Bahan PDPR Bahasa Inggeris Tahun 5 KSSR Semakan
Perkongsian kali ini melibatkan bahan PDPR Bahasa Inggeris Tahun 5 KSSR Semakan
Jadual waktu PdPR merangkumi peruntukan masa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan tutorial yang dilaksanakan dalam tempoh seminggu persekolahan.
Penyediaan jadual waktu PdPR perlu dirancang dengan teliti berdasarkan matlamat dan keperluan khusus mata pelajaran agar murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat yang seterusnya.
Rancangan pengajaran tahunan (RPT) hendaklah diselaraskan dengan menentukan kandungan kurikulum mata pelajaran serta kaedah yang bersesuaian yang akan dilaksanakan dalam tempoh PdPR.
Pelaksanaan kurikulum semasa peruntukan masa PdP boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian bergantung kepada kemudahan sumber dan situasi lokaliti sekolah.
Pelaksanaan kurikulum secara dalam talian atau luar talian yang menggunakan peranti dalam sehari secara berterusan hendaklah dirancang agar menepati Manual PdPR Versi 2. Sehubungan dengan itu pertimbangan berikut perlu diambil kira dalam pembangunan jadual waktu:
Peruntukan Masa PdP diselang dengan peruntukan masa tutorial agar murid tidak berterusan berada di hadapan layar.
Memperuntukkan Waktu Rehat Pendek (Short break) pada setiap 30 minit sesi PdPR (2-5 minit) dan pada waktu peralihan mata pelajaran (5-10 minit) dengan meminta murid melakukan aktiviti seperti regangan atau senaman ringan.
Pelaksanaan Kurikulum Semasa Peruntukan Masa Tutorial
Tutorial boleh dilaksanakan sama ada secara dalam talian atau luar talian. Sekiranya guru memilih untuk melaksanakan tutorial secara luar talian, guru hendaklah bersedia (on-call) menerima sebarang pertanyaan daripada murid sepanjang tempoh tutorial tersebut.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara masa sebenar (real time). Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:
8.1.1. pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau
8.1.2. aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau
8.1.3. E-Permainan (gamification), video, klip audio, e-Buku dan rakaman atau tugasan dalam talian.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara luar talian berlaku tanpa capaian Internet tetapi murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain. Pendekatan ini boleh dilaksanakan seperti yang berikut:
8.2.1. Bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan boleh dimuat turun daripada sumber seperti di para 8.1.1 dan 8.1.3.
8.2.2. Proses memuat turun bahan dilakukan semasa terdapat capaian Internet dan diberikan kepada murid melalui medium komunikasi yang bersesuaian.
Berikut merupakan Bahan PDPR Bahasa Inggeris Tahun 5 KSSR Semakan
BI Tahun 5 Unit 1 Towns and Cities
BI Tahun 5 Unit 1 There’s There are
Berikut merupakan bahan latihan online Latihan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
Nota Grammar Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
🍯Kuiz dan learn Vocab Online Sekolah Rendah dan Menengah –
Serahan Bahan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
Google Form Bahasa Inggeris Tahun 6 KSSR
Google Form Bahasa Inggeris Tahun 5 KSSR
Google Form Bahasa Inggeris Tahun 4 KSSR Semakan
Google Form Bahasa Inggeris Tahun 3 KSSR Semakan
Google Form Bahasa Inggeris Tahun 2 KSSR Semakan
Google Form Bahasa Inggeris Tahun 1 KSSR Semakan
Kuiz Online Bahasa Inggeris Tahun 6
Kuiz Online Bahasa Inggeris Tahun 5
Kuiz Online Bahasa Inggeris Tahun 4
Kuiz Online Bahasa Inggeris Tahun 3
Kuiz Online Bahasa Inggeris Tahun 2
Kuiz Online Bahasa Inggeris Tahun 1
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]