Dasar Perumahan Negara
Salah satu dasar yang perlu diketahui oleh mereka yang akan melalui peperiksaan atau temuduga ke sektor kerajaan adalah Dasar Perumahan Negara. Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik PTD dan temuduga SPP untuk menjadi guru merupakan antara peluang kerjaya yang diminati ramai rakyat Malaysia.
Join channel telegram PTD di Telegram nota dan soalan PTD di – https://t.me/persediaanPTD41
Join channel temuduga SPP di https://t.me/notatemudugaspp
Berikut merupakan huraian dasar Perumahan Negara ini
Perkembangan dasar perumahan di Malaysia semenjak merdeka boleh dibahagikan kepada 5 fasa iaitu Fasa Perumahan Awal Kemerdekaan (1957 – 1970), Perumahan untuk Mengatasi Masalah Kemiskinan (1970 – 1985), Perumahan Berfokuskan Pasaran (1986 – 1997), Perumahan untuk Menghapuskan Setinggan (1998 – 2011) dan Perumahan Mampu Milik (2012 hingga kini).
Untuk meningkatkan penawaran perumahan mampu milik, Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah menubuhkan pelbagai agensi dan memperkenalkan program khusus untuk membolehkan golongan M40 ini memiliki rumah. Di peringkat persekutuan antaranya dengan mewujudkan Perbadanan Perumahan 1Malaysia atau PR1MA, Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan, Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT.
Manakala di peringkat negeri termasuklah penyediaan dasar rumah mampu milik seperti Rumah Selangorku (Selangor), Rumah Mampu Milik Johor (Johor) dan PR1MA Pahang (Pahang). Tumpuan perumahan mampu milik ini adalah golongan M40 iaitu mereka yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan. Manakala harga yang ditawarkan kepada pembeli golongan ini adalah dalam lingkungan RM100,000 hingga RM300,000 seunit.
Untuk mengisi jurang antara perancangan dan pelaksanaan dasar perumahan dan pengangkutan yang berkesan, dua langkah utama penambahbaikan institusi boleh dilaksanakan:
- Menyelaras perancangan perumahan dengan sektor-sektor lain dalam pelbagai rancangan pemajuan bagi memastikan keseragaman visi di semua peringkat perancanga
- Memperkukuhkan keupayaan pihak berkuasa untuk mengintegrasikan aspek-aspek perumahan dan pengangkutan di peringkat analisis, perancangan dan pelaksanaan
Cabaran sektor perumahan yang mampan
Matlamat DRN (2018-2025) adalah bagi memandu arah dan memacu sektor perumahan negara dengan menekankan perancangan, pembangunan dan pengurusan perumahan yang sistematik dan cekap bagi menjana habitat yang mampan, berdaya huni, berkualiti dan inklusif yang mampu dimiliki oleh rakyat.
Dokumen dasar di bawah
Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.