pengalaman temuduga SPP Bahagian 7
Perkongsian ini adalah berkenaan dengan pengalaman-pengalaman temuduga SPP oleh rakan guru sebelum dilantik menjadi guru. Diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada graduan bakal-bakal guru untuk menghadapi temuduga nanti. Pengalaman ini telah dibahagikan kepada beberapa post kerana terlalu panjang berjumlah hampir 30 000 patah perkataan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel –
Berikut merupakan pengalaman-pengalaman daripada rakan-rakan guru. pengalaman temuduga SPP Bahagian 7
ena buat ‘mock teaching’. masa tu interview berkumpulan, lagi, dia check name tag, stokin..cara pakai blazer, tu yg sy ingat. hehe
Takan pernah… Mlm sblm sy interview, mak sy meninggal. Esknya interview spp. Semua tak sedia tapi pengetua nasihatkan pergi sj. Syukur sy lulus juga interview.
Soalan yg sy ingat.. Falsafah pendidikan.
“Apakah lagu yg paling diminati oleh murid2 skrg?”..dgn konfiden nya sy bg tajuk Ketahuan nyanyian Alif Aziz mase tu..interviewer cakap “ok sila nyanyi skrg”..melopong jap..mmg xtau pn mcm mane lirik lagu tu..interviewer ckap lau nk jd seorang guru yg dpt menarik minat murid..kena tau nyanyi lagu kegemaran murid2..nasib baik soalan lain semua boleh jwb dgn baik
Kenapa perlahan sgt suara awk.
Kalu nk jd cikgu suara kena kuat ye.
Kalau tak, tak payah jd cikg
Masa interview zaman 1976 sebelum masuk Maktab, Yg interviewer suruh saya lakunkan saya jadi Guru BI, ajar murid sekolah rendah. Masa tu takde pengalaman langsung, Nervous dan sambil mulakan perkenalan saya tak tau nak cakap apa. Saya sebut je”good morning children”Today I want to teach you English”‘Lepas tu tak dpt nak terus kan sbb terlalu nervous takde idea, saya tak ingat dah lepas tu, Seorg tu berkata, Normala mcmana nak jadi cikgu ni tak serious? sbbnya saya nak tergelak sendiri masa tu. Kalau dia suruh nyanyi pun tentu saya boleh sbb minat sangat. Apa pun tawakkal je,Bila dpt keputusan, saya terpilih masuk Maktab utk Kursus Pendidikan Peringkat Awal Kanak Kanak dengan BI. Memang rezeki nak jadi guru BI kut. Ingat tak berjaya dlm temuduga tu.
Asal kelantan ditanya soalan pasal politik…beza pas ngan umno…hu…hu…
Pasal gelaran alhaj…sbb kita ngjar sej..tu tanya politik tu
If u were a car, what would it be?
Dia tanya pasal isu pendidikan terkini juga..pastu die suruh huraikan tentang falsafah pendidikan negara..
Jgn fikirkan ttg soalan yg akan diberikan….kena jujur….kalau tahu…bri jawapan dgn penuh keyakinan…kalau x tahu…minta maaf n cakap x tahu….x perlu kona baring takut akhirnya kita yg tertiarap….
simple jer soalan…
1.cantiknya baju .. .tempah kat mana
- bendera malaysia ada berapa jalur
3.sebutkan warna yang ada kat bendera malaysia
Adakah Hang tuah wujud? Cikgu sejarah kot.
ika anda diposting ke pedalaman sabah sarawak, apa anda akan lakukan?
Jawapan saya :
Saya pasti akan pergi dan akan bawa pelbagai perubahan dengan cara saya seperti saya pastikan murid saya akan seronok dengan saya. Saya akan beri pendedahan pelbagai yang mereka jarang ada atau lihat…
Sebaik sahaja keluar dari bilik saya terus berdoa “Ya Allah janganlah Kau makbulkan jawapan munafik aku
Mata wang negara lain… Yg lain2 dh tak ingat..
