1000 pengalaman temuduga SPP untuk menjadi guru
Perkongsian ini adalah berkenaan dengan pengalaman-pengalaman temuduga SPP oleh rakan guru sebelum dilantik menjadi guru. Diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada graduan bakal-bakal guru untuk menghadapi temuduga nanti. 1000 pengalaman ini hampir 30 ribu patah perkataan. Boleh cuba baca setiap pengalaman guru ini sebagai persediaan awal.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel –
Nota Padat dan Ringkas lebih 200 mukasurat untuk persediaan temu duga guru untuk calon yang berjaya ke temuduga di bawah
https://toyyibpay.com/Nota-Temuduga-SPP-2022
Contoh nota di
Di bawah merupakan koleksi pengalaman temuduga SPP
pengalaman temuduga SPP Bahagian 2
pengalaman temuduga SPP Bahagian 3
pengalaman temuduga SPP Bahagian 4
pengalaman temuduga SPP Bahagian 5
pengalaman temuduga SPP Bahagian 6
pengalaman temuduga SPP Bahagian 7
pengalaman temuduga SPP Bahagian 8
pengalaman temuduga SPP Bahagian 9
pengalaman temuduga SPP Bahagian 10
Berikut merupakan antara pengalaman-pengalaman rakan guru melalui temuduga SPP
Suara kena jelas apa yang kita cakap
wslam…sy soalan ttg isu pendidikan dan dia tnya dlm kehidupan sebenar mcm mana sy aplikasi kan kimia…sbb sy pendidikan kimia….tp mmg xde dpt soalan sanggup tak prgi sabah sarawak…
Apakah tanggungjawab guru sebagai Agen sosial negara?
Ai…akak blurr….lupa
Sembang2 kosong je..
Kenapa nk jadi cikgu?
kenapa awak nk jd guru? kalau saya hantar ke sabah n sarawak boleh ke?
2006 kat spp ptjaya… Tnya ckit2 je tentang pendidikan… Xtau pun jwb je la
Sembang2 je mula2, pastu suruh baca ayat Qursi, suruh nyanyi lagu cindai.. Pastu baru soalan2 pgetahuan umum.
sy kena satu soalan yang saya tak tahu nk jawab, kenapakah tarikh hari guru di pilih pada tarikh 16 mei?
Can you introduce yourself in any other language than your mother language?
Sembang2 pasal sijil
Dia tanya nape amik jadi cikgu sains sedangkan masa sekolah amik aliran agama
Isu semasa pulak,masa tu Dr sheikh muzafar pegi angkasa lepas..cerita pasal mikrob la
Apa pendapat kamu tentang 1MDB? Masa tu tengah panas isu tu.
isu semasa kena tau
Saya pernah ditanya..soalan Cara2 menghindar gangguan jin dan makhluk halus. .. (mungkin penemuduga nak lihat personality, Gaya pengucapan, dan cara saya mengendalikan masalah.. Wallahuaklam)
Sy dulu, masuk berkumpulan. Dia ty soalan xde kaitan pon..pasal ATM duit keluar tp xde org punye. Apa kita buat
Siapa ketua menteri sabah? Terus jawab Osu haji sukam sb x ingt gelaran apa….masa tu thn 2000..
Saya dia bg situasi ikut major Masa buat DPLI. Dia tnya nak p Kuala Lumpur dari alor setar. Ikut highway Dan ikut pusing kot kelantan. Jenuh terang
Sembang pasal bahasa arab. Sijil ada bahasa arab. Ambil BM. Beliau suruh cakap arab. Beres cakap je. Sebut je karangan bahasa arab yg dihafal. Ha ha ha. MCn org Arab selalu
- Sebutkan alamat penuh rumah kamu. Supaya senang nak hantar posting dekat dgn alamat.
- Sebutkan nama penuh sultan negeri kamu
saya dengan timbalan pengarah spp kalau x silap masa tu
Baca la tentang isu semasa.
Diberi dilema moral. Justifikasi kan dilema moral itu ikut status seorang guru. Soalan sanggup ditempatkan di Sabah atau Sarawak tu ada dapat juga. Tokoh kena tau..
100÷3 berapa..
