Dasar Perbandaran Negara
Salah satu dasar yang perlu diketahui oleh mereka yang akan melalui peperiksaan atau temuduga ke sektor kerajaan adalah Dasar Perbandaran Negara Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik PTD dan temuduga SPP untuk menjadi guru merupakan antara peluang kerjaya yang diminati ramai rakyat Malaysia.
Join channel telegram PTD di Telegram nota dan soalan PTD di – https://t.me/persediaanPTD41
Join channel temuduga SPP di https://t.me/notatemudugaspp
Berikut merupakan huraian dasar Perbandaran Negara ini
Bagi memastikan pembangunan bandar dirancang dengan harmoni di peringkat negara mahupun peringkat negeri, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM) telah menyediakan Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN2), selaras dengan penyediaan Rancangan Fizikal Negara Ketiga (RFN Ke-3).
DPN2 ini akan merumuskan objektif-objektif pelaksanaan dan strategi-strategi yang akan mengambil kira perubahan yang telah berlaku dan yang dijangka akan berlaku bagi tempoh 2016 hingga 2025. Ia juga akan memperincikan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan dan swasta serta NGO’s yang berkaitan. Satu sistem pemantauan juga telah dicadangkan untuk melihat sejauh mana tindakan-tindakan yang digariskan dilaksanakan oleh agensi yang dikenalpasti pada tempoh yang telah ditetapkan.
Dalam menangani kadar perbandaran yang pesat, Malaysia memerlukan sistem perancangan dan pengurusan perkhidmatan bandar yang lebih sistematik, terancang dan cekap. Antara isu dan cabaran yang telah dikenalpasti akibat daripada kadar perbandaran yang pesat adalah keberdayasaingan ekonomi bandar, kos sara hidup yang tinggi, harga rumah yang tinggi, kesan pemanasan global dan perubahan iklim, pemeliharaan kawasan pertanian dan biodiversiti, pembangunan modal insan, penyediaan kemudahan sosial dan pengukuhan tadbir urus bandar.
Untuk mendapatkan dokumen terperinci berkenaan dasar ini
Dokumen Dasar Perbandaran Malaysia Kedua
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.