pengalaman temuduga SPP Bahagian 8
Perkongsian ini adalah berkenaan dengan pengalaman-pengalaman temuduga SPP oleh rakan guru sebelum dilantik menjadi guru. Diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada graduan bakal-bakal guru untuk menghadapi temuduga nanti. Pengalaman ini telah dibahagikan kepada beberapa post kerana terlalu panjang berjumlah hampir 30 000 patah perkataan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel –
Berikut merupakan pengalaman-pengalaman daripada rakan-rakan guru. pengalaman temuduga SPP Bahagian 8
Dimanakah letaknya Pulau Shanghai?
lupa dh..lama doh.
Ni yang kumpulan saya dapat masa temuduga SPP dulu..tahun 2013
Saya goreng sampai hangit..Sebab tak ingat..Yakin dan tawakal..
Antara soalan berkaitan major Bahasa Melayu…
-Lambakan buku kerja yang terdapat di pasaran.. menyebabkan kreativiti guru tersekat.. Sebagai guru BM, macam mana nak elak lambakan buku kerja yang terdapat di pasaran ni?
-Majalah atau akhbar pendidikan yang boleh digunakan..
-Tugas guru persatuan Bahasa Melayu..
-Bila bulan bahasa kebangsaan? Bulan berapa? Tema tahun ni?
-Kemahiran berfikir..
-Kemahiran berfikir aras tinggi..
-i think
-main peranan
-kerusi panas
-pentomin
-macamna nak buat item soalan aras sukar dan terlalu sukar supaya ibu bapa tak persoal
-didik hibur
-ada lagi yang tak ingat.. huhu
Tatabahasa
-perbezaan kesal dengan sesal
-Perbezaan petempatan dengan penempatan
-Perbezaan kefahaman dengan pemahaman
-Perbezaan memenuhi dengan memenuhkan
-Ayat pasif diri 1, ayat pasif diri 2, ayat pasif diri 3..
-perbezaan memperisterikan dengan memperisteri..
-perbezaan imbuhan me_ dengan me_kan
Pengetahuan am..
-PPPM..
-gelombang PPPM
-aspirasi PPPM
Kemalangan jalan raya. Huraikan.
Saya tak interview,sebab saya budak first class..masa zaman saya tu budak first class terus dapat serap jadi cikgu tanpa melalui proses interview.
ambo dia tanya nok posting ke mana? ambo jawab ke Sabah Sarawak. Alhamdulillah dapat mengajar di Sabah.
SoaLan yg sy dpt,macamana dengan ilmu matematik kita mampu cipta robot, major mate ipgm m4p
Waktu perkenalkan diri kena cakap BA. So dalam sesi tu antaranya sy bagitahu saya asal dari Perlis.
Terus kena tanya
byk soalan berkaitan dengan kos yg kita ambil/perkaitan dengan pendidikan.. soalan isu semasa, ptadbiran negara, pendidikan.. dsb..
Tanya pasal 4 Undang luak.. Kita org n9..yang bertanya org johor.. Hentam sajalah jawab.. Akhirnya kata ..macam tu ye orang n9..baru tahu..
Masuk 5 org ..antara soalan kbkk…dtg pgtua bru dia mnta tbg pokok yg rendang n besar d sekolah tersebut. Apa alasan kita nk pertahankan pokok itu dr dtebang..3 soalan ja ari tu kalau x salah..tp 5 org yg masuk tu kena jawab…
3 org penemuduga..ketaq baq hang..depa tnya pasaipa nk jadi ckgu..klu hntaq p sabah serawak mau ka…sembang2 lepas tu terus cakap..jgn qisau ..dpt aih masuk maktab…sampai surat..dptlah MPI…syukur Alhamdulillah…
Tanya lagu siti nurhaliza dan nyanyikan….msa tu tok ti tgh top
Kwn sya org jhr kna berzanji
Pn. intrviewer trjerit pd sy, trkejut tau depan dia calon ni 11 hari dlm pantang anak sulung..iv di putrajaya
jwb semua spontan tapi yg paling tepat jawapan mmg dr sy, kes sebenar isu2 di sekolah.
