Takwim Persekolahan dan Cuti Perayaan 2021
Takwim persekolahan ini sangat berguna kepada pelbagai pihak. Oleh itu, sangat baguslah takwim ini dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan Malaysia lebih awal.
Bagi kegunaan pihak sekolah dan guru, pihak sekolah dapat merancang pelbagai aktiviti yang ingin diadakan pada tahun 2021 dengan lebih awal supaya pelbagai persiapan dapat dilakukan dengan lebih baik. Pihak sekolah juga dapat memilih tarikh yang tidak berada di dalam cuti persekolahan bagi mengelakkan beberapa masalah timbul seperti kehadiran murid, guru dan pelbagai lagi.
Mengikut takwim yang dikeluarkan, 42 minggu persekolahan akan dilalui oleh murid-murid pada tahun 2021 ini. dan 11 minggu untuk cuti persekolahan termasuk cuti awal tahun dan akhir tahun.
Bagi sesi persekolahan 2021 ini, cuti persekolahan sempena perayaan telah dikeluarkan. Boleh rujuk pautan di bawa
Antara perayaan utama yang akan disambut pada tahun 2021 adalah Cuti Tahun Baru Cina, Cuti Deepavali, Cuti Perayaan Aidilfitri, Cuti Gawai dan Tadau Keamatan.
Berikut merupakan takwim persekolahan 2021 untuk panduan guru dan ibubapa bagi negeri kumpulan A.
Bagi negeri kumpulan B, rujuk takwim persekolahan di bawah
Untuk cuti perayaan pula, boleh rujuk di bawah
Bagi cuti aidilfitri, terdapat 2 hari cuti tambahan diberikan oleh KPM iaitu pada hari Selasa dan Rabu iaitu pada 11 dan 12 Mei untuk negeri kumpulan A dan B. Khamis dan Jumaat pada 13 dan 14 Mei merupakan cuti umum Hari Raya Aidilfitri.
Berikut merupakan takwim cuti persekolahan dan perayaan tahun 2021
SURAT SIARAN KPM BILANGAN 8 TAHUN 2020 TAKWIM PENGGAL DN CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021
Selamat merancang cikgu dan kongsikan kepada rakan guru anda.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]