pengalaman temuduga SPP Bahagian 9
Perkongsian ini adalah berkenaan dengan pengalaman-pengalaman temuduga SPP oleh rakan guru sebelum dilantik menjadi guru. Diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada graduan bakal-bakal guru untuk menghadapi temuduga nanti. Pengalaman ini telah dibahagikan kepada beberapa post kerana terlalu panjang berjumlah hampir 30 000 patah perkataan.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel –
Berikut merupakan pengalaman-pengalaman daripada rakan-rakan guru. pengalaman temuduga SPP Bahagian 9
Interview yg paling saya ingat. Dua soalan yg unik. Saya IV di SPP Putrajaya, and setiap pagi dia akan pasang speaker untuk bacaan Surah Al-Fatihah dan doa harian. Elok sampai turn saya jawab soalan, bacaan Surah dan doa selesai. So panelist terus tanya, ‘We just read Al-Fatihah. Can you translate it in English?’ Second question, ‘How can you relate the meaning of Surah Al-Fatihah into teaching?’ Unexpected sungguh soalan tu.
Antara soaln yg sy ingat pabila diinteview
- Berp jarak area kg sy dgn tempat inteview ( kebetuln penemuduga tau area kg asal sy)
- Ceritakn serba sedikit nak masak laksa.
- Awak calon akhir kan hari ini?..sy jawab..ya…penemuduga jawab…alhamdulillah ( nampak nau penemuduga penat)-soln ni seblum sy dijemput duduk
Berikan pendapat tentang PT3. Adakah penilaian PT3 relevan dgn gred gp makin teruk dri PMR dlu. ni masa 1st time PT3 dilaksanakan.
masa iv, ddebar bkn main.. sbb sblm masuk tgk cg2 lain sibuk duk hafal nama menteri.. dlm kpla sy blank dh.. stress.. takut… sekali, bila masuk kena nyanyi lagu sklh .. adoii yg hafal sblm ni abih hilang… lagu sklh plk xingat dh.. taram je nyanyi lagu entah apa2.. mujur penemuduga xtau..
Memandangkan saya bertugas di Sk st Michael, jln SP seenivasagam.
Soalannya
- Siapa st Michael?
- Siapa Seenivasagam…
1 soalan je.. Sek mana cikgu?
Bila bg tau sek.. 8jam jln kaki dlm hutan..terus suruh cerita pasal Sekolah, siap suruh duduk dekatkan kerusi lg. Kita cerita dia terkejut sambil gelak2.. sampai abis masa cerita pasal sek. Last dia ckp.. TAHNIAH CIKGU..
Saya dia tanya hal peribadi,sebab dh kahwin tengah mengandung 4bln, masa tu pjj dgn suami, selepas tu dia tanya kenapa pilih kesusasteraan,jd jawab la… Lepas tu dio minta sajak usmang awang untuk guru…
Apa Aktiviti yang cikgu Boleh buat ngn penduduk setempat… Rasanya situasi skrg lebih kepada isu PdPR… Ni teknik dan cara mengajar
Rata2 sy baca dalam komen, semua nya sempoi2 je.. Time sy interbiu, semua gaya exam oriented.. Haha. Falsafah pendidikan negara, apakah gagasan 1 malaysia.. sejarah penddikan negara yang menyukarkan 1 malaysia sukar dilaksanakan ..
Tips dia, sy grup last.. Tanya je memember yg kua dr bilik interbiu tu.. Sekian.. Tq membe2 dulu sedikit sebanyak, mmg membantu sis jawab ngan lancar.. Tq
Saya di minta terangkan jalinan jalan keretapi tanah melayu
pengalaman sy..die cume ckp..boleh jd cikgu pendidikan khas tak??
