Dasar Angkasa Negara
Salah satu dasar yang perlu diketahui oleh mereka yang akan melalui peperiksaan atau temuduga ke sektor kerajaan adalah Dasar Angkasa Negara Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik PTD dan temuduga SPP untuk menjadi guru merupakan antara peluang kerjaya yang diminati ramai rakyat Malaysia.
Join channel telegram PTD di Telegram nota dan soalan PTD di – https://t.me/persediaanPTD41
Join channel temuduga SPP di https://t.me/notatemudugaspp
Berikut merupakan huraian dasar Angkasa Negara ini
Teknologi angkasa dianggap sebagai aset strategik sesebuah negara. Oleh itu, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berupaya melangkah lebih jauh ke hadapan, penguasaan bidang angkasa negara perlulah diperkukuh. Malahan Malaysia juga perlu menyasarkan untuk mempunyai akses kepada keupayaan angkasa secara berterusan dan kos berkesan. Oleh hal yang demikian, dasar ini bertujuan untuk menyatakan secara jelas pendirian dan objektif negara dalam menguasai bidang angkasa dan mempersiapkan negara dalam menghadapi cabaran masa depan.
Rasional penglibatan negara dalambidang angkasa:
- a) peningkatan kebergantungan kepada keupayaan angkasa untuk aktiviti harian, pemodenan negara dan perkembangan ekonomi;
- b) keupayaan angkasa melengkapi dan menyokong dasar-dasar sedia ada negara;
- c) menjadi sebuah negara yang bertanggungjawab kepada triti- triti antarabangsa berkaitan angkasa serta kerjasama dan hubungan antarabangsa dalam penggunaan teknologi angkasa secara aman;
- d) bersinergi dalam program keupayaan angkasa untuk tujuan awam dan pertahanan; dan
- e) seiring dengan perancangan dan pembangunan sumber manusia.
VISI
Sektor Angkasa Sebagai Penyumbang Strategik kepada Kedaulatan dan Daya Saing Negara.
MISI
Membina Keupayaan Negara dalam Sektor Angkasa bagi Menyokong Pembangunan Ekonomi dan Kemajuan Ilmu untuk Kesejahteraan Rakyat.
Teras dasar
- TERAS 1: MENGUKUHKAN TADBIR URUS DALAM MENGOPTIMUMKAN AKSES NEGARA KEPADA KEUPAYAAN ANGKASA
- TERAS 2: MENUMPUKAN KEPADA TEKNOLOGI, INFRASTRUKTUR DAN APLIKASI ANGKASA YANG SIGNIFIKAN KEPADA NEGARA
- TERAS 3: MEMACU PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI ANGKASA SERTA MEMBINA KEPAKARAN
- TERAS 4: MENYUMBANG KEPADA EKONOMI DAN KESEJAHTERAAN NEGARA
- TERAS 5: MENINGKATKAN DAN MENGUKUHKAN KERJASAMA SERTA JARINGAN ANTARABANGSA
Untuk mendapatkan dokumen terperinci berkenaan dasar ini
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.