Candlestick Sebagai Panduan Trader
Candlestick merupakan petunjuk yang paling penting untuk dijadikan panduan kepada trader atau pelabur untuk membuat keputusan dalam pelaburan.
Sejarah Candlestick
Sejarah candlestick ini berasal daripada Jepun pada kurun ke-18 yang dibangunkan oleh Munehisa Homma, seorang pedagang beras. Selepas itu, ia dikembangkan ke barat oleh Steve Nison.
Petunjuk ini tidak terhad kepada saham sahaja, forex, kriptocurrency, komoditi dan kebanyakan medium perdagangan menggunakan petunjuk ini.
Membaca candlestick
Petunjuk ini hanya mempunyai tiga keadaan iaitu berwarna hijau, berwarna merah dan tidak berwarna iaitu doji yang berbentuk seperti simbol tambah.
Pada petunjuk ini, terdapat body (badan) dan wick (ekor). Wick menunjukkan harga tertinggi atau harga terendah pada masa transaksi manakalan body menunjukkan keadaan transaksi ditutup pada hari itu sama ada harga yang lebih tinggi atau rendah.
Petunjuk berwarna hijau melambangkan harga tutup lebih tinggi berbanding harga dibuka.
Contoh candlestik berwarna hijau yang melambang harga bullish
Pada contoh gambar di atas, candle tersebut hanya mempunya badan sahaja tanpa wick. Ini disebabkan, pergerakan harga pada hari tersebut adalah bullish ditutup pada harga lebih tinggi daripada ketika dibuka dan tiada harga tertinggi atau harga terendah dicapai.
Pada gambar diatas, candle adalah berwarna hijau kerana harga ditutup lebih tinggi daripada dibuka. Terdapat wick (ekor) di sebelah atas dan bawah kerana terdapat harga tertinggi dan terendah dicapai pada hari tersebut.
Petunjuk berwarna merah melambangkan harga tutup lebih rendah berbanding harga buka.
Contoh candlestik berwarna merah yang melambangkan pergerakan harga bearish.
Gambar di atas menunjukkan candle berwarna merah kerana harga ditutup lebih rendah daripada harga dibuka. Wick hanya terdapat pada bahagian atas kerana ada harga tertinggi dicapai pada hari tersebut.
Rajah di atas menunjukkan candle merah kerana harga ditutup lebih rendah berbanding harga dibuka. Terdapat wick di bahagian atas dan bawah kerana terdapat harga tertinggi dan harga terendah dicapai pada hari tersebut.
Petunjuk seakan simbol tambah menunjukkan bahawa harga tutup adalah sama dengan harga buka.
Rajah di atas menunjukkan contoh candle doji. Harga tutup adalah sama dengan harga buka. Apa yang membezakan antara doji ialah wick (ekor) sama ada terdapat harga tertinggi atau terendah dicapai pada hari transaksi tersebut.