Sebb saya orang Baling… Soalan ditanya tentang sejarah nama Baling dan kupasan peristiwa memali soalan kedua kena berhati hati jawab… Nak test pro kerajaan ker x tu
– PdP… Dah ready whiteboard dgn marker pen dkt belakang penemuramah
Temuduga tahun 1994 di PPD JOHOR BAHRU. Tanya soalan peribadi sahaja. Masa tu saya dalam pantang. Tapi penampilan tetap dijaga. Kantoi bila saya berjalan perlahan… Maklum baru seminggu melahirkan anak pertama. Tu yg dpt soalan mudah… Penemuduga kesian kot….
ngat dia tanya tarikh hari guru… pastu sembang kosong je..pasal sek, pasal family
Cuma dia tegur..cikgu kena belajar guna suara..sebab saya punya suara mulut kecil dan nyaring… akhirnya sekrg suara mulut pun dah x guna sangat..ckp ngan suami dan anak2 pun terguna suara perut
Dia tanya pasal sekolah, isu semasa, dan pasal menteri2dan tugas2 mereka. X lebih tak kurang 40 minit juga dlm bilik interview
Kena basuh dgn Penemuduga… Chinese… Dia tanya surah apa Mula2 turun kepada Nabi Muhammad saw… Nasib baik bleh jawab.. Iqraq… Kata dia sebagai umat Islam kamu kena banyak membaca …. Pedih oooo
Dia tanya teori…anjing keluar air liur tu..adoii..dahla tak minat….mujur orang keeempat..angguk2 geleng2 ja…orang cakap saya angguk..orang pertama yg kena teruk…
Soalan interview maktab:
Penemuduga non muslim tanya…bolehkah perempuan imamkan solat jemaah di masjid?..
Alhamdulillah..berjaya jd cikgu
Sy Pismp BM, mase interview panel suruh bt sajak ttg Ibu & on the spot present
. Perkenalkan diri dalam bahasa inggeris.
- Huraikan apa yg anda faham ttg Falsafah pendidikan negara…
- Nyanyi lagu Kami Guru Malaysia
Dia suruh saya speking mat salleh. Terus saya tergagap-gagap seperti kura2 dikejar harimau. Saya gagal speking. Penemuduga tu baik. Dia nasihati saya supaya setiap hari beli newspaper NST dan baca. In Syaa Allah berjaya. Dan Alhamdulillah sekarang saya dah blh skeping dgn baik
Saya di Tanya tentang tmpt tinggal saya dan budaya ya, kaitkan dgn kebudyaan ksaan. Then general knowledge, sistem pentadbiran NG, contoh, apakah 3 komponan utama dlm parlimen.
oo..budak sekolah King Edward VII ye..main ragbi?
Apa yg best main ragbi ni?
Nape bila dh berjaya “try”,players berpeluk2 dan bersorak2 ?
Dulu inspektor ye..nape tukar perkhidmatan jd cgu?
Ok..seronok x wakil negara dlm ragbi?
Ok..babai..
Pg2 baca surat khabar, antara soalan popular, apa berita yang terkini yg cikgu tahu?
Time tu kebetulan saya bgtau keputusan bola sepak… Hahaha .. dia terima je .. sbb tu je yg saya ingt n smpat tgk. Sbb nombor senang sket nk ingt.. Huhuhu.
nterview 2010..selak2 fail tgk ada surat jd kgsk..terus suruh ceritakan pengalaman jadi guru2 tersebut. then tanya apa beza jd guru terlatih dan tak terlatih..syukur tak de soalan yg mencabar minda n memory
Tapi sy bwk ibu smpi luar bilik interview..puas suruh ibu baca2 kan penemuduga hahahaha..
Tq my ibu ssh senang dr belajar sampai posting sentiasa bersama..
Good luck yg ada interview SPP..Moga cemerlang semuanya..yg penting klu xtau atau xingat minta maaf je jgn lupa..dan senyum lah semanis yg boleh walaupun ms tu tekak rasa pahit
nterview selepas dapat sijil maktab 1993. Antaranya;
- Apa yang awak tahu mengenai Sweden?
Jawapan: tuan maksudkan Sweden sebagai sebuah negara di Eropah atau maksud lain
… Dan banyak lagi soalan.. tapi yang tu saya ingat.. sebab jawapan saya cukup lancar.. almaklumlah peminat subjek geografi kemanusiaan..