dah tahun ke 7 brkhidmat
Sy ada degree ekonomi….masuk bilik ada 3 interviewer….sorg tnya ajar apa sy ckp ajr sejarah….panel kedua bg soalan gini…andaikata anda seorg menteri ekonomi…negara kita dilawati pakar² ekonomi dunia….sbgai seorg menteri…ceritakan sejarah ekonomi negara kita dlm ms 20 minit….sy ms zmn sek adlh pemidato…apa lg kluar lh gaya pemidato sy tu..segala DEB, DPN smua kluar…data² bank negara pun kluar…boleh panel ke 2 ckp betul ke angka² yg awk bg tu…rs nak rejam jer…tp panel ke 3 puji melambung kata bagus
masa nk DG41 > sejarah penddkn > penyata razak, rahman talib, fen wuu
- apa beza nombor dengn angka
- terangkan BODMAS + contoh
Masa tu beria la mghafal FPN,Tonggak 12…RMK10…ape lg tah..redho jelaa ape dia nk tnya.last2 rezeki sbb nama pangkal huruf S..pgil skali arung 2-3 org.lpastu just sembang2 je..bile crita dgn kwn2,yg mula2 panggil mcm2 soklan d’tanya..cerita 10thn yg lalu
beza stpm dgn matrik
Kena tanya beberapa soalan ilmiah…salah satu soalan, Apakah pandangan cikgu tentang Dasar Pandang ke Timur? Perrrggghhh mmg kena bnyk membaca…
Waktu interview 2012.. pegawai yang menemuduga bagi sehelai kertas A4 setiap seorang.. disuruhnya kami berlima (1 bilik 5 orang) melukis… Selepas lukis, disuruh terangkan apa yang kita lukis..
Alhamdulillah bila tanya2 rakan2, waktu tu.. ke lima-lima diserap masuk dalam perkhidmatan…
Kne bercerita ttg kg halamanku…rsenye iv tu utk uji keyakinan diri bcakap kot.
- Sebutkan bandar2 terkenal di luar negara.
- Bandar tersebut di negara mana?
Cth, Tokyo, Jepun
- Sebutkan mata wang + negara.
- Pantun perpisahan
Penemuduga dah nk pencen, mmg dia salin pantun tradisi tu.
Kawn2 kata hafal nama2 menteri pelajaran pendidikan semua…nnt die akan tanya ..jd kita pon sakan hafal name menteri berkait pelajarn je…tp xterpk nak hafal nama menteri lain…skali masuk bilik,die tanya menteri pertanian…jem pale otak..haha
- Siapakah yg menandatangani surat pelantikan cikgu2 semua?
Ini yg paling saya ingat TIME TU… Nasib hafal nama pegawainya..
Mmg pengalaman yang tak boleh lupa..sama ada interview masa nak masuk maktab dan interview di SPP..soalan interview sblm masuk maktab “nanti sampai ke nak tulis kat papan hitam ?? Takut guna kerusi pula”.. ( tak tahu nak gelak ke atau apa..sbb mmg tak tinggi. ).. cuma jawab…insya allah sampai….
Pengalaman interview SPP yang tak leh lupa.. pegawai yang interview mmg sangat serius ( kwn2 yang dah kena interview dgn dia semua ckp hal sama ).. berkenaan air… tapi pengajaran di sebalik maksud air yang dia tanya tu cukup bermakna… sampai sekarang tak leh lupa..alhamdulillah dah hampir 15 tahun jadi cikgu…
Yg interview saya tu title datin.. takut sgt mulanya..masuk dalam..datin ajak bersembang je..cerita hal sekolah..datin tu pesan..kena prihatin dgn murid..tu je
kut rezeki. Antara yg suka org jadi guru Dan soalannya yg relevan, dgn org yg suka Tanya soalan macam2, serta menyusahkan.
