Candlestick Hammer
Petunjuk ini merupakan salah satu petunjuk yang menunjukkan reversal pattern iaitu daripada downtrend kepada uptrend dan juga merupakan bullish candlestick.
Perlu diingatkan bahawa petunjuk ini hanya menunjukkan potensi arah pergerakah pasaran dan bukannya 100% tepat.
Petunjuk ini dipanggil hammer kerana bentuknya yang menyerupai tukul. Ekornya (wick) pula mestilah lebih panjang berbanding badan tukul itu sendiri.
Hammer kebiasaanya akan berlaku di harga yang bawah ataupun berhampiran support.
Petunjuk ini membawa maksud bahawa pembeli telah memenangi pertarungan walaupun harga terendah dicapai jika berwaran hijau, namun, ditutup pada harga yang lebih tinggi. Ini membawa isyarat kebiasaanya hammer terbentuk diikuti dengan volume transaksi yang tinggi.
Jika hammer berwarna merah sekalipun, ia tetap menunjukkan banyak belian jika wick di bawah iaitu harga terendah adalah lebih panjang berbanding badan.
Contoh pada bursa adalah seperti di bawah
Boleh diperhatikan pada rajah di atas, candlestick hammer terjadi dalam keadaan reversal iaitu daripada downtrend kepada uptrend.
Perlu diingatkan bahawa, candlestick hanyalah salah satu panduan. Dalam pelaburan, pastikan gabungkan TA, FA, SA untuk memilih risiko.
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.