Interview selepas dapat ijazah 1999:
- Berapa jalur yang terdapat di bendera Malaysia?
- Siapakah nama pengarah JPN? Kebetulan gambar pengarah tergantung di dinding .. depan mata saya.. saya jawab sambil memujuk ke dinding tempat tergantungnya foto pengarah
*Dan semuanya ada 15 soalan..
Sy opsyen Bahasa Melayu. Interview 2005. Soalannya.. Apa program yg KPM buat utk tingkatkan penguasaan 3M? Jawapan… Pemulihan dan KIA 3M. Tu aje. Lps tu, terima kasih, tahniah. Agaknya dah
mantap
jawapan sy tu.
Apakah maksud negara2 Komenwel? Berikan 5 negara Komenwel. Blur…dapat 3 sj, 2 lg x dapat. Tp pegawai tu baik, bg klu. Apakah negara yg rakyatnya makan sireh? Oh, India! Negara yg hasilkan byk ternak lembu…
Alhamdulillah…mmg boleh luluslah kan sbb mmg dh jadi cikgu masa tu
Saya kenal beberapa bakal guru yang fail temuduga.. hilang senioriti dekat 3 tahun jugak.. jadi bersedialah.. cerita tahun 2004
Jd org pertama masuk bilik interview…hmpir 45 minit. Byk soalan ditanya ttg pndidikan, course yg kita ambil, tukaran wang asing & isu semasa….paling x blh lupa dia tanya Sape Datuk kpd ment pelajaran masa tu…mujur ingat Dato Onn Jaafar…masa tu mnteri pnddkn Dato seri Hisyamuddin
Soalan pertama: berapa jarak antara rumah anda ke tempat temuduga?
Kawan saya jawab: lebih kurang 1 jam perjalanan.
Kata Datuk penemuduga: saya tanya jarak cikgu bukan masa. Mujur saya jawab 120km. .
Punyalah hafal serba serbi menteri kabinet, falsafah pendidikan dll mcm cadangan orang lama. Datuk tak tanya pun.
Soalan akhir berapa jenis sujud yang anda tahu…. apa beza sujud sajdah dgn sudut tilawah
Waktu interview tu pergh.study la mcm2..dasar kerajaan..dasar kpm..sekali kna soalan cepu emas..kna tanya ibu negara beberapa buah negara ngn sorang datin tu..jadi blur..ada yg xdapat jawab jga.hbs interview ngn rasa rendah diri minta maaf kat para panel sbb ada yg xdpt jawab soaln yang diberikan..ketawa datin tu ckp saya ni kelakar..hihihi.so interview to so subjektif.jadilh diri kita sendiri masa interview tu
Paling penting kena ingat falsafah pendidikan, dia suruh sambung nanti kalau x hafal krik2.
Tahun 2013 sy tmdga spp, ada kwn yg gagal dan hilang seniority, 2 tahun.penemudga tanya hukum fizik, x silap hukum bernouli. Dia ajar sains sek rendah. Kena siap sedia semua aspek.
Sy dulu dia tanya falsafah pendidikan dan soalan p ramle, huruf apa yg anda lihat dlm gelap. Lepastu tanya soalan2 bidang kita dan pendapat,yg boleh goreng haha.
Multimedia supercoridor ? Apa tu?
Siapa menteri pertanian masa tu..PM kita skrg
Siapa Perdana Menteri Amerika Syarikat? Jgn cuba2 betulkan soalan ini.
berapa keluasan bilik interview ni
Falsafah pendidikan… Keistimewaan bahasa melayu… Ketaq punya pasai… Jawab merapu… Penemuduga tu org cina… Kt kawan2 sebelum tu dia x garang… Kena gilir saya dia jd straight giler… Hmmmm…
kalau buku rph hilang, apa cikgu kene buat..
pandangan cikgu tentang hitler..
Masih relevan ke guru ibarat lilin?
Kebetulan saya nampak lampu menyala dalam bilik tu, saya cakap, dah tak relevan.
