Koleksi RPH KSSR 2021 Tahun 1 hingga Tahun 6
Antara perkara yang mesti dilakukan oleh seseorang yang bergelar guru pada setiap hari adalah pastinya menyediakan rancangan pengajaran harian. (RPH). RPH harus disediakan sebelum pdpc dilaksanakan di dalam kelas.
Untuk makluman kepada mereka yang bukan bergelar guru, rph ini perlu disediakan untuk setiap kali waktu pengajaran. Contohnya, jika pada hari itu guru tersebut masuk mengajar 4 kelas mata pelajaran, maka, guru tersebut perlu menyediakan 4 rph pada hari tersebut yang lengkap sebelum dapat masuk ke dalam kelas untuk mengajar.
RPH ini merupakan satu garis panduan kepada guru yang dirangka oleh guru sendiri untuk mengajar sesuatu kelas.
Dalam rph ini akan terdapat tarikh, waktu, masa, topik dan kandungan pembelajaran, aktiviti yang dirangka, bahan bantu mengajar yang digunakan dan juga refleksi terhadap pengajaran yang telah dilaksanakan. Melalui tranformasi sekolah 25 juga, penerapan PAK 21 ke dalam rph juga dititikberatkan. RPH Ts25 ini pastinya sedikit lebih panjang berbanding rph yang biasa disediakan oleh rakan guru.
Ada guru yang pernah membuat lebih 1000 rph setahun ekoran mengajar kelas bagi mata pelajaran kecil seperti pendidikan kesihatan, pendidikan jasmani dan muzik. Guru ini mengajar 18 mata pelajaran berbeza setiap minggu.
Berikut merupakan koleksi RPH KSSR yang telah disusun mengikut tahun. Ada yang lengkap setahun, dan ada yang separuh dan ada yang berminggu-minggu. In sha Allah di sini akan dikemaskini sentiasa. Terima kasih kepada mereka yang sanggup berkongsi.
Koleksi RPH Tahun 5 KSSR Semakan
Koleksi RPH Tahun 4 KSSR Semakan
Koleksi RPH Tahun 3 KSSR Semakan
Koleksi di atas free. Untuk RPH berbayar full di bawah
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]