Ada yg rezeki mudah iv spp guru2 psv kena suruh sketch keadaan dlm bilik iv berkumpulan je..ada yg payah sikit kena trick dgn soalan berbaur politik..huhuhu
Berbincang tentang program kerajaan, sekolah vakasional… Sokong @tidak… Saya menyokong, penemuduga (tidak)…so berlaku pendebatan
Knape pompuan Kelantan kerja bagus2 tp sanggup kawin dgn driver lori.. Fenim den nak menjawab nyer
Qiamullail.. Punya ketaq sbb sijil stpm yg asal tertinggal kt kedah. Esok dh mula Interview.. Masa tu posting kt Sabah. Sampai awal pagi, susun semua Sijil2 ikut apa yg dsuruh. Bhan bacaan paling byk bawak masa tu. Siap bagi2 kt semua org yg ada dtg interview sekali. Doa mmg Xputus2 Moga dipermudahkan segalanya.
Bila masuk, kerusi mmg jauh dr meja. Sembang2 santai je, siap dpt offer jdi menantu,padahal muka kita ni pucat xkira dh punya takut kena interview. Fuhhh..
Alhamdulillah.. Selesai.. Kluar dgn rasa tenang. Nota2 semua tinggal bgi org2 kt situ baca.
Ms sy, die tya FPK ja..lps tu dia tya mcm mana suasana dan pdp di skolah.. sy skola pdlaman dlu.. dia tya jugak.. cikgu nk minta pindah ke? Hehe mmg la jawab tak.. hihi..
- Awak ank ayah ke ank Mak?
- Sebutkan 4 tonggak 12… Kebtln.. Blkg penemuduga ada list tu… Baca ja la..
- Apa dia modal insan?
Last sekali… Apa pendpt awak ct nurhaliza kawen ngan datuk k… Ms tu minggu ct kawen…
Org lain kn lama…rezeki…. 10 minit je..
Dia tanya statue of liberty dok di negara mana..
Major biologi /minor math tapi first posting kena ajar sejarah dan pendidikan moral… Cam mana nak ajar anak murid belajar subjek tersebut?
Pegang jawatan guru penasihat squasy … Sebutkan juara squasy dunia.. (yg ni nganga x tau mintak maaf banyak2 .. nanti akan baca banyak ttg pengetahuan am lagi..
Sebutkan nama penuh HAMKA… Errr teka dengan betul hik2
Apa hasrat dan harapan bila dah bergelar guru…
Keluar dengan senyuman sbb org paling sat je di soal siasat….nasihat masuk bg salam dan hormat penemuduga…
Pakaian yg di pakai mencerminkan seorang guru + pakai name tag
Sblm buka pintu bilik penemuduga selawat bebanyak2 hik2
Pengalaman masa interview nk msuk dpli upsi, sy org pertama kene, soalan last paling xblh lupa dia tnya apa keistimewaan yg awk ada berbanding rmi yg kat luar sana utk sy pilih awk.sy scra spontan ckp Sy pndai syair, pndai sajak, pndai Padahal Sy hnya ingat 1 rangkap syair masa sek rendah jek. Tiber dia suruh syair pulak, terpaksa keluarkan suara katak Sy ni sambil berdiri dan bersyair. Lps tu lect yg interview tu ckp kalo ada undian sms Sy undi awk.
Masa SOP lagi seram. Sy kene interview di purajaya dgn seorang gelaran ‘dato’ xingat Nama seorang perempuan. Masa msuk tu dia dah warning, Sy harap group ni xsama mcm group sebelum ni. Mengecewakan. Satu soalan 7 org kene Jawab. Mmg jenuh siapa jwb yg terakhir sbb jawapan xblh Sama dgn org. Group sy mmg aktif berebut masing2 nk Jawab. Sy pulak jenis drh gemuruh tgk org berebut Sy jd tergamam pulak Last2 Sy org terakhir jawab. Mujur betul dan diterima jawapan tu. Group kami dipuji dan xmengecewakan para interview. Alhamdulillah.. Rezeki blh posting …
Boleh ker dihantar kemana2 semasa posting nanti….dan kenapa pakai seluar putih baju hitam nie…
Time tu bulan puasa. Mungkin dah petang sangat baru sampai giliran saya. Pegawai minta saya sebut nama penuh dengan suara jelas, terang dan satu persatu. Kemudian ditanyanya saya apa peristiwa yang saya fikir akan berlaku di masa akan datang. Saya jawab yg pasti berlaku Hari Raya Aidilfitri. Dia pun sruh sya nyanyi lagu raya dgn nada gembira. Tibailer nyanyi bersungguh² dgn harapan luluslah hendaknya
