Tenaga kerja berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang perakaunan bertauliah dijangka mendapat permintaan besar, kira-kira dua kali ganda bekalan semasa, mencerminkan semakin pentingnya profesion ini kepada negara. Malaysia memerlukan 60,000 akauntan profesional menjelang 2030. Dalam membantu Malaysia mencapai visi ini, Yayasan Peneraju memulakan inisiatif intervensi yang proaktif.
Sejak penubuhan pada tahun 2012, Yayasan Peneraju telah menawarkan pelbagai program pembiayaan bagi bidang perakaunan (pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa) yang disesuaikan dengan tahap kemasukan calon dari lepasan SPM sehingga golongan profesional yang sedang dan tidak bekerja. Sasaran program-program ini adalah untuk menyokong akauntan profesional yang berpengalaman menerusi pensijilan asas perakaunan profesional seperti CFAB dan pensijilan perakaunan profesional seperti ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW dan MICPA.
Bagi meneruskan usaha meningkatkan jumlah akauntan Bumiputera yang bertauliah, Yayasan Peneraju telah memperkenalkan 3 program pembiayaan skema terbaru iaitu pembiayaan tambahan atau ‘top-up’ kepada calon yang mendaftar untuk pengajian pensijilan profesional secara sepenuh masa atau separuh masa.
Nama program
Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori A (ACCA FIA – ACCA) (Pembiayaan Penuh)
Kategori pemohon
Lepasan spm/o-level berumur 19 tahun ke bawah
Pensijilan
Acca Foundation in Accounting – ACCA
Insitusi Pengajian akan ditentukan oleh Yayasan Peneraju
Tarikh tutup 25 Jun 2021
Permohonan di
Perakaunan Asas (pembiayaan separa)
Kateogri pemohon
lepasan SPM/O-level setaraf berumur 18-21 tahun
Pensijilan CFAB
Institusi pengajian
- INTEC Education College
Sentral College Penang
Sunway College Kuching
Sunway TES CAE
UiTM
UOW Malaysia KDU College
Permohonan di
Mohon sekarang di