Pembantu Penguatkuasa KP19 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Tawaran kerja sebagai Pembantu Penguatkuasa Industri Makanan dan jabatan Perkhidmatan Veterinar Semenanjung dna calon lelaki sahaja. Tarikh tutup permohonan pada 27 Jun 2021 jan 1159 malam
Syarat lantikan
- Warganegara Malaysia Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00); atau - Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,416.40); atau - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,472.80)
Dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:
- Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Jadual gaji
Calon yang berminat dan memenuhi syarat hendaklah mendaftar secara atas talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA9 di
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.