Sebutkan negara dlm benua Eropah..
terangkan daya tarikan yg ada di negeri sabah
ebab saya mengajar jauh di Pendalaman Sabah masa itu, penemuduga mengarahkan saya memberikan detail perjalanan saya dari sekolah ke sesi temuduga dan kembali semula ke sekolah- dalam Bahasa Inggeris dan dengan sangat spesifik. Memandangkan saya guru terakhir untuk sesi itu, saya ‘digoreng secukup rasa’ .. pengalaman yang menarik dan amat bermakna. Penemuduga saya pada masa itu adalah pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
Apakah nama ibu negara Brunei dan Singapura? Boleh pulak x ingat ibu negara Brunei sb nervous, nasib baik ingat ramalan cuaca dlm berita dulu2 selalu sebut bandar seri begawan.. Yg Singapura mmg tak tahu
Dia tanya nama Agong pertama, Perdana Menteri pertama dan klu x salah nama isteri Sultan Kedah time tu
Soalan
- beza ukuran cupak.. Gantang..kg dll
2.sukan org2 OKU
3.Falsafah pendidikan
Masa interview thn 2004, interviewer x tanya ttg FP sbb semua pakat hafal. Dia tanya brp calon PMR seluruh malaysia pada tahun tersebut. Dia tanya adakah cikgu mengajar menggunakan buku teks? Saya jwb tidak. Terkejut dia. Dia tanya kenapa, saya keluarkan hujah2 saya. Dia tanya ttg bahan2 yg saya gunakan. Saya terangkan dekat beliau ttg ABM yg saya gunakan.
Pengalaman saya:
Datang dengan sampul besar berisi sijil² yang diperlukan. Sampai di kaunter, dimarah oleh pegawai yang ambil kehadiran kerana tak guna holder fail. Saya buat tak kisah kerana benda tu tak dinyatakan dalam surat panggilan temuduga. Pegawai tu siap bagitau, kalau kamu dihalau, jangan salahkan saya. Saya akur. Time giliran saya, ketuk pintu dan saya dipersilakan masuk. Sebelum masuk, dah diingatkan bahawa penemuduga bergelar Datuk.
Saya tunggu arahan. Disuruh duduk saya duduk. Sambil membelek-belek sijil, Datuk tu mula bertanya. “Boleh baca Al-Fatihah?”.. Boleh, Datuk.. Sila baca sebagaimana kamu baca ketika solat. Saya mulakan bacaan dengan nada suara Syeikh Saad Al-Ghamidy.. selesai membaca, Datuk tanya.. “Biasa jadi imam ka? Saya kata, hampir setiap Jumaat saya bertugas menjadi imam Solat Jumaat. Dia mula betulkan duduk dan terus menyuruh saya terjemahkan Al-Fatihah.. saya terjemahkan dengan baik. Cuba huraikan ayat 5? Saya terus huraikan.. Sepanjang sesi temuduga, hanya ini saja soalan yang diajukan kepada saya. Ops.. ada satu soalan yang tak dapat saya jawab. Dia minta pendapat tentang guru agama tidak berkualiti. Saya jawab, saya tidak pasti. Akhirnya dia sendiri bagi jawapan. Katanya, guru agama kerap dapat jemputan ceramah. Balik lewat malam. Dalam kelas tidur.. Saya hanya mampu tersengeh dan mengangguk.
Selesai sesi, Datuk tu pesan, jalankan tugas dengan amanah.
Sesi temuduga saya memakan masa hampir ½ jam..
soalan siapa menteri, timbalan menteri, pengarah pelajaran, pastu apa isu semasa paling hangat berkaitan pendidikan dalam negara dan luar negara..
