Sumber Pendidikan

Menu
  • RPT KSSR KSSM 2021
  • UPSR 2021
  • Privacy Policy

Sumber Pendidikan > Kokurikulum > semasa > 20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan
semasa

20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan

admin April 5, 2021

20 Kluster melibatkan pendidikan dikesan setakat ini – Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan terdapat peningkatan kluster pendidikan melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah di seluruh negara.

Sehingga kini jelasnya, sebanyak 20 kluster telah dikenal pasti oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Didapati kluster melibatkan sektor pendidikan menunjukkan peningkatan dikaitkan jangkitan rakan sekerja dan kontak sosial. “Apabila terdapat kes positif dilaporkan di Pusat Kesihatan Daerah (KPD) melibatkan anak murid, guru dan pekerja sekolah, pasukan kesihatan akan digerakkan untuk pengesanan kes dan kontak serta menjalankan proses disinfeksi,” katanya dalam sidang media mingguan CITF di Putrajaya pada Isnin.

Gambar sekadar hiasan

Untuk tujuan kawalan jelas Dr Adham, kakitangan kesihatan akan membuat penilaian risiko dan kesihatan di sekolah terbabit jika perlu ditutup operasi sementara. “Kakitangan kesihatan akan buat penilaian risiko dan kesihatan secara menyeluruh memastikan pengurusan kes dan kluster dapat dijalankan sebaik mungkin.

“Untuk tujuan langkah-langkah kawalan, pegawai kesihatan daerah akan nasihatkan pengurusan sekolah untuk tutup sementara sama, ada kelas atau sekolah bergantung penilaian dijalankan,” jelasnya lagi. Tambah beliau, selain langkah yang diambil kementeriannya, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Adham turut mengumumkan terdapat peningkatan daerah hijau di seluruh negara. “Daripada 159 daerah yang kita ada kes COVID-19, setakat ini sembilan daerah di Semenanjung bertukar hijau iaitu di Hulu Perak, Kampar, Jelebu, Langkawi, Bandar Baru Sik dan Yan dan Cameron Highlands. “Manakala di Sarawak tujuh daerah dikategorikan hijau, di Sabah peningkatan kawasan hijau, daripada 27 daerah, 5 daerah hijau dicatatkan,” jelasnya lagi.

Selain itu, untuk berita yang positif, kes covid19 melibatkan petugas kesihatan semakin menurun.

Kes jangkitan Covid-19 di kalangan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menurun dalam tempoh Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan di lancarkan kira-kira 40 hari yang lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, penurunan jangkitan kes di kalangan petugas KKM ini menunjukkan tanda positif perlaksanaan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula 24 Februari lalu.

“Kes jangkitan melibatkan petugas KKM secara keseluruhannya diperolehi dari masyarakat setempat yang mendapatkan rawatan. Jadi, petugas KKM adalah antara golongan sasar utama bagi fasa pertama program ini.

“Penurunan kes jangkitan dikalangan mereka adalah antara kejayaan awal program ini yang menunjukkan keberkesanannya,” kata.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu perasmian Program Malaysia Prihatin Vaksinasi Covid-19 Lindungi Diri, Lindungi Semua peringkat daerah Segamat di Dewan Muafakat, Taman Yayasan Segamat.

R-naught meningkat: Terus patuh SOP, jangan alpa Dua hari berturut-turut kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Nilai R-naught (Ro) mencatatkan tahap berisiko melebihi 1.0.

Ini bermaksud, setiap 10 orang yang dijangkiti COVID-19 berpotensi menyebarkannya kepada 10 orang lain. Nilai Ro mula meningkat pada 19 Mac lalu iaitu 0.9 dan sejak itu terus meningkat sehingga melebihi 1.0 pada 3 dan 4 April.