Guru ibarat lampu kalimantang. Menerangi orang tanpa perlu membakar diri. Tapi kalau elektrik berlebihan datang kepadanya, dia akan rosak dan terbakar sendiri.
- Kenal diri
- Kenapa nk jadi cikgu?
- Kalau gaji paras paling rendah diberi sanggup x?
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Aspirasi Murid serta kena aplikasikan dalam pembelajaran
- Soalan gila.. Iv atas kos BM ditanya bentuk muka bumi (Geografi) tpi alhamdullilah dapat jawab dengan jaya dan yakinnya
Siapakah setiausaha negara..
Tak dapat jawab…
Alhamdullilah posting juga..
Soaln mmg mncabar…perbandingan antara kekuatan militery mlysia dan AS….almklum, masa mohon dulu tu baru tamat ATM…Tp geng2 yg nunggu kat luar tu kabor suara sy smpai dgr kat lobi menunggu….
Tme tmuduga tu dia tye nape name cg fikri. Sy auta dekat setgh jam cite sedih smua masuk nak bg pjg mase. Last2 dia malas dgr dia ckp trima kasih cg. Cg leh kuar.. ermm.. senang sgt tmduga spp ni.
Banyak soalan yg ditanya…antaranya yg saya Masih ingat…sebutkan negara2 Asia? APA beza Asia dgn ASEAN? Hubungan Malaysia dengan negara2 Asia? Jika Salah satu negara Asia dilanda peperangan….apa yg harus negara Kita lakukan? Pnemuduga ni seorang nazir n berbangsa India…seorang yg tegas n garang
Falsafah pendidikan, kenapa pilih cikgu… Tu soalan biasa.. yg luar biasa… Harga petrol brp seliter, sebut sorang org pahang dlm kabinet.. Haram x blh jawab… Sbb soalan x sangka2…. Padahal pm Masa tu dato Sri najib.. Pastu yg lain dlm kabinet dato mail Sabri….org kg koi…. Adehhhh… Mujur lulus … Sbb yg lain penuh confident jawab… Siap bg contoh… Alhamdulillah
10 nama.. Menteri…nama dan jawatan… 2 menteri x kenal . Pastu… Sanggup ke posting sabah sarawak… Jawapan… Opkos sanggup… Walhal dlm hati..
Saya interview dengan salah seorang penggubal kssr.. Die tanye, ape perasaan datang interview, apa yang awak study untuk datang interview… Sy bagitau la sy study pasal kssr, differntiated learning etc… Mase tu la die bagitau, saya lah yang gubal kssr tu.
saya kena tanya :
asal ust je orang pas.. apa pandangan ust?
itu je la soalannya saya kena.. masa tu tahun 2009 klu x salah ingat.. dato mana yg bertanya ntah
Memori lucu..ditanya handbeg beli kat mana..ayah skang kat mana..kirim salam kat ayah..diberitahu da selesai..sy ty, sy x kena ty ke apa? Nak sgt kann..haa amek..kenapa 16 mei hari guru..tema hari guru..pelan induk pembangunan pendidikan (2006 -2010)..diminta terangkan semua
- Perkenal diri.
- Apa pentingnya ajar matematik kpd murid sekolah rendah.
- Kat borneo ada sawah padi ke tak?
. Sebutkan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) dengan LENGKAP!
Tips: Mmg kena hafal setiap perkataan tanpa salah!
Dan FPK mmg pensyarah tekankan adakalanya pensyarah kata kalau gagal jawab ni maka 50% interview gagal…
- Sekiranya anda dipostingkan di sabah dan sarawak adakah anda bersetuju?
Tips: jawab je saya setuju dengan semangat (kalau nk padu lagi kerana memang niat saya untuk mendidik anak bangsa)
*Alhamdulillah saya dipostingkan di pedalaman status P2.
Apa definisi sekolah??
