Nota SPP Pendidikan Menengah
Perkongsian kali ini berkenaan dengan persediaan untuk temuduga SPP iaitu Nota SPP Pendidikan Prasekolah. Semoga memberi nilai tambah kepada calon berkenaan dengan pendidikan di Malaysia.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel – https://t.me/notatemudugaspp
Pengenalan
Pendidikan Menengah Rendah adalah untuk murid-murid yang berumur 13 hingga 15 tahun (Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga) dan diberikan pendedahan pelbagai bidang ilmu dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Pendidikan Menengah Atas disediakan kepada murid-murid berumur 16 hingga 17 tahun (Tingkatan Empat hingga Tingkatan Lima) menjurus kepada aliran sastera, sains, agama, teknik, vokasional dan kemahiran termasuk menyediakan murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi atau alam pekerjaan.
Sekolah Menengah Kebangsaan (Harian)
PENDAFTARAN
- Melalui Penempatan:
- Guru kelas Tahun 6 SK/SRAB/SJKC /SJKT menggunakan aplikasi APDM (Modul e-Daftar Menengah) bagi murid warganegara sahaja berdasarkan Borang Permohonan Penempatan Sekolah (BPPS) yang dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga.
- Murid warganegara yang tercicir (pendidikan wajib) boleh mohon dengan menggunakan borang ASBS yang boleh didapati di PPD dan JPN.
- Murid warganegara dari luar negara boleh mohon dengan borang ASBS yang boleh didapati di PPD dan JPN.
- Melalui Permohonan:
- Murid Bukan Warganegara boleh memohon menggunakan Borang PU(A)275 Jadual Pertama melalui Unit Perhubungan dan Pendaftaran di JPN. Borang boleh diperolehi dari Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran
Sekolah Berasrama Penuh
PENGENALAN
Kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru telah memberi penekanan kepada keperluan tenaga kerja dalam bidang sains dan teknologi. Dasar ini telah dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kedua (1975 – 1980) dan memberi penekanan kepada perkembangan sekolah berasrama penuh (SBP).
SBP diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi murid yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti.
SBP memainkan peranan penting bagi mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia. SBP menjana bakat yang sepadan dengan cabaran global.
PERMOHONAN KEMASUKAN
Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara online sepenuhnya melalui laman sesawang www.moe.gov.my.
SYARAT PEMILIHAN MURID
Pemilihan Murid Tingkatan 1 :
- Murid mestilah warganegara Malaysia
- Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
- Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
- Murid cemerlang akademik
- Murid aktif dalam kokurikulum
Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4 :
- Murid mestilah warganegara Malaysia
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
- Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang- kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
- Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS)
- Murid aktif dalam kokurikulum
Sekolah Seni Malaysia
PENGENALAN
Penubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 : Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan mempeluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.
Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.
KONSEP SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM)
Definisi Sekolah Seni Malaysia
Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
Falsafah Sekolah Seni Malaysia
Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.
VISI
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia.
MISI
- Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
- Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
- Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.
OBJEKTIF
- Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
- Melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
- Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
- Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
- Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.
Sekolah Sukan Malaysia
PENGENALAN
Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.
Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.
OBJEKTIF SSM
- Meningkatkan tahap pengetahuan, pengalaman dan kemahiran atlet murid dalam bidang sukan tanpa mengabaikan pencapaian akademik.
- Menjadi pusat kecemerlangan sukan yang berjalan secara sistematik dan berterusan ke arah pencapaian atlet bertaraf dunia.
- Menjadi pusat penyebaran pengetahuan dan kemahiran yang dapat memenuhi syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
- Memupuk dan menggalakkan perkembangan nilai-nilai kepimpinan dan semangat kesukanan di samping memberi pengalaman dalam kemahiran pentadbiran aktiviti sukan.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.