Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2022
Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2021 bertaraf diploma dan sijil. Tarikh tutup permohonan pada 4 Julai 2021 Ahad pada jam 1159 malam
Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.
Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:
Jenis-jenis latihan dan kekosongan
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
- Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon
Kategori Pemohon dan Had Umur
Pemohon yang merupakan calon lepasan SPM:
- Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat dalam perkhidmatan awam am persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
- Umur tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
- Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat lain yang dilantik dalam perkhidmatan awam/badan berkanun/pihak berkuasa tempatan
- Umur tidak melebih 38 tahun pada tarikh tutup permohonan;
- Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
- Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
Calon yang berminat dan memenuhi syarat hendaklah mendaftar secara atas talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 di
Rujuk iklan tawaran Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Sesi Januari 2022 di bawah
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.