Sy dapat soalan, ; apakah pekerjaan yg pernah dilakukan sblm posting?..sy jawab kerja kilang
Saya x ingat ditanya apa tp ps english la how to attract students to love english kot. Tp sy ingat org yg sblm sy ms keluar dr bilik iv tu dia nangis meraung mcm baby
Alhamdulillah sy hanya ditanya soalan pribadi..dah kawin ke belum, lulusan maktab mana, makanan feveret dll..tahun 1986..tinggal kenangan
Masalah sosial zaman sekarang berpunca dari sekolah… Bincangkan..
Sorg2 kena tanya..
… 5 lawan 1…
Punya x puaih hati..
Last2…. Masa nak bangun..
Wakil spp tu jwb..
Tggu lah surat dr posmen., Nnt dia baling ja surat tu… Tu salah sapa,.
Kami yg 5 org ni.. Nak duduk semula.. Dia kata…
Ok2… Sambil isyarat tgn suruh keluar dan senyum…
Sejarah pahit.. kata p interview ” rekod buruk tlh trcatat” seawl semuda usia prkhidmatan sy..
Abis iv dia tanya: ada apa² nak tanya? Saya pun tanya, agak² saya berjaya ke interview ni tuan? Sambil tersenyum dia mengangguk…fuhh lega x terkira berbunga² la hati ni..hahaha..
Apa maksud kabinet…. Saya terang bla… Bla….. Bla …penuh fakta… Ditambah gabra tak tau nak cerita…..pegawai tu kata.. Apa lagi….. Panik habis nk jawab apa lagi……
Tu kabinet dapur… Kabinet boh buku……
Tu maksud saya….. Terkedu saya……..saja pegawai nk uji mental kita masa tu…. Nk tengok kita galabah kot….
Senang ja soalan kita semua gelak
Bagaimana cara membantu ibu bapa di rumah. Soalan akhir tu dah bg hint akn berjaya.. Kita ada 1 course yg baru ni.. Ckgu bg pilihan ckgu yg mana 1 ckgu minat
Saya ingat lg soalan interview saya lbh kpd tanya pasal keluarga….cuma last tu dia tanya soalan sifir…no. 4 digit darab 3 digit. Mmg terkedu …last2 dia ckp nnti cuba belajar kaedah mokda…saya angguk je dlm hati aduhaiiiii fail ke ni. Sblm keluar dia ckp….cikgu…jgn lupa sambung belajar ye nnti… Alhamdulillah saya lulus Dan dah selamat dpt degree juga (batch ketiga dpm 1998-2001)
Msa tu kena soalan faraid…sbb dia ckp fresh graduate msti ingat.
Apakah kegunaan Matematik kepada imam masjid?
Ada yg tanya pasal currency contoh Bangladesh – Taka
Dato’ : Lima dimana?
Aku : Lima di Peru
Dato’ : Peru dimana?
Aku : ???
Dato’ : Mekah dimana?
Aku : Mekah di Arab Saudi
Dato’ : Arab Saudi dimana?
Aku : ???
Balik la kamu (sambil campak fail aku kat hujung meja)
Keputusan : Lulus…….hahahaha
- Pengalaman praktikum (seronok cerita)
- Senaraikan nama menteri kabinet .
Nasib mmg hafal
Khatam isu penddikan dan cover dgn isu semasa
Dia tanya kenapa apply cikgu sedangkan awak dah kerja dan dah disahkan jawatan pun? Tak rugi ka? Sy jawab – suami suruh jadi cikgu .. Jujur betul sy kan? Jwb mcm tu sbb tak nak menipu siapa2..
Apakah peranan OIC dan apakah kepentingan Malaysia menyertai OIC?
Saya kena interview 15/11 2 hari sebelum kenduri kahwin 17/11..dah la kg kat Kedah… interview kat Putrajaya..
Saya orang pertama masuk
Soalan dia mudah saja..bila dia nampak inai kat jari…dia tanya..baru kahwin ka? Saya jawab.. kahwin bulan 8 lagi…lusa baru nak kenduri..terus dia tanya soalan biasa2 saja.. senang2..pastu suruh balik.. satgi dia kata pengantin tak dak pulak.. hmmmm..baiknya dia..
Apakah peranan PIBG di sekolah?
