Tajaan Program Khas Jepun Korea Perancis dan Jerman
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis, dan Jerman (JKPJ) Tahun 2021.
Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2020 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
3.1. Syarat Umum
i. Warganegara Malaysia;
ii. Mempunyai kesihatan yang baik;
iii. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam
tindakan undang-undang oleh JPA;
iv. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi
untuk peringkat pengajian yang sama;
v. Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat pertama kali;
vi. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada
31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN
Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:
- Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Maklumat lanjut berkenaan dengan kelayakan dan pengajian yang ditawarkan di bawah
PERMOHONAN
Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ selama 14 hari bermula 10 Jun 2021 (Khamis) hingga 23 Jun 2021 (Rabu). Permohonan ditutup pada 23 Jun 2021, jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
Sesi soal jawab secara langsung berkenaan permohonan Program Khas JKPJ tahun 2021 akan diadakan sepanjang tempoh permohonan:
Tarikh: 11 sehingga 23 Jun 2021 (kecuali Sabtu, Ahad & cuti umum)
Masa : 10.00 – 11.00 pagi (sesi pertama) dan 2.30 – 3.30 petang (sesi kedua)
Pautan google meet: https://meet.google.com/axz-ojpu-fwe.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh emelkan ke lepasanspm2021@jpa.gov.my (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 10 sehingga 23 Jun 2021).