Dasar Perubahan Iklim Negara
Salah satu dasar yang perlu diketahui oleh mereka yang akan melalui peperiksaan atau temuduga ke sektor kerajaan adalah Dasar Perubahan Iklim Negara. Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik PTD dan temuduga SPP untuk menjadi guru merupakan antara peluang kerjaya yang diminati ramai rakyat Malaysia.
Join channel telegram PTD di Telegram nota dan soalan PTD di – https://t.me/persediaanPTD41
Join channel temuduga SPP di https://t.me/notatemudugaspp
Berikut merupakan huraian dasar Perubahan Iklim Negara ini
Pelbagai aktiviti manusia dan proses semulajadi menyumbang kepada berlakunya perubahan iklim. Adaptasi dan mitigasi merupakan dua pendekatan untuk menangani masalah perubahan iklim. Adaptasi merangkumi pelbagai tindakan yang membantu komuniti dan ekosistem untuk menghadapi perubahan iklim yang nyata dan dijangka berlaku. Mitigasi pula melibatkan pelbagai langkah untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca yang merupakan salah satu punca pemanasan global serta memperkayakan pengumpulan karbon untuk mengurangkan impak perubahan iklim.
Objektif Dasar ini adalah untuk:
- • Mengarusperdanakan perubahan iklim melalui pengurusan sumber yang bijaksana dan pemuliharaan alam sekitar yang dipertingkatkan untuk memperkukuhkan daya saing ekonomi dan kualiti hidup;
- • Mengintegrasikan respons bagi memperkuatkan daya tahan pembangunan terhadap perubahan iklim yang semasa dan yang dijangka ke dalam dasar nasional, pelan dan program negara; dan
- •Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan untuk memanfaatkan peluang baru dalam mengurangkan impak negatif perubahan iklim.
Dasar Perubahan Iklim Negara akan dijadikan panduan dalam mengintegrasikan isu perubahan iklim dalam perancangan dan pelaksanaan program pembangunan dan proses membuat keputusan; menggalakkan pertumbuhan ekonomi secara lestari dan pembangunan insan; serta pemuliharaan alam sekitar. Dasar ini melengkapi dasar yang sedia ada dan mengambil kira prinsip-prinsip konvensyen antarabangsa di peringkat global. Tindakan kerajaan mengenai perubahan iklim dalam semua sektor adalah berdasarkan kepada teras strategik seperti berikut:
Untuk mendapatkan dokumen terperinci berkenaan dasar ini
Dasar Perubahan Iklim Malaysia
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.