2 hari kami sudah adakan sesi intvw.. Pertama kali jumpa ada kelulusan ijazah bidang sejarah. Dalam byk2 dasar kerajaan, yg manakah kamu rasa paling berkesan dan sesuai kan dlm bidang pendidikan.. Jawapan saya “dasar pandang ke timur…”
Sebagai guru opsyen PJ, bagaimanakah kamu mahu jadikan pj itu satu subjek yang menarik dan jika kamu ditempatkan di kawasan pedalaman yg kurang peralatan dan adakah km sanggup?
Mau2 dekat 30 minit duduk dlm kena intvw..kwn2 lain mcm kejap je…
Lepas tu dia suruh cakap dlm bahasa inggeris promote 1 tempat menarik di tmpt kelahiran.. Saya promote gua mulu
Kena ambil tahu isu semasa dalam negara, isu semasa dunia, isu semasa dalam dunia pendidikan. Sekarang ni tengah panas pasal PdPR, jadi bersedia lah dengan isi² beserta hujah².
Jawab je..dia nk tengok kita bercakap jer..jangan dok diam jer..walau salah cakap jer..
interviewer minta lukis apa yg ada dlm fikiran sekarang & minta tulis nama dlm ejaan jawi.
Sembang²..pastu soalan dlm kertas …dpt soalan ttg Malaysia Timur….soalan bagaimana cg mengawal murid dlm kelas. Byk sembang
Senaraikan atlet2 terkenal negara dan dlm bidang sukan apa. ( dah kalau 6 org dlm bilik tu pastu semua idea ko dah dirembat ngan 3 org terawal ko (sy no 4), mmg terkial2 goreng jawapan)
berapa rakaatkn solat jenazah?
Tokoh2..menteri2 tu semua kena tau…isu terkini..lpas tu nanti soalan yg berkaitan dgn opsyen cikgu
- huraikan kontrak sosial
- tahun ni dah berapa tahun merdeka
Model2 pembelajaran.. Reka bentuk pengajaran
FPK jgn tak ingat.. Soalan basic ..
Soalan semua susah
1.siapakah yg mencetuskan idea sekolah bestari?2.Sebutkan prinsip2 Islam Hadhari.
Apakah fungsi BPG?
Tu belum lg dia persoal font nama kat nametag. Semangat ku pi bangkang sbb ku dah bc pekeliling xde pon tulis font cuma tulis saiz nametag tu. Dah mcm2 dia ckp lg last2 ku ckp ye sy yg silap. Maaf
Soalan ni rezeki jg bg sy… Ada kawan yg di tuduh, dihentam menipu, sbb opsyen lain, mengajar lain, tersedu² kawan tu menangis bila keluar, ada yg kn tanya fpk, soalan berkaitan opsyen, ada yg sembang santai at the end dia tanya la isu semasa bt formaliti… Rezeki masing²…
Warna pertama bendera Malaysia. Bacakan doa qunut
Sembang2 bab keluarga, suka makan apa, perkataan pinjaman. Cth: mee hoon dr negara mana,pengetahuan am ja…santai2 ja.
Letih menghapai nama menteri n isu semasa
- Beza english UK n US
- Ttg tip of borneo n tg piai
- Ttg education negara lain yg i tahu selain malaysia
Haha..masa saya, pgawai SPP dan seorg dato yg interview.. berselang beri soalan, minta nama 3 org nama menteri wanita, ..sebab ada sijil gerko tenis dlm fail yg disertakan; ditanya pula tentang pengiraan mata dlm permainan tenis…dan pastinya jwpan saya salah….hentam jwb je walau tak tahu…tapi masih dlm formal conversation. Sijil2 semak dan susun kemas cikgu, saya tengok ckg KPLI kena mare depan kami semua sijil SPM takde.
Rukun Negara….
Nyatakan 4 Menteri Kabinet yang berasal dari Sabah Sarawak… terpaksa minta maaf sebab ingat seorang je masa tu
2006
1.misi dan visi pendidikan negara
2.Beri pendapat kenapa negara2 sering bergaduh sesama sendiri sedangkan sama2 islam…(masa tu tengah perang telok)
sy ditanya:
- apa khabar?
- dah makan ke belum?
- dah berapa lama mengajar?
- okay ke mengajar?
- ada cita2 nak sambung belajar? mengapa?
- sebutkan FPK dan jelaskan
- apakah pendekatan mengajar yg selalu diamalkan? teori siapa?