Di tanya ttg isu politik semasa antarabangsa yg sedang bergolak masa tu….thn 1996..mmg tak blh jawabbbbb la sbb saya baru lps pantang bersalin anak sulong…mana ada masa nak belek news paper……tp dah rezeki…berjaya trpilih juga utk Kpli maths.. Alhamdulillah
Struktur Kpm turun ke Jpn turun ke Ppd pastu Sekolah. Nasib baik study
Dia tanye psl 1malaysia n wawasan 2020
Tanya tentang sejarah sekolah tempat saya mengajar. Siapa dia tokoh tersebut yang namanya diambil sebagai nama sekolah. Selain itu pastinya soalan Falsafah Pendidikan Negara…. Di tanya juga tentang kaedah pengajaran.
Setujukah jika bahasa Melayu ditukar menjadi bahasa Malaysia
psl inflasi..pastu nape nak jadi cikgu…tu jer kot
Sy opsyen bm, jd sy ditanya nama pengarah dbp semasa, sy xtau jwpn tepat tp sy bgtau tahu nma nama pengarah dbp sebelumnya dgn gelaran dato lg. Pndai2 je kau tmbh dato katanya…hahaha. pstu pgawai tu minta sy bersajak, sy ckp segan smpikn sorg pegawai bsembunyi di sebalik langsir. Yg sorg pula tlg bersajak dn sy dgr je. Lgpun dh tgh hari, meka nk break n dh lapar so saya xda la lama mcm org lain
Bawa penemuduga cenderong kepada kita. begini, bila dia ckp, terangkan serba sedikit ttg diri anda. Ok, itu lah masanya.
Cerita yg berkaitan dgn diri kita dan bawa dia ke alam kita.
Jika tidak berjaya, maka standby la jawab soalan yg kita biasanya tak boleh jawab. Matilanak!
Mereka ada skema soalan yg perlu ditanya. Rasa2 boleh jawab .. ?
Saya masa temuduga, saya berjaya membawanya bersama saya. Kebetulan Dato’ tu seorang sahaja. Seorang lagi tak dtg atau lewat.
Kami berbual ttg diri dan keluarga saya. Lastnya, Eh.. saya ni, belum tanya awak apa2 ya?
Tak payah la Dato’, dah setengah jam nie, kesian orang lain tunggu ..
– Ramai lagi ker kat luar tu?
– Ntah la Dato’ ..
Bila saya keluar, ada yg bertanya? Apa soalan yg ditanya. Tak ada apa2!
Bila dia tanya @ suruh cerita ttg diri sendiri. Awak ckp jer apa yg patut jgn berenti .. !!!
Berapa ketinggian gunung kinabalu….mmg dah agak sbb selitkan sekali sijil naik gunung …dah bagi angka betul dia kata salah…Saya bgtau ade sijil dlm tu mmg betul angka tu…pastu borak pasal pelancongan kat sabah lbh kurang 10min then suru kluar ..kecut juga ingatkan gagal interview …terkejut cgu2 kat luar sbb yg terdahulu paling cepat stngah jam n semua kene tanya pasal PPPM 2013-25
Saya dapat soalan
- Falsafah Pendidikan Negara
- huraikan Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib
gasak duk menghafaz..tp yg saya gagap bila tanya falsafah pendidikan negara..huraikan ttg jeri…pergh gigil..soklan tak terjangka..goreng jelah..mujur lulus
Piala Navis sukan.apa
Apa beza bulan dan bintang,berapa rakaat terawih dan witir, isu semasa pergolakkan Korea Utara dan Korea Selatan.Masa tu mengajar SJKC, Penemuduga tanya kalau murid tidak faham apa penyelesaian yg perlu dibuat, Alhamdulillah semua dapat dijawab dgn baik.
Siapakah nama sultan kedah..nasib baikla hafal sblm masuk bilik. Sis ore kelate mana mau nk ingt kalau x hafal
Kne tnye tntg kes tembak dlm taska di luar negara. Isu semasa ketika itu… Pppm…
Sy di tanya ttg wawasan 2020. Lps tu bila peg tu tau sy option eng…dia ajak sy borak2 kosong dlm bahasa inggeris
Pengerusi SPP
Apa beza panggilan Datuk bagi orang biasa dan Datuk bagi ahli politik?