Soalan yg saya masih ingt smp sekarang, awak berasal dari penang kan. Boleh bgtahu tak nama lain bg pulau Pinang.. Aduh.. Sudah.. Saya pun bgtau la nama lain pulau mutiara.. Kenapa pulau mutiara.. Mcm mana boleh dpt nama tu?saya pun hentam je wpun tak tahu betul ke tak.. Lepas tu tanya lagi. Penang terkenal dgn nasi kandaq.. Pandai masak nasi kandaq? Weh.. Sudah.. Saya ckp terus terang , tak pandai.. Pasai apa panggil nasi kndaq… Sebab dikandar pada bahu.. Interviewer tu tanya resepi pulak.. Alamak.. Saya bgtau saya xpandai.. Next question.. Laksa penang pulak.. Aduh.. Apasal semua pasal mkn ni.. Dahla tgh lapaq.. Minta resepi Laksa pula.. Saya pun dgn confident bgla resepi.. Habis cerita Laksa.. Interviewer ckp, ok.. Boleh keluar.. Aik.. Mcm tu. Je. Keluar dr bilik tu, tny kwn2 yg kat luar, rata2 kena tny pasal isu semasa.. Masa tu tgh hot isu sar dan stars.. Alhamdulillah rezeki saya.. Penemuduga ajak berborak je
Tanya ttg cara mengatasi masalah inflasi di M’sia…dan masa tu mmg ng sdg mengalami inflasi dan sy opsyen ekonomi…seram sejuk nk masuk bilik interview sbb calon seblm tu dia srh pi library buat rujukan..nanti dia panggil semula
Interview 2013 di putrajaya..soalan ditanya kecerdasan pelbagai…memandangkan sy org 1st..tujuh org yg lain pun kena tempias la elemen2 MI tu… rasa nya semua posting ke Borneo
Ada la jugak pengalaman… Sampai awal pagi, duk tengok yg lain mak ai tekunnya membaca, mcm2 buku depa bawa, sy pun ada bawa gak, tp rasa cam dah xblh nak hadam, dia punya ketaq, Allah saja yg tau.. Tiba giliran dipanggil maauk rasa cam dah tak rasa aircond tu… Cam biasa yg interview mintak perkenalkan diri.. Paatu bermulala sesi soal jawab, dia tak tanya sangat pasal pendidilan tp dia tanya nama2 menteri almaklumla time tu baru lepas PRU , mmg masakla dah la xminat politik, plg ingat dia tanya siapa yg buka cameran Highland… Then bila dah nak abis, dia cakap, saya suka tengok cara cg duduk, sopan mmg gaya seorg guru dan cara pemakaian nametag cg bagus
Saya yg soal pegawai balik. Siap bagi tips gitu. Bagi tips minum air hati unta utk hilangkan semput.
Saya temuduga dengan dato..cikgu sblm saya siap kena marah sbb masuk dia duduk sblm penemuduga suruh duduk..sampai akhir cikgu tu kena berdiri..kecut perut la kita hu huu..lepas tu giliran saya saya tggu dia suruh baru duduk hu huu..soalan yg saya ingat lagi dia mintak saya sebut 10 org anak murid dlm kelas saya habis saya hentam nama anak buah saya,tanya nama su pibg sek,penenda kantin sek,olahragawan dan olahragawati sek…semua saya hentam je nama masa tu..sebenarnya dah bedebar hilang abis dlm kepala hi hii..last suruh nyanyi lagu sek dan2 lagu sekolah pun jadi tak ingat nyanyi je hentam ikut keluar dimulut hi hii
Saya dia tanya soalan yg saya x bersedia langsung dia tanya Pahang ada berapa daerah. Saya jawab 11 dengan yakin. Dia tanya yer ke 11? Saya jawab ya. Daerah yg paling besar? Saya jawab temerloh. Penuh yakin
Sy disuruh senaraikan rukun negara, dan perbincangan mengenai sikap dan cabaran murid
Byk soalan. Antaranya…Tanya nama agung pada masa tu. Kita sebut x cukup ibni tu hasudah… Mujur ok sbb yg tu mmg bkn semua org bleh ingat katanya. Pengacara majlis pon dah ada teks boleh terkucil. Masa tu cuak tp sempat cari gambar agung kat dinding. Skill meniru masa exam masih tajam. Mujur alhamdulillah dah 10 tahun mengajar. Tp sy marah anak murid sy meniru. Tak baik ka
Sy ditanya 2 soalan je … Pertama praktikum dimana…. sabah… berapa jauh dr KK…seronok tak….. mau tak seronok bopren org sabah bha(ni jwb dlm hati je) skrg dh jd suami posting pun sabah dan msh di sabah.. Pastu ke2 , tentang PBS…Pendapat sy ttg PBS dan Isu pengisian online PBS ms tu dan eviden yg berlambak2 ms tu…. soalan sikit…. Jwapan bejela2…
Soalan juga boleh ditanya oleh pegawai tersebut berdasarkan buku rph semasa teaching practice.. jd belek2 juga buku tu sbg persediaan.
