Perubahan Polisi Storan Google bermula 1 Jun 2021
Bermula 1 Jun 2021, Google melakukan perubahan pada polisi storan termasuk Google Photos. Perubahan ini telah dimaklumkan berbulan lama sebelum dilaksanakan pada 1 jun.
Polisi sebelum 1 Jun 2021
Google memberikan 15 gb free storage bagi setiap akaun dan digunakan untuk gmail, google photos, google drive, google sheets, docs and pelbagai lagi. 1 akaun akan menggunakan 15gb storan percuma dalam pelbagai aplikasi di bawah google.
Bagi gambar, rujuk kenyataan di bawah.
Tengok di atas, kebiasaanya kualiti saiz original yang akan dikenakan di dalam kuota 15gb sebelum ini manakala bagi high quality adalah unlimited free.
Polisi bermula 1 Jun 2021
Semua fail, gambar dan video yang diupload akan dikira kuota bermula 1 jun 2021. Fail, Video dan gambar yang diupload sebelum 1 jun 2021 tidak akan dikira mengikut kuota.
Tengok maklumat di atas, semua kualiti gambar akan dikira dalam storan kuota 15gb tersebut.
Pengguna telefon pixel 2-5 pula akan terus menikmati unlimited free storage bagi gambar jenis high kualiti.
Google akan membuang ‘delete’ kandungan daripada akaun yang tidak aktif
Bagi akaun yang tidak aktif selama 2 tahun iaitu 24 bulan, google akan delete akaun tersebut termasuk fail, gambar video yang berada di dalam gmail, drive and google photos.
Bagi pelanggan Google One, selagi bayaran adalah baik, akaun Google One ini masih selamat. Walaupun mungkin bayaran tertunggak, pihak Google akan menghubungi dahulu pemilik Google One untuk memaklumkan proses membuat konten dalam masa 3 bulan sebelum didelete.
Google menarawakan Program Google One iaitu pakej simpanan dengan bayaran mengikut bulan dan kapasiti pilihan.
Boleh tengok pakej terkini untuk Google One
Bagi mengelakkan akaun google didelete oleh pihak google, pastikan akaun tersebut aktif dengan melawat atau membuka akaun tesebut sama ada Gmail, Google Photos dan Google Drive melalui laman web atau aplikasi telefon.
Jadi, sesiapa yang mempunyai banyak akaun google tu, boleh lah cuba bukak gmail, drive dan google photos supaya akaun inin masih dalam keadaan aktif.
Perlu bimbang ke?
ok…tak perlu bimbang selagi tidak melebih kuota 15gb dalam semua produk google.
Kalau lebih daripada kuota, pihak google akan maklumkan dulu kepada kita 3 bulan sebelum delete kandungan yang lebih daripada kuota tersebut. Jadi kita ada pilihan nak langgan perkhidmatan Google One yang berbayar atau kurangkan sendiri kandungan supaya berada dalam kuota 15gb tersebut.
Masa 3 bulan ini juga boleh digunakan untuk download konten kita tersebut.
Rujuk kenyataan dari laman google di bawah
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]