Tukang iv bagi situasi.situasinya mcm ni. Dalam kawasan sekolah ada 1 pokok besar dan rendang. Cikgu2 selalu bawak murid ke bawah pokok dan belajar di luar kelas. GB nk tebang pokok tu.
Soalannya, mcm mana nak yakinkan GB supaya xtebang pokok tu. Masa tu iv kumpulan kami berlima kalo xsilap. Mcm2 jawapan dibagi semua nya xmemuaskan hati tukang iv tu. Last tukang iv tu bagitau, kalo nk yakinkan GB, ugut GB secara halus. Jawapan dia lebih kurang mcm ni. Kalau GB nk tebang jugak pokok ni xde masalah, tapi sebelum ni ramai dah cuba tebang pokok tu, semuanya meninggal. Kami yg kena iv ni gelak bercampur baur rasa bersalah sb nk bagi jwpan mcm tu..
- Kaedah pedagogi guna dalam makmal
- Mcm mana mak ayah sy berkenalan
Tahun 1992-isu semasa n antara bangsa….medan tianenmen di china….sbb n bgmn elak n langkah mgatasi tunjuk perasaan
lau murid tak pandai, kita nak buat apa?
So saya terangkan dahulu, murid ada pelbagai l/blkg
Pertama mrid gol A: aktiviti Pengukuhan
Kedua murid B : Pengayaan
Ketiga murid gol C: beri banyak Latihan contoh soaljwp, latihtubi,
Murid masih tak pandai
Bawa ke depan, bimbing, tunjuk, ajar
– hubungi parents, beri cadangan, bincang 2 hala, beri tuisyen dsb…pengalaman saya..selps itu..just borak2 biasa..
Munkin betul jwpn saya tu, alhamdulillah dpt lantikan.
Biasanya soalan ikut isu semasa atau pun dibawanya kita loyar buruk. Saya dulu diminta bercerita perjalanan untuk pergi temuduga… Kebetulan dr hulu, apa lagi kita goreng sampai garing.
Tong sampah kitar semula
Sejam lebih dalam bilik temuduga di bangunan Persekutuan Tawau.
Yang penting kene konfiden ya. Baca dan alert isu semasa, tunjukan sikap neutral dlm politik, dan yg penting sanggup posting di pedalaman sabah dan sarawak
Falsafah Pendidikan Negara
rukun negara..huraikan.
Siapa nama sultan terengganu… Pastu kenapa nak jadi cikgu… Pastu awak lulus… Mmg awak ada ciri2 bagus utk jadi guru… Selain dari hensem dan comel awak mmg manis… Maknanya penampilan diri tu pun diorg tgk… Cara bercakap… Cara senyum…
Sebagai guru sukan apa yg awak akan lakukan jika diletakkan di tempat org asli yg tiada kemudahan asas
Beza Tuanku Abd Rahman ngn Tunku Abd Rahman…
Macamna nak gambarkan or nak cerita agong pertama ke pada murid…
Kurikulum dan kokurikulum…kena goreng 2 jam..mujurla lulus..
Dengan duit seringgit saya dapat 10 soalan
Soalan ke 25 ( soalan terakhir) siapa pelakon kuch-kuch hota hae
. Sebutkan falsafah pendidikan dan apa anda faham mengenainya. In English, sbb option English.
- Menteri kabinet..x ingat menteri apa dia tanya.
- Entah mcm mana topik iv beralih kpd seorang kenalan saya yg penemuduga pernah interview..rancak2 borak in English, tahu2 dia kata, ok dah selesai.
Tips: Cakap dan goreng jek jangan bagi dia mencelah, insyaAllah x banyak soalan dia sempat tanya hahah.
Gerenti gagal (ni based yg diceritakan kpd saya)
- Letak handbag atas meja penemuduga.
- Tak pakai nametag
Sy posting kat sklh tamil.. So depa tanya ttg masalah pembelajaran dan cara myelesaikan masalah pdp BM di sklh tsbt
mbo 5 minit xsmpai kot.. dato2 panel oyak nk balik dh
ceritakan pengalaman berharga setelah bergelar guru..ms tu br posting ke sarawak thn 2008. lepas beberapa bulan posting dh kena observe ngn nazir opsyen 2 hr…share je la pengalaman tu.
