Nota SPP Pendidikan Tingkatan 6
Perkongsian kali ini berkenaan dengan persediaan untuk temuduga SPP iaitu Nota SPP Pendidikan Prasekolah. Semoga memberi nilai tambah kepada calon berkenaan dengan pendidikan di Malaysia.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel – https://t.me/notatemudugaspp
TINGKATAN 6
Latar Belakang
Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal. Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.
Objektif
- Meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi.
- Memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi.
- Memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain.
- Memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.
- Membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.
Tingkatan Enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal. Mereka ini akhirnya membawa kesejahteraan kepada negara disamping mendapat kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa.
- Kerangka Konseptual Tingkatan Enam yang merangkumi dua komponen utama iaitu kurikulum dan kokurikulum.
- Matlamat pendidikan Tingkatan Enam adalah bagi membentuk kepimpinan menuju ke arah Membina Negara Bangsa meliputi aspek perpaduan, patriotisme, jati diri bagi mendokong aspirasi nasional. Mendidik murid secara menyeluruh berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berupaya memikul tanggungjawab, prihatin, berinovatif, matang, berjiwa kendiri, berpandangan jauh, keteguhan jati diri dan berbudaya penyayang.
- Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah (soft skills).
- Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1½ tahun yang merangkumi tiga penggal. Penggal 1 bermula dari bulan Mei hingga November, Penggal 2 bermula dari bulan Januari hingga Mei dan Penggal 3 bermula dari bulan Mei hingga November.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat pengikhtirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England. Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
Syarat Kemasukan
Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.
Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Penjenamaan Semula
Penjenamaan Semula Tingkatan Enam menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 dengan hasrat untuk:
- Memperkasa pendidikan Tingkatan Enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti Matrikulasi atau pusat asasi sains, kerana ianya dilihat sebagai salah satu laluan utama murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
- Mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan Enam.
- Membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid Tingkatan Enam.
Lima fokus utama Penjenamaan Semula Tingkatan Enam adalah seperti yang berikut:
- Imej dan Anjakan Minda.
- Info dan Infrastruktur.
- Pengurusan dan Pentadbiran.
- Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
- Kurikulum.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.