- pandangan pelaksanaan PPSMI?
- pandang tentang hukuman rotan?
- dah ada perancangan laluan kerjaya ke?
Panel guru cemerlang tanya kalau bt bahulu telur apa yg terbaik jawab la telur segar dia tanya balik telur ayam ke telur itik yang bgus guna utk bahulu..jawab telur itik..
List planet dlm bima sakti in English. Saya reka2 ja asaikan nampak betul
Sya ttg angkasawan malaysia ke rusia ms tuu
- Perkenalkan diri
- Ceritakan kelemahan dan kelebihan diri
- Sebagai guru p. Moral.. Apa Sumbangan yg ingin diberi kpd sekolah?
- Apakah aktiviti yg ingin dianjurkan sempena bulan kemerdekaan?
- Berikan pendapat ttg work life balance.
Paling penting kena alert dgn isu2 semasa. Harap membantu.
Apa nama matawang negara thai. Baht.
Ni sy tgk awak ada sijil muzik, boleh ajar ke? Ya.
Itu sahaja. 5 minit selesai temuduga.
Soalan pertama. Cikgu setuju ke siti nurhaliza kawin dgn dato?
Saya opsyen pend.khas..dia tanya pasal pendidikan khas je..tahap keyakinan yg tinggi masa menjawab tu penting
ada 1 soalan yg di tanya..tp tak ingat langsung nama org tu..tp saya jawab dgn yakinnya..saya lupa nama tp saya ingat rupa muka org tu….ok je..penemuduga boleh terima jawapan saya..hihi..lega la tak kena soalan yg susah² pasal isu semasa..
Apa tajuk berita utama Hari ni..
Depa tny Rukun Islam aku jwb rukun negara. Tu jer soalan aku ingat. Lain2 tak ingat
- Soalan wajib FPK
- Bincang pasal nama ibu negara luar negara di benur Afrika.
- Jgn berhujah sesuatu isu macam kita tahu kalau kita tak tahu secara mendalam dalam isu tersebut. Lebih baik mengaku kurang arif awal awal.
Kenapa kawan sebelah awak tak pakai nametag? (sbb member sebelah takde nametag, 1 grup kena marah)
Apa saiz standard nametag bagi penjawat awam…
Suruh dia ikut baca falsafah pendidikan sebab x ingat.hehehe
1) pulau terbesar di dunia
2) sungai terpanjang di dunia
3) rundingan baling
Apa dia dasar pandang ke Timur
Apa yg kamu faham tentang kokurikulum
Saya posting srjkc..dia tanya bagaimana bm menyatupadukan bangsa…oleh kerana saya ni suka bercakap.,maka saya ajaklah dorng semba ng
1 ceritakan ttng eco pelancongan
2 apa nama penuh SPP
3 ASTRO maksudnye ape
Soalan menguji aras pemikiran sampai tergagap lah budak2 freshi pendidikan dua tiga orang nk tlg jawabkan kena marah lagi hehe
Dah x ingat..dpt jawab kecuali bila dia tanya nama menteri2…tanya nama agong..x dpt jwb lengkap tetiba time tu blur
Berapa luas sekolah rendah Cikgu dan nyanyi lagi sekolah rendah
Saya kena temuduga dengan Datuk Wan Mustama, mantan pengarah BPG..antara soalan yang ditanya ialah apakah pandangan saya ttg isu Palestin, isu PPSMI. Susah juga nak menjawabnya, lagi2 PPSMI..
sy dpt bilik no 2… yg sbelum saya. semua merah mata.. nangis. mcm2. sy . org ke empat.. tamat inteview sama dgn rakan bilik lain yg calon yg ke belasan.. org rase2 nya mcm mn..
Kamu muda sangat baru 19 tahun..kita bagi peluang kt orang lain dulu..Alhamdulillah rezeki tidak salah alamat..
Saya tak ditanya satu soalan pun…hanya diminta perkenalkan diri…diberi kata2 semangat Dan motivasi….5 minit selesai…cikgu sebelum saya setengah jam dlm bilik interview….selepas saya 25 minit…mungkin ada orang doa kat saya agar dipermudahkan…
Awak tinggal di mana?Apa maksud FELDA?
Kenapa anda nak jadi guru?