Awak boleh tulis jawi? Saya kata, boleh.
Sila tulis serangkap pantun berkenaan pulau dikertas ni..(dihulur sebatang pen dan sehelai kertas). Sambil menulis, mrk tanya knp ambik double major Maths n Geo?
Institusi beraja.. giliran raja/sultan yg naik jd YDPA.. malang nya gagal menjawab dengan alasan sy berasal dr melaka.. negeri yg tiada raja.. maka kurang arif dan tahu.. kenangan interview spp di ppd mukah 2009..
sekarang ni mungkin akan tanya pasal pdpr la kot
Saya ingat lagi.BM awak A1.Saya nak soal tentang bahasa.Diberi 3 perkataan
bunuh,jangan,bela.
Sebut dgn intonasi yg betul.
1.Kalau kita nak bunuh
2.Kalau tak nak bunuh.
Interview 1993.
- Hobi apa?
- Pagi tadi apa muka depan dalam surat khabar.
- Siapa PM ke3 Malaysia.
- Wawasan 2020.
- Cuba buat simulasi kawad kaki
Jangan risau. Doa saja semoga yg interview tu baik hati tak garang.
sebutkan ciri2 wawasan 2020( iv spp thn 2009)
iv kpli 2008
soalan peribadi
pengalaman mengajar
last
apa yg menarik di kg/negeri anda
dan ada sesi iv berkumpulan..soalan..sekolah selamat
Alat muzik di negeri sabah. Lps tu ada yg krik2 sbb xtahu sgt. So panel ckp haa kena posting sabah nak tak. Dlm hati ckp nak sbb mmg isi negeri sabah.
apa maksud ” berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”?
Sorang je panel tanya mcm mana nk tahu cek kita dah clear? Tu je soalan selain pasal butiran diri
Saya kena cerita pasal kisah Dang Anum mengidam nangka dgn jawab soalan turutan perdana menteri Malaysia.. Saya tertinggal Paklah.. So.. Kena tanya knapa bole tertinggal. So.. Sy jawablah dengan tenang dan yakin alasan saya time tulah..ap2 pun kena pandai borak yg xbosan.. Jgn skema sgt.. Chill je..
Sy option Pend Islam. Pergi iv dia tanya psl ekonomi. Tanya ttg bank. Sy mmg x prepare n x tahu nk jawab. Keputusan iv sy gagal.
Soalan terakhir yg ditanya sblm sy keluar bilik temuduga: kenapa awak pilih kerjaya menjadi seorg guru?jawapan sy ringkas, bagi memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah..mereka hanya senyum bila dgr jwpn sy dan suruh sy keluar..
cakap dgn confident dan jangan cakap ksong. sebenarnya mereka nak menilai keperibadian kita. Boleh jadi cikgu ke tak?boleh sabar kerenah anak murid dan rakan sekerja atau tak ? masa saya..dia suruh ceritakan pendidikan diri anda dari kecil hingga sekarang. kenapa pilih jadi cikgu. good luck adik! yang penting confident. kena tahu serba sedikit isu pendidikan sekarang.
