Koleksi PBD Januari
Keputusan pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun bagi murid Tahap I adalah selaras dengan konsep pembelajaran yang berorientasikan perkembangan murid. Hal yang demikian membolehkan guru memberi lebih fokus kepada tugas mendidik dan menyemai nilai-nilai mumi kepada murid.
Sehubungan dengan itu, pentaksiran yang lebih objektif bagi murid Tahap I hendaklah melihat kepada perkembangan murid secara lebih menyeluruh termasuk amalan nilai-nilai mumi yang berbentuk rutin harian. Pentaksiran ini beriaku melalui pembelajaran yang menyeronokkan ke arah pembangunan dan pembentukan karakter murid. Kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) adalah kemahiran asas murid Tahap I yang perlu dibina dan diperkukuh sebelum mereka melalui proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.
Bagi mencapai hasrat tersebut, pentaksiran ini dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
i.bercerita;
ii.projek mudah;
iii.permainan;
iv.main peranan; dan
v.kuiz
Selain daripada aktiviti di dalam para 4, guru juga boleh menjalankan pentaksiran bilik darjah PBD dalam bentuk aktiviti lain yang bersesuaian.
Perkongsian kali ini melibatkan modul dan bahan PBD yang boleh dilaksanakan untuk bulan Januari bagi KSSR Semakan dari Tahun 1 hingga Tahun 3.
Koleksi PBD Januari Tahun 1 KSSR Semakan
Koleksi Modul PBD Januari Tahun 2 KSSR Semakan
Koleksi Modul PBD Januari Tahun 3 KSSR Semakan
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]