Soalan 1: macam mana nak sebut nama? susanna
Soalan 2 : nyanyi lagu setia
Islam Hadhari (penemuduga chinese).
Pencapaian murid makin meningkat. Adakah ada kelemahan pada sistem pendidikan negara?
# zaman yg calon SPM ambil 20 ++ subjek.
Ukuran name tag. Kenapa perlu memakai name tag.
Taksonomi Bloom.
Dia tanye..sape nm pngarah mktab..n apa citer skrg?sy bgtau ..pengarah br mninggal..dia pun citer..pngarah ninggal ms main badminton dgn dia..jd tk tanye soalan yg plik2 dah..alhamdulillah..
Soalan akhir dlm interview “Cikgu sanggup ditempatkan di sabah tak?”
saya kena tye sblm masuk U lagi..Batch sy nk masuk Bidang Pendidikan kena IV nk jd cikgu IV lagi..
Dato yg interview saya tu .minta saya explain secara ringkas kaedah Dan teknik mengajar .
Berapa bilangan murid di skolah
Jarak sekolah dgn bandar
Banyak bertanya tentang skolah yg mengajar… Lps tu br tyer berkaitan bidang pendidikan
Opsyen PJ.. soalan nya..sekolah pedalaman… Apakah cara menarik minat murid dlm sukan
Soalan ee.. kalau cikgu dilantik menjadi menteri pertahanan? Utk membelanjakan peruntukan membeli senjata.. apa yg cikgu nk beli
Dato tu Tanya lagi..beri 5 benda ajaib kat dunia ni
ceritakan masalah berkaitan murid / guru / dan pentadbir yg cikgu nampak semasa cikgu paktikum
Sblm ni pernah mengajar x..Brpa tahun ada pengalaman sbg guru ?
Paling saya ingat bila kena tanya perkenalkan diri, siap perkenalkan diri, penemuduga cakap ‘itu saja’. Saya terkejut dan cakap owh ok. Terus berdiri ucap terima kasih dan siap utk keluar. Terkejut penemuduga, terus tanya saya nak pergi mana. Saya cakap ‘tuan kata itu saja, saya kena keluarkan?’. Ketawa penemuduga, rupanya dia tanya saya ‘itu saja ka intro perkenalkan diri dari saya’ gementar punya pasal faham pun lain tp lepastu dia tanya saya dua soalan mudah tak silap saya, dalam 15 minit ja saya keluar. Calon Sebelum saya semua lama2
Apakah fungsi carta organisasi yang ada di sekolah??
apa tag line air asia…
Soalan iv spp JPN Johor 2005 dulu..ceritakan antara berita utama 8 malam tadi? Kuar2 Tittle Dato’ yg iv di dlm rupanya..
Apa itu PAJSK. Terangkan setiap satu.
Nama sultan masa tu. Nama menteri besar Selangor masa tu.
Isu semasa berkaitan sukan.
Pastikan pangkat penemuduga tu..
Panggil pangkat yang betul..
Masa akk dulu PA di luar bilik dah maklumkan
Ada penemuduga berpangkat Dato..
Jawaban sopan dan bermaklumat..
Tiba2 terbayang zaman tu..2003..
Setuju x minyak naik harga? Bagaimana budu dihasilkan?
sy mula2 nak posting tanya pasal kes hasteria mmg time tu byk sklh kena….. pas tu masa nak sah jawatan pasal nilai murni…
Interview tahun 2014 (4 orang sekali masuk, jadi ada 4 soalan)
- Blue ocean strategy
- Utc
- MH 370
- Beri saya satu sebab kenapa awak nak jadi cikgu
Masa Iv nk masuk U- tye pasal Bola Jaring sbb penemuduga tu belek fail2 byk sijil Bola jaring.Pastu suruh nyanyi Lagu Siti (Pastikan)
Masa IV SPP- Berkumpulan,tye pasal Isu semasa,pasal Guru2, Penemuduga GC tye pasal Teknologi Pendidikan ( KH) masa tu sy ambil Cth Mesin Jahit yg dh berteknologi tggi.