Peningkatan ini memberi gambaran situasi risiko berlakunya lebih banyak jangkitan sama ada di tempat kerja atau dalam komuniti. Nilai Ro paling tinggi pernah dicatatkan ialah 3.5 pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu dan berjaya diturunkan kepada 0.3, hasil pematuhan oleh rakyat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini berkata, KKM mensasarkan untuk menurunkan Nilai Ro kurang daripada 1.0 sehingga 0.5 untuk memutuskan rantaian jangkitan dan membendung penularan. Namun, Jika masyarakat alpa dan tidak mengendahkan SOP, kes jangkitan akan kembali meningkat sejajar dengan seperti yang diunjurkan KKM. (rujuk infografik). Ketidakpatuhan SOP akan mengakibatkan penularan jangkitan. Ambillah langkah berjaga-jaga untuk menjaga diri kita dan keluarga kita pada setiap masa

(sumber kosmo awani fb)

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan  [ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Related posts:

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 Contoh Simulasi Jadual Waktu Penjajaran Kurikulum 2020 Sekolah Rendah Panduan Permohonan Aplikasi Kemasukan Sekolah Khusus 2021 SARJANA PENDIDIKAN UKM MOD CUTI SEKOLAH INTAKE 2021

Related posts brought to you by YARPP.

Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Jadual Waktu 2018 UPSR PT3 SPM STAM Terkini Dalam sistem …

Jadual Waktu 2018 UPSR PT3 SPM STAM Terkini

Logo Malaysia Prihatin dan Panduan Reka Letak, Rekaan, Tampak dan …

Logo Malaysia Prihatin dan Panduan Reka Letak, Rekaan, Tampak dan Rasa

About The Author

admin

Leave a Reply

Cancel reply

Subscribe channel Sumber Pendidikan

Popular Posts

  • Bahan PPDa Sekolah
    April 3, 2021 0
  • Segak 2021 hanya dilaksanakan pada Ogos
    April 3, 2021 0
  • Template PBD Tahun 5 KSSR Semakan SK …
    April 3, 2021 0
  • Templat Pelaporan PBD Tahun 1 hingga 6 …
    April 3, 2021 0

Related Posts

  • Ziarah Raya dalam Negeri dibenarkan dengan had …
    May 10, 2020 0
  • SOP Ziarah pada hari pertama perayaan
    May 13, 2020 0
  • Panduan Permohonan Aplikasi Kemasukan Sekolah Khusus 2021
    September 7, 2020 0

Contact Us

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com

Penafian

Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang sebarang komen yang dibuat oleh pengunjung laman web ini dan kerosakan yang diterima pengguna

Sumber Pendidikan

Copyright © 2021 Sumber Pendidikan
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Refresh
error: Content is protected !!

RPH 2021 Sekolah Rendah

 

Koleksi RPH Tahun 6

Koleksi RPH Tahun 5 KSSR Semakan

Koleksi RPH Tahun 4 KSSR Semakan

Koleksi RPH Tahun 3 KSSR Semakan

Koleksi RPH Tahun 2

Koleksi RPH Tahun 1

Koleksi di atas free. Untuk RPH berbayar full di bawah lengkap PAK 21.

RPH Full Berbayar

Berikut merupakan bahan persediaan awal tahun 2021 bagi guru sekolah rendah dan menengah.

  1. RPT KSSR 2021 - https://bit.ly/2L9236F
  2. RPT DLP 2021 - https://bit.ly/35iVbdG
  3. DSKP KSSR Sekolah Rendah 2021 - https://bit.ly/39995A2
  4. DSKP KSSM Sekolah Menengah 2021 - https://bit.ly/2MEEB1t
  5. kertas kerja dan bahan minggu transisi 2021 - https://bit.ly/3o8nXFp
  6. fail rekod pdpc 2021 - https://bit.ly/3o79Lw8
  7. divider rph hari kelepasan am 2021 - https://bit.ly/352NUi4
  8. buku panduan tugas guru dan staf 2021 - https://bit.ly/2X6mjbb
  9. buku pengurusan hem 2021 - https://bit.ly/350N9pO
  10. buku pengurusan kokurikulum 2021 - https://bit.ly/3rLnNG7
  11. takwim aktiviti sekolah 2021 - https://bit.ly/3n7j6Tv
  12. buku pengurusan ppki 2021 - https://bit.ly/3hA2dzA
  13. divider fail rph 2021 - https://bit.ly/3o3saKl