Siapa cipta telefon, lampu…. Siapa yg asaskan felda… Anak pengasas felda tu sapa…jawatn apa dia pegang skarang …berkait2… Awal pagi kn.
Tgh bersemangat Dr tu…
- Mata wang negara ASEAN.
- Apa tugas bapa kamu sebagai pekerja awam dalam angkatan tentera Malaysia
- Hal ehwal semasa
- Kenapa hari guru diraikan bagi pandangan seorang guru
Pegawai tu kira berapa kali saya sebut perkataan ‘ok’ time micro teaching.. Tipsnya.. Minimise kan menyebut ‘ok’.
Dia tanya lps spm buat apa, apa pekerjaan yg sesuai untuk perempuan selain cikgu…
Dia tanya “Kamu rasa kamu hensem ke?” Saya ckp boleh tahan lah…selamat jgak jd cikgu.
Apa itu BTP? ini soalan yg saya dapat…
Sy dlu intview dgn sorang dato. Mula2 dia suh cakap arab. Pahtu dio cerito hal kluarga dio dari anok sulung sapa anok bongsu. Pahtu hbs interview kelik tido.
atuk SPP soal masa masuk dengan tidak diberi kebenaran untuk duduk selama 45minit
- Kenapa tidak mengenakan pakai sukan – jawapan hari ini perlu mengenakan pakaian bertemakan batik untuk penjawat awam. Masa tu baju batik kena pakai minggu 1 dan ke3 setiap bulan.
- Berapa no. Ic tuan pengetua – y ni kebetulan perasan di bhgian pengesahan sijil ada nama n no. Ic pengetua masa tu. Dptlh jawab.
- Diminta untuk nyanyikan lagu sekolah. Alhamdulillah bekas sekolah sendiri n ajar di sana bolehlah nyanyi.
Alhamdulillah, lulus.
Mood Dato tu baik masa tu sbbnya baru lepas minum pagi dan saya calon yang pertama masa tu yang sepatutnya menjadi calon terakhir sesi 1. 8 – 10pg.
ahah ambo kena tanya soalan KBAT banyak… nasib baik lulus jugak setelah 45 minit berdiri… antara soalan KBAT yang ditanya
- a) Tau lagu Mawi tak
- b) Tau Menari tak
- c) Tau Doa Qunut panjang pendek tak
Soalan WAJIB : Apakah falsafah pendidikan Kebangsaan….
Saya mghafal soaln2 maut yg biasa d tanya, bila tiba giliran, ajak e brborak2,sekolah lgi kn, sekolh d mane, knape nk jadi ckgu, saya jwb, sya x nk jdi ckgu tpi ianya adalah cita2 abh saya, dpt kata kau ei, oleh sbb cita2 abh, aku jadi lh ckgu btui3, pencen dh pun, tkasih Allah, mkbulkn cita2 abh ku
kenapa melaka kalah perang Portuguese? ….jenuh mokcik goreng nak
Interview saya dalam english..jenuh juga nak jawab masa tu..mujur lepass
Sebb saya cg mpv .. masa interview spp … dia tanya ttg pakaian n bidang saya.. masa tu seram pun ade tp bidang sendiri confirm boleh jawab.. oh lupa zaman saya posting dulu dh interview baru gred DC berubah ke DG
Dia kata.. Mesti tolak p sabah sarawak.. Mesti anak manja kan.. Suruh tnjukkan cara menambah.. Dgn penemuramah kena jd murid
knp chenderiang diberi nama chenderiang…menggoreng juga
Soalan yg x dijangka.baca sebelum tu MCM2 dh tanya yg bpengalaman
Soalan yg ditanya
Apa itu sekolah.
Kdng² soalannya takda kaitan dgn dunia pendidikan, tp panel nak tgk cara kita menjawab soalan tersebut, dari susun atur kata, bahasa badan dll..kalau dah kena soalan “mcm mna kretapi berhenti?” Klau jwb “brek jelah ape susah” markah mngkin rendah, kena jawab mcm ni “dri pengamatan dan kajian sy…blablabla” bila masa plak kau blajar kaji cara ketapi berhenti…
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.