- Apa fungsi perhimpunan di sekolah…jawab dgn seram sejuk….
- Apa kepentingan perhimpunan…jawab dgn pertanyaan juga
“bukan ke fungsi & kepentingan tu sama je jwpnnya?”
Dia kata, u ngajar english, patut duk je oversea, kenapa nk jadi cikgu?
aku: sbb nk mendidik anak bangsa sendiri.
Dia tanya…sanggup ke mgajar pendalaman sabah sarawak….
Jwb sanggup n klau dpt jgn taknk plak ye..jgn lari plak …pegi je..
Sy dh tak ingat soalantpi paling tak leh lupa pegawai yg assist sebelum interview tu suruh cepat pegi kedai cari file..sy pun bodo2 masa tu dtg xprepare betul2 haha..rupanye yg interview tu bekas pengarah jpn Johor
Interview kpli: bagaimana nk aplikasikan applied chemistry untuk murid sek ren.. Pastu sistem pengangkutan dalam tumbuhan..itu je yg msh ingat
Time spp, isu semasa dunia time tu..dah lupa dah isu apa..kemudian soalan berkaitan pendidikan.
Zero effeck…nasib dpt jwb
5org masuk skali dalam 1 bilik. Saya org pertama utk jawab setiap soalan.
2 soalan pertama confident dh jawab.
- Bagaimana nak terapkan 11 anjakan PPPM dalam mengajar subjek Kimia?
- Bagaimana nak menarik minat murid untuk belajar subjek Kimia?
2 soalan bonus yg saya xdpt jawab ms tu.
- Namakan makanan tradisi negeri Perlis.
- Namakan tarian tradisional negeri Kedah.
Apa tu demokrasi berparlimen. Negara yg amalkan sistem demokrasi berparlimen. Soalan last ni…awai tu sistem pendidikan la mcm2
Dia suruh berlakon..saya jd cikgu..yang lain jd murid mcm2 ragam..yg bising.yang tidur..So dia nk tgk mcm mana saya handle pelajar..hebat yg lain berlakon..gelabah saya nk handle..
Sy Masa tu , penemuduga Tanya falsafah pendidikan kebangsaan, Tiba2. Dia Tanya family sy, sy pula baru seminggu kehilangan ayah tercinta.Penemuduga mcm rasa bersalah sbb sy menangis.Last soaln dia suruh sy sebut nama anggota Kumpulan KRU.Berdesup laju sy jawab. Dia sengih je.
Saya X cakap banyak time interview spp. Because everyone just tried to impress the interviewer and made themselves look good. That’s the phoniest thing that I have ever seen. Ade sorang tu X boleh buang loghat. Interviewer tu tegur pasal tu sampai sebak kawan tu. I literally whispered to him in front of the interviewer and said ‘takpe, cakap je.’ And yes, he managed to speak his mind with great ideas. Saya ingat Dato’ tu tanya saya, result spm semua tegak2 ni kenapa jadi cikgu? Saya cakap cita2 saya, and that’s it.
Seriously, I had a terrible issue that day and I had to come for that interview. Still, my mind couldn’t stop thinking about my young kids I left far back in the classroom in a far away district. Saya mengajar sekolah pedalaman masa tu. I got really great kids. Saya seorang introvert, yg sememangnya X sukakan interview, X suka mencapub, X suka jadi org lain supaya org impressed. If anything, I dragged my feet to face the thing I hated most just for the sake of those kids.
Interview spp, just be yourself. Answer the questions truthfully. You chose to be in this field, so take pride in your decision, carry yourself in that room as the real teacher you always have been. Dan… Bacelah siket2 pasal isu pendidikan. Kalau time sekarang ni mesti dia tanya hal pdpr.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.