Dasar Komuniti Nasional
Salah satu dasar yang perlu diketahui oleh mereka yang akan melalui peperiksaan atau temuduga ke sektor kerajaan adalah Dasar Komuniti Nasional. Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik PTD dan temuduga SPP untuk menjadi guru merupakan antara peluang kerjaya yang diminati ramai rakyat Malaysia.
Join channel telegram PTD di Telegram nota dan soalan PTD di – https://t.me/persediaanPTD41
Join channel temuduga SPP di https://t.me/notatemudugaspp
Berikut merupakan huraian dasar Komuniti Negara ini
Dalam mendepani cabaran globalisasi dan urbanisasi, misi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah sektor perumahan ialah menjadi peneraju utama dalam menjayakan program perumahan negara yang komprehensif dan dinamik untuk kesejahteraan rakyat yang berkekalan.
Selain menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berkelayakan, KPKT juga berperanan memastikan pengurusan kediaman berstrata serta pembangunan komunitinya diurus dengan baik supaya semua ahli komuniti dapat menikmati kehidupan yang selesa, selamat dan mampan.
Walau bagaimanapun, dalam kalangan komuniti perumahan berstrata kos rendah dan sederhana umumnya, kerap berlaku pelbagai masalah sosial perumahan seperti berikut:
Dasar Komuniti Negara yang telah diluluskan oleh Kabinet pada 23 November 2018 bermatlamat untuk mendaya upaya komuniti di kawasan perumahan khususnya di kawasan perumahan berstrata supaya terlibat secara aktif dalam usaha penyenggaraan dan pengurusan harta awam dan harta bersama. Dasar ini juga memberi fokus untuk membangunkan komuniti secara inklusif demi mencapai kesejahteraan hidup.
Objektif dasar ialah
- Mendaya upaya anggota komuniti supaya mempunyai rasa kepunyaan, prihatin terhadap harta benda, ruang dan fasiliti yang dikongsi bersama serta rasa tanggungjawab terhadap komuniti dan kawasan tempat tinggal.
- Membentuk komuniti yang peka terhadap isu-isu komuniti, saling menghormati, menyayangi dan bekerjasama antara jiran tetangga.
- Memupuk kerjasama strategik antara komuniti dengan sektor awam, sektor swasta dan NGO dalam membangunkan komuniti.
Melahirkan lebih ramai pemimpin dan sukarelawan dalam kalangan komuniti perumahan berstrata.
Untuk mendapatkan dokumen terperinci berkenaan dasar ini
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.