Sumber Pendidikan

Menu
  • SPM KSSM
    • Bahasa Inggeris SPM
  • DSKP
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • Pelaporan PBD
  • Buku Teks Digital
  • Kertas Ujian
  • kerja kosong
  • Privacy Policy

Ppdc Online

Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 Versi Mudah

admin February 4, 2021

Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 Versi Mudah

Perkongsian kali ini melibatkan Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 Versi mudah untuk sekolah kebangsaan bagi tahap 1 dan tahap 2. Ini cadangan sahaja.

KPM telah mengeluarkan manuap pdpr versi 2.0 dan contoh jadual waktu untuk kegunaan semasa pdpr ini. Antara perkara penting yang perlu diambil kira semasa menggubal jadual waktu PDPR adalah

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara masa sebenar (real time). Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:

8.1.1.  pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau

8.1.2.  aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau

8.1.3.  E-Permainan (gamification), video, klip audio, e-Buku dan rakaman atau tugasan dalam talian.

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara luar talian berlaku tanpa capaian Internet tetapi murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain. Pendekatan ini boleh dilaksanakan seperti yang berikut:

8.2.1.  Bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan boleh dimuat turun daripada sumber seperti di para 8.1.1 dan 8.1.3.

8.2.2.  Proses memuat turun bahan dilakukan semasa terdapat capaian Internet dan diberikan kepada murid melalui medium komunikasi yang bersesuaian.

Pelaksanaan PdPR dalam talian dan luar talian yang melibatkan penggunaan peranti perlu mengambil kira tempoh layar (screen time). Tempoh layar merujuk kepada masa yang diluangkan bagi penggunaan peranti seperti televisyen, komputer, komputer riba, tablet dan telefon pintar. Penggunaan peranti semasa PdPR secara berterusan tanpa melibatkan sebarang pergerakan fizikal yang aktif dalam satu tempoh yang lama boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan perkembangan murid.

Antara peranan guru adalah , Mengadakan perbincangan antara guru untuk mengelakkan murid menerima tugasan/kerja rumah yang banyak pada satu- satu masa, Menetapkan masa perbincangan dengan murid selain waktu PdPR., Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid, Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah dan Memaklumkan ibu bapa/penjaga jika kelas tidak dapat dijalankan seperti yang dijadualkan.

Ibubapa/penjagaberperananuntuk: Membantu anak/anak jagaan mendapat maklumat berkaitan dengan sesi PdPR bersama-sama guru ataupun arahan/tugasan/kerja rumah yang diberikan guru. Membantu anak/anak jagaan mengakses DELIMa, TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video) dan Cikgootube.

Berdasarkan manual dan panduan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Kiranya ramai ibu bapa yang memaklumkan bahawa pembelajaran 4 atau 5 mata pelajaran adalah terlalu banyak kerana boleh memberikan bebanan tambahan kepada ibu bapa di rumah. Ramai berpendapat bahawa 2 atau 3 subjek sehari sudah memadai bagi membolehkan ibubapa membantu dan memantau pdpc anak-anak di rumah.

Oleh itu, berdasarkan manual dan panduan, dikongsikan contoh jadual waktu pdpr bagi sekolah kebangsaan untuk tahap 1 dan tahap 2 yang boleh dijadikan panduan kepada pihak sekolah untuk menggubal jadual waktu yang lebih mudah.

Berikut merupakan contoh jadual waktu bagi tahap 1 dan tahap 2 beserta dengan soft copy.

Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 SK Tahap 1 Versi Mudah

Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 SK Tahap 2 Versi Mudah

Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Prev Article
Next Article

Related Articles

Lembaran Online Sains Tahun 5 Peraturan Bilik Sains Kertas 1
Lembaran Online Sains Tahun 5 Peraturan Bilik Sains Kertas 1 …

Lembaran Online Sains Tahun 5 Peraturan Bilik Sains Kertas 1

BM Tahun 4 Unit 12 – Seindah Pinakol
BM Tahun 4 Unit 12 – Seindah Pinakol Perkongsian kali …

BM Tahun 4 Unit 12 – Seindah Pinakol

About The Author

admin

Leave a Reply Cancel Reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

  • RPH SK SMK by ROZAYUS 2024
  • RPH SK SMK by CG GORGEOUS 2024
  • RPH PRASEKOLAH 2024
  • RPH PPKI RENDAH MENENGAH 2024
  • REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR (FAIL RPH) 2024
  • Bahan Lengkap Fail Panitia Mengikut Senarai Semak
  • Penetapan Keberhasilan PBPPP 2021
  • Panduan dan Contoh Evidens Lengkap SKPMg2
  • myPortfolio : Panduan dan bahan berkaitan
  • Koleksi Bahan Bahan Kokurikulum

Popular Posts

  • RPT Pendidikan Seni Visual Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Sains Tahun 1 2026 KSSR Semakan
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Inggeris CEFR Tahun 1 2026 …
    November 26, 2025 0
  • RPT Bahasa Melayu Tahun 1 2026 KSSR …
    November 26, 2025 0

Contact Us

Untuk beriklan di web dan telegram, hubungi kami melalui whatsapp di hubungi kami di whatsapp

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Free Porn porn Sex

Sumber Pendidikan

Copyright © 2025 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh