Bahan PDPR Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Semakan
Perkongsian kali ini melibatkan Bahan PDPR Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Semakan
Jadual waktu PdPR merangkumi peruntukan masa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan tutorial yang dilaksanakan dalam tempoh seminggu persekolahan.
Penyediaan jadual waktu PdPR perlu dirancang dengan teliti berdasarkan matlamat dan keperluan khusus mata pelajaran agar murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat yang seterusnya.
Rancangan pengajaran tahunan (RPT) hendaklah diselaraskan dengan menentukan kandungan kurikulum mata pelajaran serta kaedah yang bersesuaian yang akan dilaksanakan dalam tempoh PdPR.
Pelaksanaan kurikulum semasa peruntukan masa PdP boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian bergantung kepada kemudahan sumber dan situasi lokaliti sekolah.
Pelaksanaan kurikulum secara dalam talian atau luar talian yang menggunakan peranti dalam sehari secara berterusan hendaklah dirancang agar menepati Manual PdPR Versi 2. Sehubungan dengan itu pertimbangan berikut perlu diambil kira dalam pembangunan jadual waktu:
Peruntukan Masa PdP diselang dengan peruntukan masa tutorial agar murid tidak berterusan berada di hadapan layar.
Memperuntukkan Waktu Rehat Pendek (Short break) pada setiap 30 minit sesi PdPR (2-5 minit) dan pada waktu peralihan mata pelajaran (5-10 minit) dengan meminta murid melakukan aktiviti seperti regangan atau senaman ringan.
Pelaksanaan Kurikulum Semasa Peruntukan Masa Tutorial
Tutorial boleh dilaksanakan sama ada secara dalam talian atau luar talian. Sekiranya guru memilih untuk melaksanakan tutorial secara luar talian, guru hendaklah bersedia (on-call) menerima sebarang pertanyaan daripada murid sepanjang tempoh tutorial tersebut.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara masa sebenar (real time). Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:
8.1.1. pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau
8.1.2. aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau
8.1.3. E-Permainan (gamification), video, klip audio, e-Buku dan rakaman atau tugasan dalam talian.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara luar talian berlaku tanpa capaian Internet tetapi murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain. Pendekatan ini boleh dilaksanakan seperti yang berikut:
8.2.1. Bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan boleh dimuat turun daripada sumber seperti di para 8.1.1 dan 8.1.3.
8.2.2. Proses memuat turun bahan dilakukan semasa terdapat capaian Internet dan diberikan kepada murid melalui medium komunikasi yang bersesuaian.
Berikut merupakan Bahan PDPR Bahasa Melayu Tahun 4 KSSR Semakan
Modul Pdpr BM Tahun 4 Unit 4 Saya sihat (bukuteks)
Modul Pdpr BM Tahun 4 Unit 5 Persekitaran Bersih Hidup Ceria (buku teks)
Modul Pdpr BM Tahun 4 Unit 6 Pilih gaya hidup sihat(buku teks)
Berikut merupakan bahan PDPC Online
BM Tahun 1 Unit 21 Bersihkan Alam
BM Tahun 2 Unit 21 Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan
BM Tahun 3 Unit 21 Bumi Bertuah
BM Tahun 4 Unit 24 Pengurusan Perbelanjaan
BM Tahun 5 Unit 27 Selamatkan Bumi Kita
BM Tahun 6 Unit 30 Pertanian Sumber Rezeki
BM Tahun 1 Unit 22 Wang Dalam Kehidupan
BM Tahun 2 Unit 22 Anak yang baik
BM Tahun 3 Unit 22 Bijak Ekonomi
BM Tahun 4 Unit 25 Tanggungjawab Digalas
BM Tahun 6 Unit 31 Bersama-sama menjanakan ekonomi
Tahun 1 Uni 23 Peniaga Berjaya
Tahun 2 Unit 23 Amalan Baik di Sekolah
Tahun 3 Unit 23 Budaya Usahawan
Tahun 5 Unit 29 Teknologi dalam kehidupan
Tahun 6 Unit 32 Berjiwa usahawan
BM Tahun 4 Unit 27 Seribu Impian
BM Tahun 5 Unit 30 Kreativiti dalam penciptaan
BM Tahun 6 Unit 33 Kad dan diriku
Berikut merupakan bahan latihan online Latihan Bahasa Melayu PKPB Sekolah Rendah
Latihan Bahasa Melayu PKPB Tahun 1 dan 2
Latihan Bahasa Melayu PKPB Tahun 3
Latihan Bahasa Melayu PKPB Tahap 2
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]