Sekolah Tutup 2 hari jika ada kes Covid19
Timbalan Menteri Pendidikan, Mah Hang Soon, memaklumkan sekolah yang disahkan mempunyai satu kes Covid-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari. Walaupun begitu, keputusan perlu dimaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk kelulusan akhir dan apa-apa keputusan atau perubahan akan dimaklumkan oleh pihak KPM. (sumber freemalaysiatoday dan sin chew daily)
Han Soon berkata, keputusan penutupan selama dua hari itu bertujuan mengelakkan berlakunya penularan kluster Covid-19 di sekolah, selain membolehkan sekolah menjalani sanitasi secara menyeluruh.
“Keputusan yang berkuat kuasa bermula Rabu itu akan memberi kuasa kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan notis memaklumkan ibu bapa mengenai penutupan sekolah apabila terdapat kes positif Covid-19.
“Ini akan membolehkan sekolah menjalani sanitasi secara menyeluruh sementara ibu bapa, pelajar dan guru dapat meluangkan masa untuk menenangkan diri dan mengelakkan kebimbangan atau ketakutan yang tidak wajar,” katanya pada dipetik daripada Sin Chew Daily.
Sehubungan itu, pelajar yang terjejas ekoran penutupan tersebut akan beralih ke pembelajaran dalam talian sehingga kelas fizikal disambung semula.
Tambahnya, pegawai kesihatan daerah akan melakukan tinjauan risiko di sekolah yang terjejas bagi menentukan sama ada penutupan itu harus diperpanjang atau ditamatkan setelah dua hari.
Keputusan ini berikutan peningkatan kes Covid-19 yang melibatkan institusi pendidikan termasuk sekolah.
Terdahulu, 19 sekolah di daerah Petaling ditutup. Sementara itu, dua sekolah adalah antara 11 kluster baharu hari ini.
Selamat merancang cikgu dan kongsikan kepada rakan guru anda.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]