Manual dan Panduan Jadual Waktu PDPR 2.0 2021
Perkongsian kali ini melibatkan manual dan panduan jadual waktu bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah 2.0 pada tahun 2021. Kongsikan kepada rakan guru.
Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ini disediakan untuk memberi perincian perancangan dan pelaksanaan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017, Kurikulum Standard Kelas Peralihan dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) termasuk Pendidikan Khas.
Jadual waktu PdPR merangkumi peruntukan masa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan tutorial yang dilaksanakan dalam tempoh seminggu persekolahan.
Penyediaan jadual waktu PdPR perlu dirancang dengan teliti berdasarkan matlamat dan keperluan khusus mata pelajaran agar murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat yang seterusnya.
Rancangan pengajaran tahunan (RPT) hendaklah diselaraskan dengan menentukan kandungan kurikulum mata pelajaran serta kaedah yang bersesuaian yang akan dilaksanakan dalam tempoh PdPR.
Pelaksanaan kurikulum semasa peruntukan masa PdP boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian bergantung kepada kemudahan sumber dan situasi lokaliti sekolah.
Pelaksanaan kurikulum secara dalam talian atau luar talian yang menggunakan peranti dalam sehari secara berterusan hendaklah dirancang agar menepati Manual PdPR Versi 2. Sehubungan dengan itu pertimbangan berikut perlu diambil kira dalam pembangunan jadual waktu:
Peruntukan Masa PdP diselang dengan peruntukan masa tutorial agar murid tidak berterusan berada di hadapan layar.
Memperuntukkan Waktu Rehat Pendek (Short break) pada setiap 30 minit sesi PdPR (2-5 minit) dan pada waktu peralihan mata pelajaran (5-10 minit) dengan meminta murid melakukan aktiviti seperti regangan atau senaman ringan.
Pelaksanaan Kurikulum Semasa Peruntukan Masa Tutorial
Tutorial boleh dilaksanakan sama ada secara dalam talian atau luar talian. Sekiranya guru memilih untuk melaksanakan tutorial secara luar talian, guru hendaklah bersedia (on-call) menerima sebarang pertanyaan daripada murid sepanjang tempoh tutorial tersebut.
Pemberian latihan/tugasan semasa tutorial hendaklah bersesuaian dengan tahap murid, berfokus serta boleh diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan agar tidak berlaku lambakan kerja rumah.
Berikut merupakan manual dan panduan jadual waktu
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]