Kata nama Am dan Khas
Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Kata nama am khas
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).
Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah
Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.
i) Kata Nama Am
ii) Kata Nama Khas iii) Kata Ganti Nama
KN Am:
KN Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit.
Kata Nama Am Abstrak: — kedamaian, kemerdekaan. Kata Nama Am Konkrit: — tangan, sungai, lantai.
KN Khas:
Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
Berikut merupakan bahan Kata nama am dan khas
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari travula.com.my
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.