Candlestick Bullish Engulfing
Engulfing bermaksud menyelubungi. Petunjuk ini merupakan salah satu petunjuk yang menunjukkan reversal pattern iaitu daripada downtrend kepada uptrend dan juga merupakan bullish candlestick.
Perlu diingatkan bahawa petunjuk ini hanya menunjukkan potensi arah pergerakah pasaran dan bukannya 100% tepat.
Petunjuk ini memerlukan 2 candle iaitu candle merah dan candle hijau.
Candle pertama merupakan candle merah manakala candle kedua merupakan candle hijau dengan syarat candle hijau menutup semua bahagian candle merah tadi. Disebabkan itulah dipanggil bullish engulfing.
Kita boleh abaikan bahagian wick (ekor) yang terdapat pada kedua dua candle tersebut.
Rujuk contoh di bawah
Pada rajah di atas, bullish engulfing telah terjadi pada kaunter di atas. Petunjuk ini menandakan perubahan trend yang berlaku iaitu reversal pattern daripada bearish kepada bullish – downtrend kepada uptrend.
Rajah di atas menujukkan contoh pada kaunter lain di mana terjadinya petunjuk ini yang menunjukkan perubahan arah harga daripada turun kepada naik. Jelas dapat diperhatikan di mana candle kedua menutup keseluruhan candle pertama iaitu engulfing.
Perlu diingatkan bahawa, candlestick hanyalah salah satu panduan. Dalam pelaburan, pastikan gabungkan TA, FA, SA untuk memilih risiko.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.