FAQ temuduga guru SPP 2021
Berikut merupakan soalan soalan lazim iaitu FAQ berkenaan dengan pengambilan khas pegawai perkhidmatan pendidikan secara one off tahun 2021. FAQ ambilan khas guru
Antara contoh soalan FAQ ambilan khas guru
Siapa yang layak memohon?
Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon- calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).
Adakah Graduan Pendidikan ini boleh dilantik sebagai guru di Sekolah Rendah?
Boleh, dan perlu mengikuti kursus penyesuaian yang akan diuruskan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG).
Adakah graduan pendidikan dalam bidang-bidang yang tiada keperluan opsyen mata pelajaran boleh memohon?
Boleh. Walau bagaimanapun pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan tertakluk kepada kekosongan kluster opsyen mata pelajaran.
Bilakah guru-guru ini akan dilantik?
Calon yang berjaya akan dilantik secara berperingkat mulai Oktober 2021 bagi mengisi kekosongan pada tahun 2021.
Bagaimanakah mekanisme sesi temuduga yang akan diadakan dalam tempoh PKP?
Semua urusan temuduga akan dijalankan secara video conferencing.
Di manakah iklan tersebut akan disiarkan?
Iklan akan disiarkan di Portal SPP www.spp.gov.my. dan Portal KPM. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my.
Adakah calon boleh memohon secara manual dengan SPP?
Semua permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya dengan melayari Portal SPP.
Adakah terdapat syarat umur untuk memohon jawatanguru ini?
Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah layak memohon.
Bagaimanakah calon akan mengetahui bahawa mereka layak dipanggil temu duga?
Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat melalui portal SPP. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP.
Bolehkah seseorang calon menukar tarikh/ masa temu duga yang telah ditetapkan oleh SPP?
Tidak boleh.
Adakah calon-calon yang tidak memiliki ikhtisas pendidikan layak memohon?
Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang memiliki ikhtisas pendidikan tertakluk kepada mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berjaya dalam tapisan yang dibuat. Sekiranya bilangan calon yang berjaya dari kalangan graduan pendidikan masih tidak mencukupi disebabkan ketidakpadanan opsyen maka permohonan dari kalangan calon-calon yang tidak memiliki ikhtisas pendidikan akan dibuka. Calon yang berminat boleh merujuk portal SPP dan KPM dari masa ke semasa berhubung pengambilan ini.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan info dan nota persediaan temuduga SPP Join Channel –
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.