Doktor ini cadangkan guna konsep game Among Us mengawal penularan covid19
Bayangkan kalau Covid boleh dilihat seperti nyamuk aedes?
Mesti senang nak lari kan?
100 tahun lepas , dunia pernah dilanda malapetaka sedasyat ini. Sepertiga dunia dijangkiti Spanish Flu, 500 million , dan sekurang-kurangnya 20 million nyawa terkorban.
Waktu itu, penduduk dunia tidak sepadat ini.Populasi dunia baru 1.5 billion, nak banding dengan sekarang, 7.8 billion. Waktu itu kereta tak banyak, nak kumpul ramai-ramai macam sekarang pun susah. Kalau nak kira keterhubungan kita yang mudah sekarang, jelas, wabak Covid 19 baru nak bermula. 3000 kes sehari adalah satu permulaan.
Tapi kalau nampak virus depan mata mesti senang kan?
Sebab itulah idea ini terbit.
Bayangkan kalau buka Waze boleh nampak berapa orang yang sepatutnya kuarantin di rumah, tapi shopping kat Mydin. Mesti lari tak cukup tanah kan?
Idea menanda manusia menggunakan apps sudah dicuba banyak negara , tapi hampir semuanya gagal. 2 sebab. Admin apps tak rajin update kes dan tiada pemaksaan oleh kerajaan untuk penggunaan secara meluas. Semaju-maju Kanada pun hanya 6 juta orang guna apps sebegitu dari 37 juta rakyatnya.15 peratus saja.
Idea kami mudah.
Ciplak idea baik dari apps dari negara Belgium yang menggunakan bluetooth untuk kesan kontak rapat. Bluetooth berfrekuensi rendah on sepanjang masa. Ia hanya kesan signal dari telefon yang dekat kurang 2 meter sekurang-kurangnya 15 minit. Coding apps itu sudah ada di internet. Sila tiru.
Bahagian kedua ini yang mencabar. Kami nak tanda manusia yang diperintah kuarantin di rumah , atau yang menunggu swab sebagai pengguna “merah”. Ia akan keluar di peta seperti dalam Waze.Supaya anda boleh shopping laju-laju tanpa buka mask di supermarket bila tahu ada 3 orang pengguna “merah” yang shopping dalam tempat yang sama. Di mana si merah itu? Nama dia apa? Anda tak perlu tahu. Si merah akan dirahsiakan dan tidak perlu ditangkap oleh polis. Kenapa nak jaga dia walau dia tak patuh SOP? Sebab kalau si merah itu ditangkap, si merah yang lain akan tutup telefon , tak dapat dikesan lagi. Hanya si merah tahu siapa yang merah di situ. Macam dalam game Among Us.
Apa harga yang anda bayar untuk tengok Covid dengan mata kasar seperti ini? Percuma , tapi makan bateri telefon saja.
Dengan apps ini, anda boleh tahu, berapa pengguna merah yang tengah shopping di supermarket . Bila ada 3 merah di supermarket A , dan 1 merah di supermarket B, takkan Mak Cik Kiah nak cari maut di supermarket A kan? Majikan di supermarket A juga tahu bahawa bisnesnya dalam bahaya kalau ramai orang macam Mak Cik Kiah lari dari kedainya. Dia akan baiki SOP di kedainya dan buat saringan pada pekerjanya. Bukan sebab takut kena denda. Tiada siapa yang boleh didakwa guna apps ini. Tapi majikan takut bisnesnya lingkup . Tapi kalau lingkup pun sesuatu bisnes itu , takkan lingkup selamanya. Cukup 10 hari, si merah yang bekerja di Supermarket A akan jadi hijau.
Kami juga akan perkenalkan fungsi R-Naughty Score dalam apps ini. Ia akan kesan sejauh mana anda patuh dengan SOP di kawasan selain rumah anda. Mana-mana manusia yang suka sembang dekat-dekat di pejabat akan diberi markah rendah. Tapi senang saja nak tipu apps ni kan? Sembang dekat-dekat tapi letakla telefon jauh-jauh. Tak ke membazir habis ratus ribu untuk bangunkan apps sebesar ini kalau ada kelemahan yang jelas seperti itu? Baik guna duit itu untuk bagi orang miskin makan. Kan?
Dengan apps ini juga, menteri dan artis popular dapat menunjukkan pada dunia betapa patuhnya mereka pada SOP penjarakan sosial. Contoh yang baik sebegini dapat dijadikan budaya. Budaya inilah matlamat utama kita.
Apps ini juga akan buatkan telefon anda bergegar setiap kali ada pengguna merah dalam 1 kilometer radius anda. Gegaran akan makin kuat bila si merah makin dekat. Takut tak bila merah makin dekat?
Kelemahan demi kelemahan akan terus dijumpai dalam apps ini tapi tujuan kami jelas. Untuk pupuk budaya penjarakan sosial. Bukan senang nak ubah perangai manusia. Kalau dirujuk pada pakar psikiatri pun dia terpaksa ambil masa yang lama untuk ubah. PKP adalah penyelesaian cepat dan bersifat short term. Bagus tapi negara dah tak mampu nak tanggung kosnya. Budaya penjarakan sosial adalah target endgame dan long term kita.
Soalannya betul ke apps ni mampu turunkan kadar R-Naught?
Tak tahu sebab ia tak dicuba lagi. Kami nampak idea ini bagus sekarang sebab di waktu darurat sebegini, kita mampu wajibkan penggunaannya macam My Sejahtera. Tak rugi cuba. Biar kita mati berdiri dari mati menunggu.
Siapa nak buat benda alah ni? Boleh ke orang Malaysia buat , mat saleh buat pun tak jalan, takkan melayu makan belacan ni boleh buat?
Jawapannya saya masih mencari sokongan teknikal dan kewangan untuk jalankan pilot run projek ini di daerah Sungai Petani selama sebulan. Kosnya tinggi. Tak cukup simpanan saya. Saya Dr biasa ja. Siapa sanggup labur duit sebanyak itu untuk perkara yang tak pasti sebegini. Kalau anda yakin projek ini mampu buatkan kita menang dalam perang ini, boleh bantu dengan SHARE artikel ini sebanyak-banyaknya. Biar sampai ke meja DG Hisham dan Dr Adham Baba.
Kenapa tak guna MyTrace ke MySejahtera yang Malaysia buat je? Nak bazir duit buat apa waktu-waktu macamni.
Jawapannya mudah, kalau nak ubahsuai MyTrace bagi ada fungsi ini pun bagus. Siapa buat pun bagus. Kita cuba ramai-ramai. Kalau entiti swasta nak ambil idea ni nak buat pun bagus. Janji setel Covid ni kita nak move on je. Ini cara saya dan idea saya untuk perang ini. Siapa ada cadangan lebih baik atau nak membantu , boleh hubungi saya di asyrafdfahmi@yahoo.com. Kerja ini banyak , renyah, leceh , dan tak pasti pun boleh berjaya. Tiada untung di sini , cuma pahala dan pening kepala. Pada yang percaya dengan idea ini, tapi tak mampu nak bantu , kerja anda adalah share artikel ini, jadikan surat berantai di whatapps untuk kaum tua sebarkan atau mungkin dengan cara membawang dengan kawan yang tengah melepak sekali.
Ingat, pandemik sedasyat ini hanya datang 100 tahun sekali. Di mana anda posisikan diri anda ketika ini akan tunjukkan siapa diri anda yang sebenarnya.
Dr Mohamad Asyraf Fahmi Bin Khairi
MO KONTRAK FRONTLINER NEGARA.