PBD Pertengahan Tahun Pendidikan Muzik Tahun 2 KSSR Semakan
Perkongsian kali ini melibatkan modul PBD Pertengahan Tahun Pendidikan Muzik Tahun 2 KSSR Semakan
Bagi murid tahap 1, seperti kita sedia maklum, peperiksaan berkala tidak lagi dijalankan di mana ujian pertengahan tahun dan akhir tahun boleh untuk tidak dilaksanakan di sekolah.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran
PBD dapat membantu guru dalam:
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
- Mengetahui keberkesanan pengajaran
- Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
- Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.
Setiap pencapaian murid ini perlu dilaporkan dalam templat pelaporan mengikut tahun.
Berikut merupakan PBD Pertengahan Tahun Pendidikan Muzik Tahun 2 KSSR Semakan
PBD Pertengahan Tahun Pend Muzik Tahun 2
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]