkat dato’
Penemuduga: Opsyen kamu Bahasa Inggeris kan? Ok, terjemahkan FPK dalam Bahasa Inggeris sekarang.
Antara soalan yg ditanya..
- Siapa Menteri Belia dan Sukan.
- Apa maksud Rakan Muda..(sbb dia tgk byk sijil rakan muda dlm fail)
- Gaji dah masuk ker..cantik baju.
isu semasa yg tengah femes skang kene ambik tau..yg pntg die tnye terus jwb straight to the point..jgn duk intro pnjg sgt isi tk msuk2 nnti die terus cut tnye org lain pulk..ni bese yg jenis suke berckp selalu kene cut..jwb terus apa die tnye..tkpyh bermadah2 helah
dia tanya patut tak ada sekolah banyak aliran macam sekarang…lepas tu dia cakap sesi pagi tadi semua perempuan..hari ini saya lah lelaki pertama yang dio interview…kau rasa….
Tak ingat sangat…..
Tp soalan yg Paling ingat semasa orientasi blok kt upm ” sila baca sifir kosong Dan sifir 1 dengan kuat sambil mengadap ke blok puteri”
Biasanya pasal falsafah pendidikan kebangsaan (FPK)…lepas itu isu semasa kena cakna terutama berkaitan pendidikan…
Perkenalkan diri.
Beza ujian formatif dan sumatif kalau xsilap.
Phtu kena buat simulasi mengajar.
Soalan dari Spp dulu dia tanya apa maksud pemansuhan ppsmi dulu.. Sejarah puteri Saadong sb dia tgok ic 03..
Tanya sekolah ada padang tak? Banyak durian tak kat kawasan sekolah? Budak pj guna padang tak? Tu je
Saya ..dia suruh ceritakan bagaimana sistem alat hawa dingin berfungsi….Saya goreng..goreng..goreng..cakap terus dengan lantangnya…Dia suruh..stop…dan keluar….Alhamdulllah dapat…saya tau..dia pun tak tau hal ekon ni…sebenarnya..dia nak tengok cara kita bercakap je……Sekarang dah pencen 60…Saya..bekas guru DG sekolah pemulihan Jab.Keb.Masyarakat Malaysia..budak budak kes mahkamah…37 tahun lebih disitu..Alhamdulillah….
Ditanya siapakah anda 10 tahun akan datang, sebutkan benua2 yg ada di dunia dan beri pandangan tentang FPN
yg penting sembang berfakta…bukan sembang yg menampakkan kebxdxhan..yg penting mohon dgn Allah dpmudahkan…
Antara yang paling saya ingat…Sambil keluarkan not rm1..penemuduga tanya ni gambar sapa?
Sy dia tanya berapa saiz name tag… Sbb name tag yg sy pakai masa intvu saiz kecik.
Saya dtnya negara 4 musim nsb la blh jwb..saya kmain mghafal pipp ke apa zmn tu..jenuh tk tdo skli satu apa pn tk tnya alhamdulillah lulus..yg pnemuduga plk suara sgt slow bnyi econ lg kuat dr suaranya..n muka tenang je ilang debo kita
Dia tnye sy brape hrga sawit smasa..sbb dpt posting dlm kwasan felda…tokoh sukan y digemari dan sbb2 pilihan anda…goreng je..jnji cnfident…die bkn tau pon…ha3
Tahun 2000…. Antara soalan yang saya ingat…
- Siapakah nama menteri teknologi sains dan alam sekitar..
- Siapakah Menteri Besar Johor yang bukan berasal dari Daerah Muar..
- Dato’ tu tanya opsyen apa? (matematik)… Soalan dari beliau bagaimana nak kaitkan matematik dalam kehidupan seharian, dia beri contoh situasi awak nak buat sepasang baju kurung… Saya pun terangkan kan lah, biasanya baju kurung dewasa guna 4m kain, harga yang dibeli, bla bla.. lepas tu Dato’ siap tanya awak pandai jahit baju?.. saya jawab.. baju kurung yang saya pakai ni jahit sendiri… Ingat lagi, baju bunga warna pink tanah hitam…
Antara soalannya:
- Maksud globalisasi (isu semasa waktu ni)
- Maksud JERI
3 Misi dan visi sekolah cikgu mengajar
- Berikan misi sekolah cikgu untuk masa 5 tahun akan datang.
Alhamdulillah…
Siapa president India dan siapa Perdana menteri India…. I terus angkat bendera putih sebab dah tak boleh nak jawab. Setelah diajukan sembilan soalan pengetahuan am yang berjaya di jawab dengan bergaya. Akhir kata daripada penemuduga…impress your pupils, don’t impress me….
Kohort ke 3 program jqaf 2007. Masa dlu temuduga spp sekali dengan cikgu subjek lain. Dapat penemuduga berbangsa india. Dia minta ceritakan tentang program jqaf dan buat micro teaching dalam Bahasa Inggeris. Dia kata as a degree holder you must capable to speak in English, apa lagi terus la buat lecture selama 45 minit
Saya opsyen sains dia tanya siapa cipta mentol…
Bila tarikh lahir tok ti?
Saya interview spp dulu tahun 1989….lama dah….rasanya solan berbeza dah…….apapun kena tau…..isu semasa…isu pendidikan…dasar kerajaan….dasar pendidikan…….isu covid pun kena tau….tujaaa…..
Sepanjang interview saya tak disuruh pun duduk, pasrah berdiri sampai selesai. Interviewer suruh saya nyanyi lagu Siti Nurhaliza…terkejut tapi nyanyi pi la kan
Saya ditanya, jika cikgu ingin mengajar peribahasa.Apakah set induksi yg kreatif dan menarik… Dalam duk terkial2 nak cari idea.Penemuduga bagi idea suruh saya pasang lagu Jalil Hamid bertajuk Ayam….Tersipu2 saya..Mati akal waktu tu.Otak tak boleh berhubung…. Alhamdulillah lulus juga temuduga tu..kahkahkah.
Apakah isu dlm pendidikan yg terkini???…. Saya tak ingat saya jwb apa…cuma ingat soalan jerrrr… Apakah isu politik negara yg terkini????… X ingat jgk jwb apa… Yg ingat penemuduga tu angguk3 jer dengar…x geleng2 punnn
Dia tanya apakah kritiria yang diambil kira ketika mengadili musabaqah membaca Alquran….
Jenuh hapai nama barisan menteri kabinet waktu tu..sekali dia tanya negeri apa menang sukma thn tu.. Nasib la kita ni jenih bc surat kabaq… Tau la jugak nk jawab..
Saya kne mock teaching.. Klu xsilap interviewer kata xnak tanya pasal polisi pendidikan or yang sewaktu dengannya sbb dia kata mesti calon2 dah hafal..
Penemuduga tanya:
Apakah pandangan anda tentang serangan nuklear dari iran ke atas israel?
Dia tya saya suka minum kopi awak suka minum apa? So sape nama pengerusi PBB ms tu terus blur. Padahal jawapan KOPIANAN. Borak psl sek
Apakah makna mukjizat…?opsyen arab
Soalan : Apakah keistimewaan Mekah dan Madinah? Mungkin rezeki tgh sarat mngandung.. 15minit dah siap… Takut teberanak kat situ barangkali..sebab tu cepat.. hihi…
Sy ditanya pasal islam hadhari..dan penemuduga tersebut ialah seorang lelaki cina yg sebelum itu bertanya sy mengajar subjek apa…zaman paklah time tu..
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.