Saya seronok…sb tanya tentang muzik..tanya tentang pendidikn muzik di sekolah..lama pulak tu..boleh gelak2 lg…
Saya kena tanya nama 3 org president mesir..dgn sejarah pendidikan di tanah melayu
soalan ditanya tu no 2.. yg penting penampilan diri.. kasut bertutup, bahan2 dlm fail tersusun rapi.. kalau x, sblm masuk iv dh kena halau…
Sy pegi temuduga ms tu tgh mengandung 5bln.anak sulung.
Soalan iv yg sy dapat:
- Falsafah pendidikan Kebangsaan
-sy pun baca la apa yg sy dah hafal
- Adakah awak bersedia dihantar ke sabah sarawak?
– sya jwb jujur, sy x nak pegi sabah sarawak memandangkan sy skrg sdg mengandung.suami sy bekerja di KL, tiada cawangan di sabah sarawak. Saya perlukan suami saya untuk sama2 uruskan anak.
Itu shj soalan sy terima.
Alhamdulillah, sy dapat posting sekolah yg dekat dgn rumah..xsampai pun 3km jaraknya
Bila tengok profile org Jeli Kelantan…ada air terjun Stong…Air terjun tertinggi di Asia…brp ketinggian gunung Stong…mmg xtahu…xleh nk jawab…lps dia tny klau posting ke Sabah nk x???sy jawab nk sbb mmg mintak Sabah…
Soalan pertama tnya apa dia penyata razak…xingt apa dia…tp goreng jer…yg lain semua blh jwb…iv ni yg penting jgn diam…xtau jwpn pn mesti try jwb jgk…yg penting kita bckp…lps tu jaga penampilan…kna kemas…bru blh lulus xde mslh
Changlun tu asal perkataan apa..maksud apa.. (ni sbb asal org changlun)
Lepas tu mcm biasa soalan berkaitan bidang..yg ingat, soalan peribahasa. Sbb nk jadi cikgu BM kan..
Soalan mudah2..xstress. maybe sbb group last kena interview kot.. alhamdulillah ramai dpt masa tu.. ipda/10/2017..
Masa tu posting dulu baru interview, so xde soalan berkenaan posting di Sabah atau Sarawak. Byk soalan yang ditanya berkenaan kecenderungan parti politik
Saya ditanya tentang perkahwinan. Jika saya kawin dengan pekebun, apa perlu saya buat?
Saya kena tanya Sejarah Kesultanan Johor, wpn saya orang Sabah. Nasib bakal bapa mertua da berdiskusi tentang sejarah Johor. Lepas tu dia cakap “Awak Gagal”…tapi sebelum keluar dia tanya, dah kahwin belum, saya cakap baru bertunang, Last dia cakap, Nanti Kawin, jangan lupa jemput “
- Kenapa mai temuduga dan pilih bidang ini?
- Pengalaman manis dan pahit dlm kehidupan.
- Serbi sedikit tentang kementerian Pendidikan..
Jawab biar konfiden dan berhemah.. Jng meninggikan suara @ melawan arus @ bangga diri.. Kalau x tahu dng jujur maklumkan saja..
Masa IV dulu, salah satu soalan ditanya adalah Falsafah Pendidikan Negara…. Ada jg calon yg dihalau keluar sbb x hafal FPN. Tu 14 thn lps lah…. Normally soalan akan berkisar tentang isu² semasa…
- Cerita pengalaman ngajar
- Cerita psl PIPP – PEMBANGUNAN MODAL INSAN… mcm mna nk aplikasi dlm mengajar….
itu sja..
Datang berbekalkan ILMU ciput .
Tampil dgn Gaya Cikgu bawa beg n fail .
Tanya :
- Peribadi
- Sejarah sekolah mengajar .
3 Tanya menteri tak berkawasan .
No 25 taun dulu
yg iv dua org. datuk ngn tan sri. soalan biasa FPK, huraikan JERI, nama2 yg menteri pendidikan/timb hafal la. isu semasa saya F1 baru abis kat sepang. sape menang? awak minat pasukan mana? nasib la ingt Ferrari Micheal Schumacher. klu tnya lebih lagi. x de jawapan dah. kakak yg selepas saya kesian, x sempat iv, air ketubannya pecah.
Saya dlu di tya pasal nkra .. dh la msa tu tau pn sbb kwn2 keliling duk bca
Saya ditanya jam berapa flight terakhir ditempat saya.hahaha
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.