Byk isu pendidikan, tonggak 15, PBS,. Soaln pnyelesaian tntg mslh sosial xsilap..soaln tntg ciri2 kpimpinan..lbih stgh jam dlm blk tu brsm 3 lg rakan..muka masing2 menyinga jer..
Saya bw gambar2 projek pelajar. Masa tu subjek MPV masih baru. Saya kaitkan dgn kemenjadian murid dan falsafah pendidikan.
- Makanan kegemaran (dlm B.Inggeris)
- Setuju atau tidak sekolah tanpa pagar
- Tokoh wanita-Dato Shahrizat
sy semua yang santai2 jer..berkisar soal peribadi..dah berpunya belum.nk pasangan kerja apa..dari negeri mana. ..ada byk lg..
Saya tengah pregnant masa tu. Pegawai tu tanya tentang kandungan & pengalaman pregnant.
Lepas tu tanya tentang isu semasa dalam akhbar hari tu.
Yang penting jawab dgn jelas & yakin.
Siapa tokoh maal hijrah..boleh ke tokoh maal hijrah dianugerah kpd non muslim.. beri sebab…nama2 mnteri dalam kabinet..berkaitan sijil yg diperoleh..
Masa interview 2009, spp tnya 0sl isu semasa dunia. Lpas tu tnya psl kerja lma sy. Msa tu sy krja sbagai pemeriksa Cap Jari, jd spp tnya psl cap jari.
Msa tu mmg brsemangat sy cerita sbb kami masa tu digelar pakar.
Bngga la jugak dpt brkongsi dgn Spp.
Nsib baik sy brsedia. Biasa fail je klau interview
Cabaran dunia mngajar sekarang..dan apa penyelesaiannya…
Penemuduga tanya kenapa nak jd cikgu…saya jwab nak tlg mak ayah saya…alhamdulillah stat saya kerja cikgu mak n ayah saya x menoreh dah…syukur dgn peluang dan janji
Tak ingat la interview masa nk posting atau interview spp..masa tu dia tunjuk kertas tulis Beijing. Suruh ceritakan apa yg sy tau tentang Beijing. Rupanya nk dengar pasal kalo malaysia dpt pingat emas dlm olimpik beijing dapat rm sejuta. Setuju tak atlit negara dapat sejuta tu..kalau setuju kenapa, tak setuju kenapa. Sy jawab x setuju..baik bg imbuhan bentuk lain cth mcm rumah ke, tanah, saham dll
Penemuduga saya waktu tu hjg thn 2002 datin.. Dia bertanya tentang PBB.. Maksud PBB, sumbangan PBB dan seumpamanya yg berkaitan dgn PBB.. Seterusnya dia tanya sek saya.. Kebetulan saya posting sek OA P2, saya cerita la semuanya.. Naik bot, naik hilux dan mcm² lg.. Datin tu khusyu’ mendengar.. Dia mcm teruja mendengar penceritaan saya tntg sek OA..
Pengalaman Saya sewaktu ditemuduga…
Mula2 Datuk suruh Saya perkenalkan diri,tanya Saya belajar kat mana…Bila Saya ckp kat Cairo terus dia bual2 ngan Saya…tup2 ok dah katanya.
Sampai Saya Tanya Datuk tu…xde soalan utk temuduga ke Datuk?
Kira setle katanya…dia lebih berminat utk melihat Keyakinan Saya apabila menyampaikan sesuatu perkara.
Masa saya interview dulu,blk terlampau sejuk,sebelum dijemput duduk saya dgn jujur bgtau blk ni sejuk sgt,nk menjawab soalan terketar2 ingatkan interviewer nk marah rupanya dpt pujian haaa jujur cikgu ni,bagus berterus terang
Soalan sy dpt..BIG tu bagus tak…saya ckp bagus..tu jer..sbb dah org terakhir masa tu..
1: Crita tentang diri anda.
2: Eeeehhh…opsyen lain…ngajar lain…awak ok kea
3: Bagaimana awak nak kenalpasti murid awak faham apa yang awak ajar.
Masa masuk ketaq gila…akhirnya mereka tolong memberi, menambah jawapan & idea…best sangat2…rasa macam nak sembang2 lagiiii
Nama penuh YDPA Sultan Mizan, mujur ingat
Dpt interview sesi ptg n antara org yg hujung2 dipanggil msuk bilik interview.mcm2 soalan pelik2 dia tya yg xde kaitan dgn dunia pendidikan.antaranya, kenapa kasut awak ada riben?? Penat hafal skrip pjg2
Akak kena tanya maksud doa qunut
Akak terangkan secara langsam je tak nak satu satu ayat tu he he
Pastu tanya macam mana boleh kenal dan kawin ngan suami
Kerja dan negeri yg berbeza
Akak pun apa lagi pulunnn la cerita he he he
- Tanya apakah Dasar Ekonomi Baru
- Bila rukun negara dilaksnakan
- Tanya Dasar Penyata Razak
- Tanya perbezaan Dasar Penyata Razak & Penyata Zaba
Cikgu buat apa tadi sementara menunggu giliran cikgu di panggil?
Saya baca surat khabar.
Ceritakan tajuk depan akhbar yang cikgu baca tadi.
Kisah Biduanita Syarifah Aini (masa ni belum arwah) mendakwa dia diekori diminta berhenti dan dicucuk dengan picagari di tepi jalan.
Baik, apa pendapat cikgu dengan berita ni?
Mcm mana…awak nak mengajar golongan veteran yg berumur ni…kategori pakcik-makcik ni…gunakan komputer?
soalan pertama Puan Jusa C tu tanya kami ukuran nametag
Isu semasa dunia pendidikan.
- Bila saya bg tau sayaborg kedah dia suruh saya cerita tentang perjanjian baling.
- Cerita pasai sejarah seni eropah..zaman renaissance Bg kena bg tau 1 pelukis tersohor n 1 karya agungnya..
- Terangkan maksud persekolahan wajib
- Berapa denda yg blh dikena klu ibu bapa tak hantaq ke sek..
Ingat lg betapa kecutnya perut bila
4 org sebelum saya kena halau keluaq dari balik.. Disuruh buat persediaan..
1.Saya diminta menceritakan pembangunan dan kemajuan pendidikan di negeri Sabah.
- Saya diberikan sekeping kertas dan atas kertas tersebut tercetak tanggungjawab seorang guru. Sy diminta hurai tanggungjawab guru. Alhamdulillah saya dpt hurai dgn lancar kerana semasa exam paper pendidikan di usm , saya jawab soalan yang sama. Dalam buku rekod mengajar kita pun tsnggungjawab itu ada.
Sy kena interview buat video tahun lepas bulan 10. SPP minta hasilkan video dlm tempoh 5 minit. Ada 3 komponen yg kena ulas:
1)Pengenalan Diri
2)Mikro teaching mengajar opsyen sendiri
3)Pengetahuan am (Integriti Guru)
-ada 4 tajuk kena pilih salah satu
*Kena yakin ketika bercakap dan suara hendaklah jelas.
Apa tajuk utama berita hari ini?..waktu tu harga minyak turun x silap..
Soalan:
Jika rakan anda seorang atheist adakah layak jadi warganegara Malaysia sebab rukunegara no 1 kena percaya tuhan.
Tanya berita pasal sukan..pas tu tanya apa pengalaman mengandung
Soalan : Kalau saya hantar puan ke sarawak puan setuju tak?
Soalan utk sy Apakah keburukan buku Iqra’ yg diguna pakai dlm silibus SK. Sy jawab xda keburukan. Smua kebaikan
Soalan lepas tgk file saya:
- Awak kenal siapa saya
- Awak sek men di mana
3.cerita sedikit pbezaan sek men awak dulu dengan sekarang
-saya kena dgn org tganu kebetulan bsekolah di sekolah men yg sama dgn saya.cuma dia jauhhhhhh lebih senior
Saya dulu ditanya tentang tempat pelancongan di malaysia..nervous punya pasal saya hbq genting highland..gunung jerai n pantai merdeka..gelak ja penemuduga tu..
Soalan beza mengajar dan mendidik.
Falsafah pendidikan Negara masa tu nak naik DG 41…Dari DG32. . jenuh la nk ulang ulang bagi ingat.. . saya orang yang last.. sekali… .. ..
Tanya pengetahuan am dan bidang kita atau major kita
– 1 malaysia..byk jgk kena baca psl isu nii
– bgaimna nk menarik minat belajar pljar..kena cadang 1 aktiviti bkumpulan utk plajar
*jgn mencelah msa calon lain tgh bg penerangan
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.